Animated Rainbow Nyan Cat Syazwan Hakimi's Bla Bla Bla Stories: K-Pop
Memaparkan catatan dengan label K-Pop. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label K-Pop. Papar semua catatan

Sabtu, 28 Januari 2017

Fav KPOP MVs

Happy Chinese New Year 2017 guys ! Post kali ni , aku nak post and sharekan MV and lagu KPOP favorite aku sekarang . Check it out mana tahu ada jodoh sebab lagu favorite kita sama ke , HAHAHAHA .

6. BLACKPINK - Playing with Fire

5. SISTAR - I Like That

4. BTS - Blood , Sweat & Tears

3. CLC - Hobglobin

2. Dream Catcher - Catch Me

1. BLACKPINK - Boombayah

Dah tu je . Chaw !

@Sywnhxkimi_

Sabtu, 26 November 2016

2NE1 Berpecah

Hey and Assalamualaikum . Dah lama sia aku tak berblog . Huhu . Project account and final exam antara punca aku tak berblog . And lagi satu , malas . Hahaha . So , post hari ni , aku nak share satu berita sedih . 2NE1 disband . Masa awal-awal aku tahu , I was like , " Damn , kenapa 2NE1 disband , no way ! "


Kenapa aku menyatakan bahawa 2NE1 disband ? First , maknae kesayangan Blackjack iaitu Minzy telah tamat contract daripada YG Ent. pada bulan Mei yang lepas .

Second , hanya Dara dan CL yang re-sign balik contract dorang . YG Ent. telah banyak berbincang atas keputusan untuk disbandkan 2NE1 .

Third , YG Ent. hanya akan fokuskan solo Dara dan CL kerana 2NE1 jarang dilihat sebagai satu group sejak kebelakangan ini .

Well , 7 tahun bersama 2NE1 bukan lah jangka masa yang pendek . 2NE1 adalah group wanita pertama YG Ent. Thanks 2NE1 for 7 years with us . Good luck Dara and CL untuk kerjaya solo . Blackjack tetap akan menyokong korang . Same goes to Bom and Minzy ❤

http://www.koreaboo.com/news/2ne1-announces-official-disbandment/

2NE1 bawa aku ke dunia Kpop dengan lagu I Am The Best . Then daripada itu , aku tahu lagu Fire , Falling In Love , I Love You , Crush , Come Back Home , Gotta Be You and so on . They are definitely one of my fav groups . Thanks 2NE1 . That's why semua artis YG tidak membuat persembahan untuk MAMA Awards 2016 . Sedih bila performance Fire and I Am The Best dekat MAMA tahun lepas tu last performance 2NE1 as 1 group . Huhuhu .

Okay , itu saja . Chaw !

#7YearsWith2NE1

@Syzwnhxkimi_


Isnin, 15 Ogos 2016

[MV Review] : VIXX - FANTASY

Annyeong ! Syazwan nak review MV lagi ni ! Hahaha . VIXX release MV 3 jam yang lepas . MV mereka bertajuk Fantasy , actually album dorang keluar awal sikit lah berbanding MV . It's okay . Let's review ! Jyeah !
  
 
Lagu : ★★★★★
 
Lagu ini sangat daebak !!! Aku suka tempo and rentak lagu ini . Yang bestnya , ada part ballad . But , part korus lagu ini memecahkan suasana ballad itu . Agak terkejut time aku dengar . Yerlha kan , sebab korus itu tiba-tiba rancak . Mesti ada yang tertanya-tanya lagu ini pasal apa ? Lagu ini mengisahkan fantasi seorang lelaki yang putus cinta . Dia try untuk lupakan pasangan dia , but fantasi menghalang dia berbuat demikian . Overall , lagu ini mempunyai rentak yang amat berbeza dengan lagu-lagu mereka yang sebelum ini . Para member berjaya membuatkan aku terpukau dengan suara mereka untuk lagu Fantasy ini . GG VIXX !
 
