Animated Rainbow Nyan Cat Syazwan Hakimi's Bla Bla Bla Stories

Khamis, 2 Jun 2016

Hang Out Geng Balik Lambat with Failed Spicy Ramen Challenge !


Hey guys ! Aku baru balik daripada UK tadi . Hang and mereput dengan Geng Balik Lambat ! Hehehe . Seperti mana yang aku introduce sikit-sikit tentang Geng Balik Lambat dalam post Sambutan Hari Guru SMK Pantai 2016 , Geng Balik Lambat menurut WikiKimi , Geng Balik Lambat ialah satu geng atau puak yang sentiasa menunggu sambil mereput dekat bus stand sama-sama time balik sebab nak tunggu parents fetch .
Geng Balik Lambat yang dianggotai oleh aku sendiri , Fizal (adik aku) , Khairul (Candle / Lilin) , Gabriel (Gabby) , Hazel , Heidi , Mukhris , Hafiz and Elysha . Yang datang tadi , semua ada (ditambah dengan Fiqah) kecuali Elysha and Hafiz . Ehem ehem , ada apa-apa ke dekat dua orang makhluk ini ? Hahahaha . Joke .

So , kitorang set masa dari pukul 10.00 am hingga 1.00 pm . Aku datang tadi pun dekat-dekat pukul 10 ah . Then , Gabby ada chat dengan aku yang dia dah sampai dekat UK . Awal nau dia sampai . Rupa-rupanya , dia jalan sekali dengan mak dia . That's why awal . Aku ada pesan dengan Gabby tunggu depan Pizza Hut bila dah pukul 10 nanti . Then , kami semua dah berkumpul depan Pizza Hut , kelibat or batang hidung si Gab , langsung aku tak nampak . Rupa-rupanya :
Main game ! Hahahaha . Never mind ah , kesian juga dia . Dah lama mereput dekat UK . Katanya , hampir 3 jam . Ish ish ish .
Apa yang kami buat dekat UK ? Erm , aku pun tak tahu . Aku rasa , kitorang banyak merayau and selfie then gelak kuat-kuat macam pontianak kena tarik rambut sebab UK tak ada tempat yang best untuk lepak . Huhuhu . Yang bestnya , Heidi and Hazel bawa 불닭 볶음면 (Samyang Ramen) yang pedas gila tu . Kami nak buat juga video challenge . Ngeh ngeh ngeh . Aku akan upload Spicy Korean Ramen Challenge Video di bahagian ekstra nanti .

[ 18+ Explicit Content ] : Heidi's thug life .
 Perhatikan muka yang minum air tu .
Memang fungsi cermin UK untuk selfie camni . Bla bla bla .
Kanak-kanak riang yang dapat chance naik kereta api muka lain macam tu . Creepy gila kan ?

Cheq pikiaq nak pi area bandar . Tapi , cheq tak sangka yang mereka bawa cheq pi tempat yang lain . Adui , aku pun tak tahu tempat apa yang aku jejak tadi . Hahaha . Kebetulan , ada satu kedai serbaneka yang membolehkan kami melakukan challenge di situ .
Ni ah tempat tu .

Posing apa yang kami buat pun aku tak tahu . Aku ikut jer . Hahaha . Then , makcik-makcik potong bawang dalam restoran asyik pandang kitorang jer , and I was like " Tak pernah pandang artis ke ? " Hahaha . Tahap perasan mencecah -10 % .
Lepas dah puas dekat tempat unknown tu , kena ah patah balik pergi UK . Sempat juga ah snap gambar lagi depan Dorsett . Mana mampu stay Dorsett . Mampu snap gambar dengan papan nama hotel jer . :') :
P/S : Duta produk Maggi secara percuma melakukan sesi promosi dalam gambar . Hahaha
 
P/S : Edited version and Original version . Hahaha . No wonder Khai termenung . Tak berkelip babe dia pandang Yura . Siapa Yura ? Pi buka Google . Hahaha . Jangan marah Khai . Gurau jer . Kanser rambut ke Bang Khai . 
Dia text siapa pula tu ?
Kasut pun boleh . Lol .
Hazel terjumpa 'kembar' dia yang telah dibunuh untuk dijadikan coklat yang Khai belanja . Look at her face ! Hahaha .

Best juga ah dapat hang dengan dorang . Nanti boleh ah hang lagi . Okay , itu saja . Chaw !

Ekstra
Spicy Ramen Challenge Video

Tadaa ~

Lol . Sepatutnya , ramen ni bukan berkuah . Tapi , Heidi buat berkuah . Huhuhu . It's okay lah . Janji rasa pedas tu still ada .

Part 1 : Fizal , Mukhris , Heidi , aku and Hazel https://goo.gl/photos/XV5eq49Z4HNBs1Up9
Part 2 : Khairul and Gabby https://goo.gl/photos/vtFVnqpwPiEMLQ7w7


Amacam ? Muka siapa yang paling ketara menunjukkan bahawa 'kuah sup' Ramen tu pedas ? Hahahaha . Kenapa kitorang kongsi Ramen ? Sharing is caring bij . Hahaha .

@Syzwnhxkimi_

Rabu, 1 Jun 2016

[MV Review] : EXID - L.I.E

Annyeong ! 3 jam yang lepas , EXID telah mereleasekan MV baru mereka iaitu L.I.E ! Aku excited sangat-sangat . Hahaha . So , I'm gonna to make a review about their MV !
 
 
Lagu : ★★★★★
 
L.I.E merupakan salah satu lagu EXID yang still kekalkan melodi yang sama dalam Ah Yeah . Seriously , part permulaan L.I.E sangat memikat hati ! Seolah-olah terus mendapat tempat aku untuk enjoy dengan instrumental dan vokal Hani . As usual , aku tengok MV EXID , apa yang aku tunggu ialah part LE . Memang tak dinafikan , her rap was too awesome ! For me lah . Malah , part Solji dengan Hyelin pun sangat mantap . Otak aku pula terngian-ngiang part Junghwa . Aku pun suka part . Lagu ni kan , mula-mula relaks then makin lama makin rancak . Nice !  

Music Video : ★★★

 
MV jelas diilhamkan daripada The Grand Budapest Hotel dan EXID hanya mengubah konsep mereka kepadaThe Grand Bonerpest Hotel . Menggunakan konsep perhotelan , aku tak faham apa kena mengena lelaki bertopengkan patung itu dengan mereka . Yeah , aku faham setiap member memainkan peranan yang ada di dalam hotel . Then , yang lelaki and lagi seorang perempuan tu , sebagai tetamu hotel mereka and suddenly bahagian last MV , dia meletup . I was like " WTF , apa ni ? " . Jujurlah , mereka sangat seksi dalam MV ni . Ditambah lagi dengan part bath tub si LE lagi . Fuh . Pakaian pekerjaan hotel mereka sangat menarik perhatian aku . Malah , MV ni kelihatan agak kelam berbanding MV mereka yang sebelum ini . Hani nampak macam kurang sesuai dengan rambut pendeknya kan ?

Tarian : ★★★★

Apa yang pasti , aku suka part tarian dalam MV minit ke 2.42 . Best ah layan . Ngeh ngeh ngeh . Part tarian dalam MV ni agak sikit , so , aku akan tonton live performance dorang pula nanti . 
 
Apa-apa pun , aku tetap sukakan EXID ! Yeah ! Hwaiting noonas ! Okay , itu saja . Chaw !






 
 
@Syzwnhxkimi_

[Novel Review] : Trauma by Zaifuzaman Ahmad

Assalamualaikum . Cuti ni memandangkan aku mereput dekat rumah , jadi , ada ada chance ah nak baca novel . Lagipun , novel ni aku pinjam daripada seorang kawan aku . Dia bagi pinjam sebelum exam . Just time lepas exam and cuti lah aku berkesempatan nak baca novel ni . Boleh lah aku review novel for the first time , tak ada lah aku nak review MV K-Pop jer kan . Hahaha .
 
 
Info novel :
Trauma
Zaifuzaman Ahmad

RM 27.00
ISBN: 978-967-446-204-8
640 muka surat
Bahasa Melayu
Thriller/Seram/Misteri
Tarikh Terbit: 25 Jul 2015
 
Sinopsis :
Salmah ditugaskan oleh bapa saudaranya, Datuk Azlan, untuk mengendalikan resort yang sedang dalam proses pembinaan di sebuah pulau di Laut China Selatan bersama pengurus projek bernama Bahar. Pada hari yang dijanjikan, bertolaklah Salmah ke Pulau Aur, tempat di mana resort ini didirikan. Setelah siap sepenuhnya, Salmah telah mengadakan majlis reunion untuk teman-teman sekolahnya di pulau ini.

Rosie, Sherry, Kartina dan Hazmiza telah dijemput khas untuk majlis reunion ini. Malang tidak berbau, sebelum majlis reunion itu berlangsung telah berlakunya tragedi yang amat mengerikan. Seorang demi seorang petugas di situ terkorban dalam pembunuhan misteri yang tidak dirancang. Ini menimbulkan rasa kurang senang di kalangan teman-teman Salmah dan seorang wartawan bernama Linda.

Keempat-empat teman Salmah melakukan siasatan tentang pembunuhan misteri ini, tapi sayang, seorang
demi seorang turut terkorban.

Adakah pulau ini berpuaka? Apakah pembunuh misteri itu diupah? Apa pula
tindakan Salmah seterusnya? Semua akan terjawab dalam novel ini.
 
Review :
Okay , jujur aku kata , masa aku baca sinopsis dekat belakang cover novel Trauma ni , ia agak menarik perhatian aku untuk baca . Biasanya , kalau dapat apa-apa buku fiksyen , aku confirm baca sinopsis dulu . For me , sinopsis belakang cover buku itu akan menentukan bahawa buku itu best atau tak .
 
Jalan cerita dia agak panjang , tapi apa yang hendak disampaikan adalah pendek sebenarnya . Banyak situasi atau peristiwa yang diulang-ulang dalam novel . Sebagai contoh :
1 . Peristiwa ahli keluarga Hazmiza yang mati dibunuh di dalam hutan .
2 . Rindu seorang sahabat untuk bersama semula dengan sahabat dia yang lain ketika menuntut di sebuah sekolah asrama penuh .
 
Then , penulis sentiasa menggunakan perkataan yang sama seperti lelaki berbadan sasa/tegap dan melabuhkan punggung . Malah , terdapat juga beberapa kesalahan penulisan di dalam novel ini .
 
Novel ini mengisahkan Hazmiza (watak utama) yang berada dalam keadaan trauma dan takut kerana satu kejadian yang tak pernah terlintas langsung dalam fikiran dia . Namun , kehadiran sahabat dia , iaitu Arfa , sedikit sebanyak mampu membantu dia untuk meluahkan segala isi hati kepadanya .
 
Apa-apa pun , pembunuhan tragis yang berlaku satu-persatu di Resort Pulau Aur amat 'menghiburkan' hati aku . Hahaha .
Erti kata lain , penulis bijak merangka satu persatu kejadian pembunuhan yang aku tak pernah nak imagine pun dalam novel ini .
 
 Melalui novel ini , aku yakin , apa yang penulis hendak sampaikan adalah pegangan yang kuat terhadap agama Islam untuk mengelakkan diri terpesong daripada jalan yang benar . Ada lah yang aku belajar melalui novel ini iaitu serba sedikit mengenai Dewa Cahaya .
 
Aku nak tinggalkan sedikit persoalan di bawah agar pembaca berminat untuk membacanya :
1. Apa yang menyebabkan Hazmiza trauma ?
2. Siapa yang membunuh gadis di rumah sewa ?
3. Apa hubungan Kartina dan Datuk Azlan ?
4. Apa punca Rosie dan Kartina perang dingin sampai sekarang ?
5. Siapakah Dewa Cahaya yang dimaksudkan di dalam novel ini ?
6. Apakah bentuk pengorbanan yang perlu dilakukan untuk menunjukkan taat setia setiap ahli kepada Dewa Cahaya ?
7. Siapa yang bunuh seorang demi seorang di Pulau Aur ?
 
Haa , bestkan persoalan novel ni . Bacalah novel ini untuk mengetahui kesudahan yang selanjutnya . Tahniah kepada penulis Zaifuzaman Ahmad kerana berjaya menghasilkan sebuah novel yang menarik minat aku untuk membacanya .
 
Okay , itu saja . Chaw !
 
@Syzwnhxkimi_