Animated Rainbow Nyan Cat Syazwan Hakimi's Bla Bla Bla Stories: Sambutan Hari Guru SMK Pantai 2016

Sabtu, 28 Mei 2016

Sambutan Hari Guru SMK Pantai 2016

Assalamualaikum . As usual , aku akan buat post yang berlainan dalam blog aku . Apa yang aku nak buat ? Ianya mengenai Sambutan Hari Guru SMK Pantai , WP Labuan 2016 .
 
Okay lah kan , dapat celebrate sebelum cuti and then puasa . Lagipun , dak-dak upper form and lower form dah habis exam . Semua pelajar otak dah lega hadap paper , yang tak lega , cikgu-cikgu lah . Nak hadap jawapan entah apa-apa kami ni lagi . Lol . :3
 
Aku difahamkan yang banyak sekolah mempunyai tema-tema Sambutan Hari Guru yang unik-unik . Star Wars lah , Back to School lah , kaum pelbagai bangsa lah and so on . Jadi apa tema Hari Guru sekolah aku ? Temanya adalah alam fantasi , yang bestnya ramai cikgu bercosplay ! Macam-macam baju ada . Bayangkan , guru disiplin , guru mata pelajaran , guru sukan and lain-lain , bergaya sakan dalam pakaian dorang . And aku rasa sangat-sangat excited . Sempatlah aku tengok cikgu-cikgu preparekan diri dalam bilik guru waktu pagi . Lagipun aku dalam bilik guru tolong Cikgu Farid untuk siapkan diri . Hehehe . Apa yang Cikgu Farid cosplaykan ? Nantikan ...
 


They are going to the school hall ! Pembaca boleh melihat pelbagai baju yang dikenakan oleh cikgu-cikgu sekolah aku . Baju pengantin pun ada ! Tak nak kalah tau ! Hahaha . Yang lawaknya , Cikgu Hasan pakai baju serious formal gila macam nak kahwin , and seorang lagi cikgu perempuan yang memakai baju pengantin serba putih kain meleret , cikgu-cikgu lain pun menyakat dorang . Faham-faham jer lah apa topik yang cikgu-cigu sakatkan . Ehem ehem . Secara kebetulan jer ni . Hahaha .
 
Dalam dewan ~
 
Macam mana dengan cikgu-cikgu yang ajar kelas aku ?
 
Cikgu Alin ? (Prinsip Perakaunan) (Guru kelas)
Cikgu Norlizawati ? (Bahasa Melayu)
Cikgu Claudius ? (Bahasa Inggeris)
Cikgu Norlia ? (Ekonomi Asas) (Kak Ngah)
Cikgu Zarina ? (Perdagangan) (Kak Yong)
Cikgu Suzana ? (Matematik)
Cikgu Suhaimi ? (Sains)
Cikgu Azniah ? (Sejarah)
Cikgu Farid ? (PJK)
Cikgu Zaruddin ? (PSK) (Papa Zaruddin)
Ustazah Nordiana ? (Pendidikan Agama Islam)
 
Apa yang mereka pakai ?
 
Cikgu Alin - Jubah
Cikgu Norlizawati - Sherif
Cikgu Claudius - Formal
Cikgu Norlia - Flower Princess
Cikgu Zarina - Flower Princess
Cikgu Suzana - Formal
Cikgu Suhaimi - PJ
Cikgu Azniah - Black Witch
Cikgu Farid - Akatsuki
Cikgu Zaruddin - Akatsuki
Ustazah Nordiana - Flower Princess
 
Itu baru cikgu-cikgu kelas aku , cuba kalau kelas yang lain pula . Hohoho . Akatsuki babe . Dua orang lak tu . Hahaha . Cikgu-cikgu dibenarkan memakai apa yang diimpikan mereka . Kak Ngah ada cakap dengan dak-dak Eko , impian dia nak jadi guru mata pelajaran PJK . Nak pakai baju PJK jer time sambutan . Tengok-tengok , dia pakai baju sedondon dengan Kak Yon . Uish , bukan main . Hahahaha .
 
Cikgu Alin ! Guru yang aku anggap paling sempoi ah . Cikgu Alin ni memang sempoi ! Memang best dapat belajar dengan beliau . Senang nak faham . Dah lah buku Account tebal setebal kamus , tapi bila Cikgu Alin ajar , isi kandungan buku teks tu boleh ingat ah . Yang lawaknya , Cikgu Alin menggelarkan kami (4 Principled) sebagai budak-budak kecil . Hahahaha . And beliau sentiasa menyebut 'suka hati badak kau' semasa mengajar . Seriously , aku yang daripada zero dalam perakaunan dah dapat menimba banyak ilmu mengenai Account .
 