Music Video : ★★★★
 
Aku suka konsep MV ini . Tenang saja . Tak ada penggunaan lampu berkelip-kelip macam kelab malam yang amat menyakitkan mata aku . Part di mana member menari dan berlakon di hutan itu amat menyenangkan mata aku . Seriously . Susah bagi aku untuk memahami maksud tersirat sesetegah lakonan VIXX dalam MV ini . But aku yakin , part di mana Hong Bin and Hyuk berbisik dekat telinga N tu bermaksud mereka inginkan N untuk tidak berfantasi lagi dengan percintaan dia yang dah putus tu . Yeah , panjang sikit ayat aku itu , but faham-fahamkan lah ye . Hahaha . Aku suka style rambut Ken dengan Ravi ! Stylo bhai .
 
Tarian : ★★★★★
 
Tarian tak payah dinafikan . Memang baik punya ! Memang kena dengan lagu . Rancak habis tarian mereka .
 
Secara keseluruhan , aku suka MV and lagu Fantasy ini . Memang terbaik ! Can't wait to watch them in live performance ! Btw , aku ni dah jarag nak berblog . Huhuhu . Banyak kerja khusus nak kena settlekan . Banyak MV yang best-best aku terlepas nak review . I watched BLΛƆKPIИK's MV yesterday , and aku suka gila lagu Bombayah . But dah terlalu lambat untuk aku review T^T . Uhuk uhuk . Okay , itu saja . Chaw !
 
 
@Syzwnhxkimi_


Sabtu, 6 Ogos 2016

[MV Review] : 9MUSES A - LIP 2 LIP

Annyeong ! Guess what ? MV baru dah release ! Jadi , hari ini aku nak review MV 9MUSES A - Lip 2 Lip . Siapa 9MUSES A ? Okay , 9MUSES A adalah sub-unit bagi kumpulan 9MUSES yang baru didebutkan pada tahun ini . Kiranya , lagu Lip 2 Lip tu lagu debut mereka . 9MUSES A dianggotai oleh Keum Jo , Kyung Ri , So Jin and Hyemi .

 
Lagu : ★★★★★
 
Lagu ini seriously best ! Lip 2 Lip mempunyai semua bass and solid vocals daripada semua member . Lagu ini agak menonjol berbanding dengan lagu 9MUSES yang sebelum ini .
 
Music Video : ★★★★
 
MV ini dimulai dengan part sleepover daripada para member . Yeah , dalam MV ini , masing-masing membuat aegyo and act comel walaupun kita tahu Kyung Ri and So Jin merupakan member yang sexy . MV ini agak comel and feminin ! Seriously . Actually , I was suprised by Kyung Ri's blonde hair ! Eventhough Lip 2 Lip ini mempamerkan sisi kecomelan 9MUSES A , still ada part yang agak sexy . Nasib baik MV ini tidak mempamerkan ' lesbian content ' di mana ada satu part Keum Jo and Hyemi ingin bercium tetapi dihalang oleh Kyung Ri . What is this Mv about ? Senang saja . MV ini mengisahkan para member yang ingin mendapatkan ciuman daripada boyfriend mereka untuk kali pertama . Agak lawak time part Keum Jo tengok tv tu . So Jin seriously menonjol dalam MV ini . Tidak sangka bahawa So Jin mempunyai bakat untuk rap . MV ini mempunyai part agak sama dengan SNSD - Lion Heart di mana lelaki yang mereka couple merupakan lelaki yang sama . Apa-apa pun , 9MUSES berjaya menarik perhatian aku untuk menghabiskan MV ini dan membuatkan aku kata ' Uish , kyeopta gila ' .
 
Tarian : ★★★★★
 
Tarian Lip 2 Lip memang menarik . Mereka mempamerkan sexiness and cuteness dalam tarian ! However , tarian Lip 2 Lip menggunakan banyak pergerakan tangan . So , yang nak cover Lip 2 Lip ni , memang kena berlatih banyak ah . Hahaha .
 
