Animated Rainbow Nyan Cat Syazwan Hakimi's Bla Bla Bla Stories: September 2016

Isnin, 26 September 2016

LS.CO (Hari Keusahawanan SMK Pantai 2016)

Assalamualaikum and hello guys ! Syazwan's back ! Hahaha . Lama gila aku tak update post dekat blog . Huhuhu . Banyak sebab weyh . Buat projek account , preparekan diri and props for Hari Keusahawanan and malas nak menaip untuk buat post blog . Lmao .
 
What ? Aku mention pasal Hari Keusahawanan kan tadi ? Yeah , post kali ini aku nak share pasal semalam lah ! Semalam , LS.CO (nama perniaagaan aku , Lysha , Santi , Kandau , Sai , Pna dengan Shang) telah mengambil bahagian untuk membuka booth pada Hari Keusahawanan . Ini aku sertakan butiran LS.CO pada Hari Keusahawanan yang berlangsung semalam .
 
Hari Keusahawanan SMK Pantai 2016
Lokasi : SMK Pantai , Labuan
Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang
No. Booth : D
 
Inilah poster LS.CO yang aku buat and edit untuk tujuan promosi . Cewah .
 
Kami menjalankan sesi penjualan dengan bertemakan Suicide Squad ! Yes bij ! Hahaha . Well , ada yang mengatakan hasrat aku untuk hias booth bertemakan Suicide Squad hanyalah angan-angan tinggi sahaja , but alhamdulillah , aku berjaya juga menghias booth tersebut dengan menggunakan modal yang sedikit dan tidak melebihi RM30 .
 
Inilah warga-warga LS.CO yang bekerja keras semalam . Tahniah and well done guys ! Bercosplay , makeup tebal sambil berniaga ! Uish , hahahaha . Tak sia-sia jadi dak-dak kelas account .
 
 Nama : Lydia
Watak : Enchantress
Kesalahan : Bulan sabit terlalu besar di dahi
Nama : Dzul
Watak : Joker
Kesalahan : Rambut terlalu hijau
Nama : Syazwan
Watak : Diablo
Kesalahan : Mata sebelah merah , sebelah hitam
Nama : Susanti
Watak : unknown
Kesalahan : Muka terlalu masam
Nama : Aisyah
Watak : unknown
Kesalahan : Asyik tersenyum walaupun kena tangkap
 
- Butiran sahaja sebab gambar tak ada -
 
Nama : Pna
Watak : Harley Quinn
 
Nama : Lysha
Watak : Perompak bertopeng
 
Nama : Saiyidah
Watak : unknown
 
Guess what , aku bangun pukul 4 pagi semata-mata nak makeup muka aku jadi Diablo . Hahaha . First time pula tu . Huhuhu . Paling sheet adalah kening aku mencair sebab banyak berpeluh and cuaca 'indah' sangat semalam . Hahaha .
 
Well , yesterday was a great time with them . Lysha jadi DJ yang lawak gila . Serious , lawak dia tu memang memecahkan suasana time tu . Daripad krik-krik entah apa-apa , boleh jadi meriah . Berbakat rupanya Ratu Cecair Biru Ramadhan Tiba kami tu .
Banyak juga gambar kami selfie and ramai yang bergambar dengan kami . Pengetua pun sekali tau ! Hahaha . Eventhough ada yang panggil aku Abang Zombie . Hahaha . Ramai juga yang puji makeup kami lawa , seram and sama seperti watak Suicide Squad .
 
Alhamdulillah , LS.CO mendapat keuntungan yang menggalakkan and melepasi modal asal kami . Hehehe . Walaupun penat , but well , ianya berbaloi . Banyak kali aku bergelak sakan .
 
Jangan ditanya kenapa aku buat ekspresi muka yang sama saja . Hahaha . Menghayati muka Diablo yang sebenar . Kononnya lah . Wakakaka .
 
 
Aku bersyukur sebab dapat melibatkan diri sebagai LS.CO for Hari Keusahawanan semalam . Inshaa allah , I'll share the other posts next time . Okay , itu saja . Chaw !

 
@Syzwnhxkimi_