First time aku tengok Cikgu Suzana pakai tudung sarung . And I was like , fuh ! Nice ! Cikgu Suzana ni mempunyai tahap kesabaran yang agak tinggi semasa mendidik kami dalam Matematik . Yerlha , bukan semua orang dalam kelas aku boleh score each topic dalam Matematik . Soalan yang dilemparkan bertubi-tubi and kadang-kala tak masuk akal pun , berjaya dijawab oleh beliau . Lagipun , Cikgu Suzana ni lemah lembut  dan tenang orangnya . Hehehe .
 
Chief Norlizawati Ag Tahir sebelah aku ! Hahaha . Lawa kan baju yang dipakai oleh beliau . Daripada topi hinggalah kasut , sebiji macam sherif dalam filem orang putih . Siap ada lencana ! Jangan main-main tau . Kang beliau tembak , bocor badan . Lol . Hahaha . Jangan marah Cikgu Liza , bergurau jer . Ngeh ngeh ngeh .
 
Bergincu hitam , berkuku hitam , bertudung hitam , berjubah hitam . Siap pegang tanglung lagi ! Memang baik ah Cikgu Azniah ! Memang ngam dengan tema . Ada tongkat sakti lagi tu . Dengan mask mata berwarna kontra lagi . Memang Cikgu Azniah boleh dikatakan glamour and fabulous . Time dekst bilik guru , Cikgu Azniah sempat berdiri depan kipas sebab nak keringkan kuku yang telah diwarnakan dengan peel-off black nail color . Aku tergelak jer tengok cikgu .
 
Kak Ngah ! Serba-serbi berwarna biru , flower crown lagi . Flower Princess tau . Siap memegang benda alah ala-ala Instagram lagi . Hahaha . Kak Ngah kalau mengajar pun okay . Budak-budak Eko dengan beliau ibarat kakak dengan adik . Jadi , kami semua agak rapat dengan beliau . 'Best' tau kalau kena cubit dengan beliau . Hampa tidak kena , kalau hampa kena , sakit na . Cheq pernah kena . Bukan sekali , tapi banyak kali . Hahaha .
 
Kak Yong ! Kalau Kak Ngah ala-ala lautan biru , Kak Yong pula ala-ala bunga dan daun . Hahaha . Lawa kan ? Aku rasa Kak Yong and Kak Ngah memang dah plan nak pakai baju yang sama lah , cuma lain warna jer . Kak Yong dengan Kak Ngah ni ibarat isi dan kuku . Bestfriend lah katakan . Di situ ada Kak Yong , di situ ada Kak Ngah . Peribahasa baru tau .
 
Ahli Akatsuki yang ke-12 ! Cikgu Farid ! Semangat gila Cikgu Farid nak bercosplay . Pagi-pagi lagi , Farahani uruskan make up cikgu , aku pula uruskan wig . Semangat kan ? Siap buat kuku ala-ala Kaneki lagi .
 
Ahli Akatsuki yang ke-13 ! Cikgu Zaruddin ! Memang baik ah . Dapat cikgu-cikgu yang minat Anime ni . Hahaha .
 
Flower Princess , Ustazah Nordiana ! Serba pink lagi ! Dengan flower crown lagi . Nampak macam Barbie doll jer Ustazah Nordiana dalam gambar ni . Corak tudung pun bunga-bunga . Memang lawa ah .

Sempat juga aku selfie dengan Cikgu Suhaimi . Muahahaha .
 
Di bawah ini , aku sertakan gambar aku dengan cikgu-cikgu yang lain :
 
 Tinkerbell Muslimah - Cikgu Susi !
Iklan Qu Puteh daripada Sherif Cikgu Sawiyah .
 Red Riding Hood , Teacher Adviana and Teacher Madona .
 Superman - Cikgu Kasnan !
 Makhluk hijau yang aku tak tahu siapa dalam Star Wars tu . Yoda kot . Entah ah . -_- . Dicosplay oleh Cikgu Wilter .
 Zombie ~
Makhluk sotong yang aku tak tahu nama dalam Pirates Of Caribbean .
 
Di bawah ini , terpapar gambar-gambar gelagat ahli Akatsuki ke-12 dan 13 yang membelakangkan ahli-ahli Akatsuki lain yang tengah buat plan jahat semata-mata nak datang SMK Pantai . Lol . -_- :
 

 
And gambar cikgu-cikgu beramai-ramai :
 
 
Sambutan Hari Guru sekolah aku ni siap ada anugerah untuk guru-guru lagi . Macam ASK pun ada !
 