So , memang idea yang baik bagi Star Empire Ent. mendebutkan sub-unit 9MUSES A . Berharap agar 9MUSES comeback dalam masa terdekat ini . Jyeah ! Okay , itu saja . Chaw !
 
 
@Syzwnhxkimi_

Isnin, 1 Ogos 2016

[MV Review] : HyunA - HOW'S THIS

Annyeong dan assalamualaikum . Huargh . Agak lama aku tak update post dekat blog . Last post aku pun Syazwan Hakimi's Bla Bla Bla : Raya Edition yang time raya . Aku busy gila lepas cuti raya . Ada latihan choral speaking lah , tuisyen lagi . Huhu . But it's okay . At least aku boleh update blog aku ni .
 
Apa post blog aku kali ini ? Haa ! Sexy Queen dah buat summer comeback ! Siapa Sexy Queen tu ? Sah-sah lah HyunA . Hari ini , album dia yag terbaru iaitu A'wesome telah direlease ! Confirm ah MV dia pun direlease juga . Jadi , tunggu apa lagi ? Let's review !
 
 
Lagu : ★★★★

For me , lagu ini berada di paras boleh tahan . Aku suka lagu ini sebab lagu ini 'kena' dengan citarasa aku . Ada part slow (but not too slow) and ada part rancak . For me , HyunA need to add up lagi banyak part Rap lah dalam lagu ini . Anyway , HyunA kekalkan tempo yang sama yang ada dalam her previous comeback iaitu Roll Deep (Because I'm The Best) dalam lagu How's This .

Music Video : ★★★★

Terlalu banyak adegan and part above 18 dalam MV ini . Twerking , clubbing , beer and wine drinking and kissing . Well , eventhough part-part itu ditunjukkan dalam MV ini , namun part-part itu 'kena' dengan lagu . Sepatutnya , part HyunA and penari lah kena banyak , but in this MV , part clubbing saja yang berlambak . Dalam MV How's This , HyunA menampilkan diri sebagai Ratu dalam  kelab malam . Dia menujukkan tarian yang gila seksi diiringi oleh penari dia dalam MV dengan penuh keseronokan dan emosi . Aku suka warna rambut HyunA dalam MV ni . Hahaha . HyunA kelihatan sangat cantik dalam MV .

Tarian : ★★★★

For me , tarian untuk lagu How's This dikira sebagai okay and daebak . I'm pretty sure , tarian How's This untuk live performance akan lebih seksi berbanding dalam MV . Huehuehue .

Dengan adanya summer comeback HyunA ini , diharap peminat HyunA dan 4MINUTE akan menyokong karier solo HyunA . Okay , itu saja . Chaw !


@Syzwnhxkimi_

Selasa, 5 Julai 2016

[MV Review] : BEAST - RIBBON

Annyeong dan selamat berpuasa ! Sedar tak sedar , hari ini last kita berpuasa . Esok dah raya . Memang tak dinafikan , sejak kebelakangan ini , aku busy . That's why aku tak ada masa untuk buat post blog .
 
Never mind , post kali ini , aku nak review MV BEAST - Ribbon ! Kali ini , BEAST comeback tanpa Hyun-Seung kerana Hyun-Seung telah mengambil keputusan untuk keluar daripada group untuk melakukan aktiviti solo . Let's get started !
 
 
Lagu : ★★★★★
 
 Lagu ini agak tenang berbanding YeY(2015) dan boleh dikatakan agak sama dengan tempo lagu mereka yang bertajuk 12:30 (2014) . Rap Jun Hyung yang sepatutnya zup zap zup zap (laju) boleh dikatakan slow dalam lagu Ribbon. Begitu juga dengan member yng lain . Instrumental bagi lagu Ribbon ini kedengaran agak bersepah tetapi lagu ini semakin mendapat tempat apabila start part tengah . Seriously , untuk mengingati setiap part tempo lagu ini , pembaca mesti mendengarnya lebih daripada sekali .
 
Music Video : ★★★★★
 
MV ini amat menyedihkan ! Sebab apa ? Sebab aktiviti member-member BEAST dalam MV ini yang sepatutnya dilakukan bersama girlfriend mereka , dilakukan oleh mereka sendiri . Alone . Terdapat scene-scene yang membawa makna yang tersembunyi , contohnya jam yang membawa maksud back to the time . Malah , member-member BEAST menunjukkan sisi yang sedih dan murung kerana bersendirian dalam MV ini . Part Du Jun di atas bumbung bangunan juga agak sama dalam part MV YeY .
 
Tarian : ★★★★
 
Tarian mereka kelihatan amat menarik dan bersesuaian dengan irama dan rentak lagu ini . Gerakan tarian ini kelihatan seperti tarian Tango . Seriously , it looks similar .
 
Tak sabar aku nak download performance BEAST untuk lagu Ribbon ini . Okay , itu saja . Ouh , aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfiri , Maaf Zahir dan Batin . #KosongKosong #BerikanMasa . Inshaa allah , aku akan buat post special dan istimewa mengenai Hari Raya nanti . Chaw !
 



 
 
@Syzwnhxkimi_
 


Rabu, 22 Jun 2016

[MV Review] : SISTAR - I LIKE THAT

Annyeong ! Gues what ? SISTAR dah comeback dengan album keempat iaitu Insane Love dan MV I Like That . Aku dah jadi peminat SISTAR sejak 2013 (era Give It To Me) . So , tunggu apa lagi , aku nak review MV SISTAR - I Like That ! Jyeah !
 
 
Lagu : ★★★★★
 
Masing-masing punya vokal memang daebak . Part korus yang ada perkataan sarang-hae memang best . Lagu ni tak rancak sangat and still ada part ballad walaupun sikit . Rap Bora sangat-sangat best kalau layan . Aku betul-betul berharap agar part Bora akan bertambah dengan lebih banyak sebab Bora betul-betul berbakat dalam rap ! Suara Hyolyn yang merdu and lunak menambahkan lagi tahap best lagu ni . Part Dasom and Soyou seolah-olah menangkap setiap part member lain . Jujurlah , lagu ni kalau dengar banyak kali , still tak bosan . For me , lagu ni pun sesuai untuk dibuat tidur masa dekat highway atau flight . Hahaha .
 
Music Video : ★★★★★
 
Menggunakan konsep geisha , sememangnya menampilkan sisi kelainan dalam MV SISTAR yang latest ni . Penggunaan kelopak bunga ros dalam part Soyou amat menarik . Agak-agak lah berapa puluh ribu bunga ros yang kelopaknya dipetik untuk MV ni . Hahaha .  MV ni menunjukkan mood SISTAR yang kelihatan agak murung . Explicilt content ! MV ni sangat-sangat seksi dan dikatakan seductive . Berbeza dengan konsep summer and booty shaking SISTAR pada tahun 2014 and 2015 . Jujur aku kata , aku suka SISTAR menggunakan tema yang menampilkan sisi feminin berbanding MV yang berwarna-warni . Pencahayaan dalam MV ini dilihat agak kelam berbanding MV-MV mereka sebelum ini . Setiap member berjaya menampilkan imej yang sangat cantik dalam MV ini . Yang menariknya , kesemua member telah mewarnakan rambut mereka kepada warna yang gelap , amat berbeza dengan MV-MV sebelum ini yang menunjukkan rambut pelbagai jenis warna seperti blonde , light brown , wine red dan sebagainya , malah , sticker tatu pada belakang dan badan-badan member SISTAR dalam MV ini (kecuali Hyolyn - tatu di perut Hyolyn adalah tatu betul) juga amat menarik perhatian . Pakaian mereka mengingatkan aku terhadap MV Jun Hyo-Seong (Find Me) . Apa-apa pun , pakaian sutera singkat mereka amat bersesuaian dengan MV ni .
 
Tarian : ★★★★★
 
Penggunaan kain nipis labuh amat menarik dalam tarian I Like That . Malah , tarian ini kelihatan lebih seksi dan feminin berbanding Shake It dan Touch My Body . Each part tarian yang ditarikan amat bersesuaian dengan each part nyanyian SISTAR . Kiranya , tak nampak janggal lah .
 
I'll always be a STAR and support them ! Aku sangat-sangat sukakan konsep comeback SISTAR pada tahun ini . Aku tak nak SISTAR disband seperti 4MINUTE . T^T . Aku nak ingatkan juga kepada pembaca , jangan salah bezakan Bora dan Dasom , sebab rambut mereka hampir sama . Hahaha . Aku tak sabar nak tengok performance I Like That dekat live show . Okay , itu saja . Aku harap dengan review aku ini membantu pembaca untuk menonton MV dan menyokong SISTAR ! Chaw !
 



 
 
@Syzwnhxkimi_


Jumaat, 17 Jun 2016

4MINUTE Disbanded

Annyeong . Kelmarin (Rabu) , aku buka Instagram , then aku stalk ah account KPOP . Stalk punya stalk , aku terbaca mengenai 4MINUTE , salah sebuah kumpulan KPOP wanita yang aku minat nak disband (berpecah) . I thought , it was a normal rumors . Aku pergi lah search dekat Google . Rupa-rupanya betul . Huarghh ! Aku minat 4MINUTE ! Kenapa perlu disband wahai noona-noona ku sekalian ! T^T . Serious , tak pernah terlintas langsung dalam otak aku yang 4MINUTE nak disband .
 
 
Lagu first aku dengar daripada 4MINUTE ialah Volume Up . Masa tu aku Darjah 6 (2012) . Aku sangat suka lagu tu . Start daripada peristiwa itu , aku mula memberikan perhatian terhadap kumpulan wanita naungan CUBE Entertainment . Aku mula menggelarkan diri aku sebagai multifandom and salah satu fandom yang terkandung ialah 4Nia . Setiap kali 4MINUTE comeback , aku tak akan lepaskan peluang aku untuk habiskan quota internet semata-mata untuk download MV 4MINUTE and live performance 4MINUTE .
 
4MINUTE mengambil keputusan untuk berpecah kerana kontrak mereka di bawah CUBE Entertainment dah tamat . HyunA seorang saja yang renewkan kontrak . Yang lain mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak . Di bawah ini aku sertakan bukti :
 
" The girls' contracts with Cube Entertainment will soon be coming to an end  during this month, and after long consideration, the girls and the label have decided to disband the group. So far, only HyunA has re-signed with Cube Entertainment, and some of the other girls are still talking about renewing with the label again. The girls that do not will look for another label.

An insider said, "All the members have a different future in mind, such as singers or actors. After months of consideration, they decided that it would be hard to maintain the team.
HyunA renewed her contract, and some of them are talking about renewing as well, but some will leave the label."
 
Sumber : http://www.allkpop.com/article/2016/06/breaking-4minute-disbands-after-7-years-hyuna-renews-contract-with-cube

" While it was previously revealed that former 4Minute member HyunA had renewed her exclusive contract with Cube Entertainment, it is now known that the remaining four members will be parting ways with the agency.

On June 16, Cube Entertainment releases the news of their departure in an official statement, saying, “Jihyun, Gayoon, Jiyoon, and Sohyun’s contracts expired on June 14. All four of the members deliberated for a long time on whether or not they wanted to renew their contracts. Ultimately, they decided not to renew and subsequently left Cube Entertainment.”
The statement continues, “[The members] have made a lot of memories and formed a strong bond over the last seven years as 4Minute. While it’s unfortunate that 4Minute has come to an end, we give the four members our blessings as they embark on this new journey. We ask that you continue to give the four members the same love and support as always.”

4Minute debuted in 2009 with “Hot Issue,” and won over the hearts of their fans with hits such as “Mirror Mirror,” “What’s Your Name?” and “Crazy.” The group announced their disbandment earlier this week "

Sumber : http://www.soompi.com/2016/06/15/4minute-members-jihyun-jiyoon-gayoon-sohyun-say-goodbye-cube-entertainment/

Malah , ada rumors yang mengatakan bahawa mungkin ahli 4MINUTE berpecah sebab mereka cemburukan HyunA . Cuba berfikir sejenak , HyunA lagi menonjol daripada member yang lain . Yerlha , HyunA diberikan banyak peluang untuk merelease lagu solo seperti Bubble Pop , Ice-Cream , Red and yang latest Roll Deep . Malah , HyunA diberi lagi kesempatan untuk berduet dengan Hyun Seung (ex member BEAST) dan debut sebagai Trouble Maker . Mungkin ada betulnya . Kalau pembaca stalk Instagram HyunA , tengok ah , betapa ramainya followers dia berbanding dengan member yang lain .


(P/S : Sohyun dikatakan unfollow HyunA and delete gambar dia dengan HyunA di laman Instagram official dia)
http://onehallyu.com/topic/346309-nb-instiz-all-of-4minute-unfollow-hyuna-on-instagram/

Tapi , aku suka tengok 4MINUTE sebagai salah satu kumpulan . Mereka berjaya memperkenalkan diri mereka di persada dunia . Dari 2007 hingga sekarang . Confirm-confirm dah ramai yang minat dengan 4MINUTE . Nak buat macam mana kan , dah keputusan mereka untuk disband . T^T . Sedih ah , sebab lepas ini , aku tak berpeluang untuk tengok mereka release MV bersama-sama .

#7YearsWith4MINUTE

Untuk mengakhiri post ini , aku akan sertakan throwback MV/video kesukaan aku . :') . Member-member 4MINUTE , semoga berjaya di masa hadapan . Love you guys !

Okay , itu saja . Chaw !

4MINUTE(포미닛) - 싫어(Hate) MV (2016)
 
4MINUTE - 미쳐(Crazy) (2015)
 
4MINUTE - 추운 비 (Cold Rain) (2015)
 
 
4MINUTE - 오늘 뭐해 (Whatcha Doin' Today)' Official Music Video (2014)
 
4MINUTE(포미닛) 이름이 뭐예요? (What's Your Name?) (Official Music Video) (2013)
 
4MINUTE - 'Volume Up' (Official Music Video) (2012)
 
@Syzwnhxkimi_


Ahad, 12 Jun 2016

[MV Review] : EXO - MONSTER

Annyeong ! Aku baru tahu kelmarin yang EXO dah comeback . Jadi , tanpa berlengah lagi . Aku akan review MV Monster daripada EXO . Bukan Monster daripada Big Bang k .

 
Lagu : ★★★★
 
Lagu ni fxcking awesome ! Aku suka . Perh , lagi-lagi bahagian 00.34 ! Aku suka gila part tu . Hahaha . Start saja playkan MV ni , terus rancak ah . Aku rasa yang nyanyi dulu tu si Baekhyun . Argh . Serious doh , best siak lagu ni ! Yang tak dengar lagi tu , pi download cepat-cepat lagu ini . Part rap lagi best ! Chanyeol dengan Sehun punya rap , seriously tak pernah menghampakan . Lagu ini memang patut diberikan 5 bintang ! Tapi perlu diingatkan , ia agak bosan and jemu untuk didengar banyak kali

Music Video : ★★★★★

Konsep MV ni sangat gempak . Kalau hang dok pikiaq yang MV ni macam Monster , hang salah . MV Monster EXO seolah-olah menunjukkan mereka memberontak dan muka dorang dimakeupkan seolah-olah luka dan berdarah manakala MV Monster Big Bang pula , terarah kepada kehancuran .Berbeza right ? MV ni tak terlalu kelam even dorang ada  part menari di kawasan yang gelap . Malah , pengcahayaan yang digunakan pun amat menarik perhatian aku . Fist time ah , EXO gunakan konsep pemberontak dalam MV ni . Pakaian kulit , but tempur , tindikan , dan rambut bergel menyerlahkan lagi imej mereka sebagai pemberontak . Best , best , best ! Daebak habis MV EXO kali ini . Dalam MV ni , masing-masing dah tukarkan warna rambut (member EXO) , aku tak dapat cam seorang demi seorang ! Huargh . Lepas tengok MV ni dua kali , baru aku perasan D.O , Chanyeol , Sehun , Lay , Baekhyun , Suho and Xiumin . Pakaian dorang smart der dalam MV ni . Boleh lah aku inspirasikan pakaian mereka . Ngeh ngeh ngeh .

Tarian : ★★★★★

Perfect siak tarian mereka ! Rancak , pantas and so on . Seriously , aku terpegun dengan tarian mereka . Nak tahu tarian dorang macam mana , tengok MV dorang dekat bawah screenshot . Tak pun , tengok saja dekat Youtube live show mereka . Anyway , EXO , you guys are so daebak !

Okay , itu saja . Chaw !




 
 
@Syzwnhxkimi_
 

Rabu, 1 Jun 2016

[MV Review] : EXID - L.I.E

Annyeong ! 3 jam yang lepas , EXID telah mereleasekan MV baru mereka iaitu L.I.E ! Aku excited sangat-sangat . Hahaha . So , I'm gonna to make a review about their MV !
 
 
Lagu : ★★★★★
 
L.I.E merupakan salah satu lagu EXID yang still kekalkan melodi yang sama dalam Ah Yeah . Seriously , part permulaan L.I.E sangat memikat hati ! Seolah-olah terus mendapat tempat aku untuk enjoy dengan instrumental dan vokal Hani . As usual , aku tengok MV EXID , apa yang aku tunggu ialah part LE . Memang tak dinafikan , her rap was too awesome ! For me lah . Malah , part Solji dengan Hyelin pun sangat mantap . Otak aku pula terngian-ngiang part Junghwa . Aku pun suka part . Lagu ni kan , mula-mula relaks then makin lama makin rancak . Nice !  

Music Video : ★★★

 
MV jelas diilhamkan daripada The Grand Budapest Hotel dan EXID hanya mengubah konsep mereka kepadaThe Grand Bonerpest Hotel . Menggunakan konsep perhotelan , aku tak faham apa kena mengena lelaki bertopengkan patung itu dengan mereka . Yeah , aku faham setiap member memainkan peranan yang ada di dalam hotel . Then , yang lelaki and lagi seorang perempuan tu , sebagai tetamu hotel mereka and suddenly bahagian last MV , dia meletup . I was like " WTF , apa ni ? " . Jujurlah , mereka sangat seksi dalam MV ni . Ditambah lagi dengan part bath tub si LE lagi . Fuh . Pakaian pekerjaan hotel mereka sangat menarik perhatian aku . Malah , MV ni kelihatan agak kelam berbanding MV mereka yang sebelum ini . Hani nampak macam kurang sesuai dengan rambut pendeknya kan ?

Tarian : ★★★★

Apa yang pasti , aku suka part tarian dalam MV minit ke 2.42 . Best ah layan . Ngeh ngeh ngeh . Part tarian dalam MV ni agak sikit , so , aku akan tonton live performance dorang pula nanti . 
 
Apa-apa pun , aku tetap sukakan EXID ! Yeah ! Hwaiting noonas ! Okay , itu saja . Chaw !






 
 
@Syzwnhxkimi_

Isnin, 16 Mei 2016

[MV Review] : AOA - GOOD LUCK

Annyeong ! Hari ni aku still exam and esok pun exam dan exam lagi and bla bla bla . Yang penting , post kali ni aku nak review pasal MV bae-bae aku , Ammar Redza , Adam Taufik dengan Zaid Omar ! Confirmlah AOA ! Aku download MV ni tepat-tepat 7 jam lepas release . Ngeh ngeh ngeh . Tak payah cakap banyak , aku minat gila dekat AOA . Argh ! Yehet ! Happiness x 10000 .

 
Lagu : ★★★★★
 
Memang best lagu ni bij ! Aku jatuh cinta terus siak dengan lagu ni . First-first part lagu , terus masuk part rancak ! Good luck giri giri You like me . Hahaha . Memang win ah semua part member nyanyi . Tapi part Mina dengan Chan Mi sikit . Why ?! Apa-apa pun part Yuna dengan Jimin perh , mengancam bhai . Aku rasa part rap Jimin dalam MV ni macam dalam lagu Puss yang masuk Unpretty Rapstar tu . Gempak habis ! Aku suka part Good luck giri giri You like Me tu . Hehehe . I thought yang lagu ni macam lagu BEAST - Good Luck tu , rupanya tak . Jauh bhai persamaan lagu ni dengan lagu tu . Aku baca translation lagu ni , ia mengisahkan bahawa mereka ni jual mahal dalam cinta mereka . Aiseyh , Ammar , Adam and Zaid , see , jual mahal tau . Hahaha .
 
Music Video : ★★★★★
 
Menggunakan konsep sebagai life guard , jelas membuktikan bahawa FNC Ent. ni pandai memberi konsep kepada AOA . Heart Attack - pemain sukan apa entah jenis yang aku tak tahu , Like A Cat - pencuri berlian karat unknown ala-ala Catwoman yang kemain licik meow meow , Short Hair - pekerja wanita yang akhirnya gunting rambut pendek . Fuh . Tak sangka pula Seol Hyun promote Sprite dalam MV ni . Hahaha . Cheq tahu lah yang hampa ni model Sprite . MV ni menunjukkan seolah-olah AOA ni jual mahal and diva . Fuh , diva ! Tapi memang betul pun . Siap catwalk time menari . Background dalam MV pun lawa , negara mat saleh mana lah dorang shooting MV pun aku tak tahu . BTW , aku suka konsep MV ni . Aku tertarik dengan jacket AOA dalam MV ni . Ada mana-mana Instagram online shop yang jual ? Aku sanggup beli . Sebab lawa siak . Hot gila AOA dalam MV ni . Ngeh ngeh ngeh . Mina aku lawa gila dalam MV ni ! Nasib kening dia makeup artist tak buat tebal-tebal macam dalam live show yang lepas . Baju yang dipakai oleh mereka pun amat sesuai dengan konsep MV ni . Anyway , AOA daebak .
 
Sumber : allkpop
Patutlah aku nak download MV ni pagi-pagi buta tadi tak boleh . Sebab tu rupanya . Lol . Nasib dapat download juga akhirnya itu pun melalui 1theK . Persoalan aku pasal kenapa MV ni diremove terjawab juga .
 
Tarian : ★★★★★
 
Tak payah nak cakap apa-apa . Tarian memang kebaboom punya lah . Hahaha . Part korus punya tarian pun best ! Entah nak describe macam mana lagi , sebab memang best . For me lah . Hahaha .
 
Ammar , Adam dan Zaid , adakah anda telah menonton MV ini ?
 
Sebelum aku tak ingat dunia nak study , baik aku stop sekarang . Esok exam Perdagangan (Kertas 1) and (Kertas 2) . Jadi aku nak preparekan diri untuk hadap persoalan mengenai pelbagai jenis natang berkenaan jual beli dan sikit soalan akaun . Ouh , btw , selamat hari guru diucapkan kepada semua individu yang bergelar guru ! Okay , itu saja . Chaw !
 
 
 
 

 
@Syzwnhxkimi_