Assalamualaikum . Minggu ni aku masih belum bebas daripada exam . Tapi ada aku kisah ? Aku nak keluar rumah pergi jalan-jalan juga . Muahahaha . Bosan dah sebab beberapa ni aku terperap dalam bilik baca buku . Macam ayam perap kunyit . -_- . Lagipun tinggal 3 paper lagi ! Tough juga . Hahaha . Math (Kertas 1) dengan Account (Kertas 1) and (Kertas 2)
Siapa dorang ni yang dekat dalam gambar for post aku kali ni ? Haa , nilah jiran-jiran aku dekat Perumahan Kastam Bukit Kuda , Labuan . Apip , Apik , Aeron , Wan dengan lagi sorang yang tak perlu diintroduce sebab dia adik aku . Lol .
Dulu masa dekat Melaka , aku ni jenis tak keluar rumah and malas keluar rumah . Masa zaman darjah-darjah , aku rajin turun taman . Since 2011 masa nak UPKK and sampailah sekarang , aku still malas nak turun pergi taman . Sebab itulah aku macam tak rapat dengan anak jiran dekat Melaka . Aku akan keluar rumah kalau ada event penting je . Lagipun masa dekat Melaka , ramai budak batch si Fizal tu . Aku ni , forever alone lelaki batch 2000 .
Eventhough aku baru rapat dengan dorang , tapi mereka layan aku macam dah lama kenal aku . Huhuhu .
Macam mana kitorang boleh rapat ?
1) Apik , Aeron dengan Wan sama umur dengan aku . Sama sekolah lak tu . Apip , dak-dak KV , dia tua 2 tahun daripada aku .
2) Kitorang satu kepala . Gila-gila , kuat ketawa , bahan orang and segala perilaku tidak senonoh . Ngeh ngeh ngeh .
3) Sebab aku pernah terima pelawa dorang untuk study group . :3
And lain-lain .
Post ni , aku nak cerita pasal peristiwa semalam , iaitu bersama-sama hang out di UK ! Yeah .
#BoysDay
Sampai je dekat UK , aku , Fizal , Apip dengan Aeron cari si Apik and Wan . Macam explorace siak , terjumpa family Apik dekat kedai handphone , macam minta clue pula daripada dorang . Sebab apa ? Sebab tanya mana si Apik pergi . Wan pula aku tak tahu pergi mana . HEAZWAN 404 ERROR NOT DETECTED . Dia detected lepas ada salah sorang call dia untuk berkumpul . Plan berkumpul dekat Pizza Hut , tengok-tengok jumpa dekat depan Sportmart . Lmao . Jauh beza Sportmart dengan Pizza Hut . Aku perhati baju Apik , ada ah tulisan pasal Melaka . Semangat dia pakai baju Melaka . Aku yang pernah duduk Melaka pun tak pernah beli . Dulu sebelum pindah , ada lah niat nak beli , tapi duit aku habis masa tu . Pokai . :')
Cermin UK pun boleh .

Adik aku ni pula nak pergi mana ? Majlis ? Hahaha . Formal gila baju dia . Siap bervest . Kau mampu ? Lol . Skinny gila jeans Wan . Serious doh , lawa dia pakai . Berterima kasih wahai makhluk sebab aku puji korang .

Kau rasa ? Si Aeron paling santai ah siak dalam gambar . Dengan NIKE lagi tu .
Jalan punya jalan , nampak ada tempat main skate . Kebetulan , ada salah sorang budak yang dorang kenal tengah main skate . Apa lagi , si Wan pun main skate . Apak ah , nice try bruh . Masa jalan , si Apik tukar-tukar sunglasses ah . Maklumlah , tauke sunglasses . Kitorang sanggup jalan kaki nak pergi Seasport . Sebab apa , nak habiskan masa . Lol .

Restoran kat sana tutup . HAHAHAHA . It's okay , jalan je , sebab view lawa .
Kaneki VS Rize VS Sasaki VS Juuzou VS Uta VS Touka . Wakakaka .
Dah habis spend masa dekat Seasport , aku buat keputusan nak beli seluar dekat UK . Jadi , kitorang patah balik nak pergi UK . Dah habis beli seluar , kitorang nak jalan pergi stesen bas dekat UTC untuk naik bas . Tapi banyak tempat kitorang singgah . -_- . Kedai air ABC , kedai gunting rambut sebab Apip , Apik dengan Wan nak gunting rambut , kedai baju sukan , Utama Jaya , Starbung sebab nak beli air lagi (Starbung ni salah satu kedai yang menjual minuman dalam cawan saiz besar ) and akhirnya , sampai Pasar Sentral Labuan . Sepanjang perjalanan , Wan jer yang kena bahan . Hahaha . Tapi , kami tak terus naik bas . Kami spend time lagi dekat tingkat atas Pasar Sentral . Lel .
Masing-masing kata dah penat , jadi kitorang pun naik bas . Ada yang bontot cramp lah , kaki lenguh lah , ngantuk lah , senggugut lah . Eh tak , senggugut tu tak . Wakakaka .
Masa dalam bas , dorang plan nak joging lepas balik . Aku terpaksa tolak sebab serious , aku penat . Penat gila siot , macam jalan daripada DP , pergi MP then pergi balik DP and A' Famosa untuk selfie menyelfie , lepas tu pergi balik MP sebab nak tunggu bas . -_-
It was a nice day with them . Boleh ah buat lagi camni . Hahaha . Okay , itu saja . Chaw !
@Syzwnhxkimi_
Tiada ulasan:
Catat Ulasan