Anugerah Guru Penyabar - Cikgu Adviana Vali
Anugerah Guru Penyayang - Cikgu Zarina Zuki
Anugerah Guru Prihatin - Cikgu Aman
Anugerah Guru Ceria - Cikgu Zarina Zuki
Anugerah Guru Tegas - Cikgu Sawiyah Tawile
Anugerah Guru Idola - Cikgu Hasan
Anugerah Guru Sporting - Cikgu Zarina Zuki
Anugerah Guru Lelaki Stylo - Cikgu Kasnan
Anugerah Guru Wanita Stylista - Cikgu Norlizawati
Anugerah Guru Popular - Cikgu Sahar Bin Misron (Pengetua)
Anugerah Cosplay/Kostum Terbaik - Cikgu Mirwan 
Pengetua pun menang award ! Hahaha . Kak Yong bolot ketiga-tiga gelaran . Woah . Daebak .
 
Memang best ah Sambutan Hari Guru SMK Pantai tahun ni . Cikgu-cikgu memang sporting . Seriously . Kan best kalau cikgu-cikgu pakai baju macam ni tiap-tiap hari . Hahaha . Daripada watak anime sampailah zombie . Semuanya hebat-hebat belaka . Aku berharap , nest year punya Hari Guru akan lebih meriah lagi dengan tema yang lagi umph ! Hahaha .
 
Apa-apa pun , Selamat Hari Guru diucapkan kepada warga pendidik . Jasamu akan ku kenang !

 Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
 (Sajak : Usman Awang )
 
Banyak jasa cikgu-cikgu dalam mendidik anak bangsa untuk menjadi seorang yang berguna terhadap agama , bangsa dan negara . Jadi , belajarlah bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kejayaan . Aku yakin , cikgu-cikgu pun nak tengok anak didik mereka berjaya . Terima kasih cikgu ! Untuk cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku atau tidak di Tadika Sri Gelang , Tadika Pelangi , Tadika Sri Sayangku , SJK (C) Ming Terk , SJK (C) Keh Seng , SMK Tinggi Melaka and SMK Pantai .
 
Aku nak merapu and melaut pula dekat bawah . Ngeh ngeh ngeh . Okay , itu saja . Chaw !
 
Ekstra (Kalau nak tengok , silakan slide)
Dengan cikgu-cikgu aku tangkap gambar , dengan kawan-kawan aku pun , mesti ah tangkap gambar juga . Hahaha .
Apa yang aku post gambar dekat bawah , tak ada kena mengena dengan Sambutan Hari Guru yang berlangsung . Cuma gambar aku dan kawan-kawan aku dan sedikit gambar bersama guru yang agak crazy dan bagi aku lawak . Hahaha .
 
P/S : Santi dengan Bel , dua orang ni lah yang hampir setiap hari bahan aku . Dua orang ni sekepala dengan aku . Best dapat kawan perempuan yang sekepala dengan aku ni . Hahahaha . Lol .

P/S : Chris Senpai dengan Amir ! Dua orang pemain bola yang sporting gila ! Mula-mula lah , jujur aku cakap , masa aku baru masuk sekolah , I thought yang dorang ni budak-budak nakal dalam sekolah , rupa-rupanya tak ! Sangkaan aku meleset sama sekali . Mereka ni baik orangnya dan aku seronok berkawan dengan mereka . Amir kuat buat lawak , ada jer lawak yang direkanya . Chris pula, kalau berbual pasal Anime , memang rancak ah perbualan kami  . Hahaha .
 

P/S : Ni tak payah lagi aku nak memperkenalkan . -_-

P/S : Persoalan , adakah gigi aku menyerlah ataupun gigi Hakim ? Kesimpulannya , cekak zirafah yang aku pakai lagi menyerlah . K , tak masuk .
P/S : Ketiga-tiga orang ni lah yang aku pernah mention dalam post aku yang sebelum ini . Shana dan Fiqah , usahawan nasi goreng dan pisang goreng cheese yang berjaya manakala lagi seorang tu , Helin yang penuh dengan 1001 rahsia .
 
P/S : Cikgu Zaruddin menyelit ! Hahahaha .
P/S : Sanggup mengangkang semata-mata nak bergambar ramai-ramai dengan Puan Rabbit Masked Flower Princess with Magic Star Stick :') .
 
 P/S : Tengok muka si Apik . HAHAHAHA . Kau termenungkan apa ?
 P/S : Okay , seriously Atikah lawak ! Muka dia memang troll ah . Hahaha . Jangan marah Tikah . HAHAHA .
 P/S : Atikah , kami semua ada bulu misai yang lebat gila , kau pula ? Asal licin muka kau ? Hahaha .
 
#TerimaKasihZaiAtasPemberianGambar
 
Geng Balik Lambat pun ada tau . Hahaha . Geng yang sentiasa menunggu sambil mereput dekat bus stand sama-sama time balik sebab nak tunggu parents kami . Hahaha .
 


 
@Syzwnhxkimi_

2 ulasan: