Animated Rainbow Nyan Cat Syazwan Hakimi's Bla Bla Bla Stories: Jun 2016

Isnin, 27 Jun 2016

Mereput and Wefie Presentation Sains

Assalamualaikum , konbanwa dan selamat berpuasa ! Post kali ni aku nak mengarut and melalut . Sebab apa , sebab aku mereput sereput reput nya . Lagi-lagi dekat sekolah . Sekolah aku , pagi tadi ada Wacana Puisi (salah satu program untuk melahirkan semangat cinta akan karya-karya bahasa such as sajak , puisi and so on) . Imagine , daripada pukul 9.00 pagi hinga 12.00 tengah hari lebih , terpaksa mereput dalam dewan . Hahaha . Okay lah , at least dapat ah serba sedikit ilmu bersajak , berpuisi and bersyair untuk buat Cikgu Liza bangga . Eceyh .
 
Hari ini satu subjek saja yang kami (4 Principled) belajar . Itu pun Sains . Ramai juga yang tak datang sekolah hari ini . Waktu itu for those yang tak present lagi dikehendaki untuk buat presentation . Aku dah ~ Hahaha .
 
Nak juga share keadaan dalam makmal Sains ketika presentation tu . Ngeh ngeh ngeh .
 
 Mad and Amir nak present . Tapi Lysha pandang belakang . Hm , awat eh Lysha ? Hahaha .
 Jojie masuk dalam gambar ! Woah , siapa Jojie ? Pandai-pandai lah pembaca teka sendiri . Wakakaka .
 Ambil kau Puttek buat gwiyomi . Hahaha . Zai dengan Chris malu-malu pula . Alah . Hahaha . Eh , Jojie ada dalam gambar ini juga lah .
 Pertandingan show off gigi and senyuman paling lebar . Aku 89% , Meera 78% , Pna 13% , Gabby 25% and Santi -17% . HAHAHAHA .
 Uish , siapa di sebelah ? Erm , erm ,erm . Alha , malu lah . Heee ~ (mohon muntah pelangi snapchat) . Itu lah Michelle , pelajar paling pandai dalam kelas ! Baik ah dapat selfie dengan Michelle . Michelle , nanti kita selfie banyak-banyak eh .
Alha Echa , masuk dalam gambar siap buat peace lagi . Lysha pun sama . Acah-acah peace-no-war saja .
 
Melalui gambar ini saja , boleh dikatakan yang aku agak rapat dengan classmate aku . Eventhough aku baru pindah Labuan akhir tahun lepas . Sebab apa , mereka semua sporting gila ! Boleh ketawa kuat-kuat ah dalam kelas even benda itu bukan benda lawak . Nanti , ada chance , aku describe seorang demi seorang classmate aku k . Hehehe .
 
Esok ada ujian lisan Bahasa Melayu , so aku nak berhenti setakat ini . Wish me luck . Hahaha , good luck guys esok . Okay , itu saja . Chaw !
 
@Syzwnhxkimi_


Ahad, 26 Jun 2016

Happy 2K Views !

Assalamualaikum dan selamat berpuasa ! Untuk post kali ini , aku ingin share benda best dengan pembaca . (Best bagi aku lah , tapi tak tahu bagi pembaca best atau tidak . Ngeh ngeh ngeh ) Blogspot aku , iaitu Syazwan Hakimi's Bla Bla Bla Stories (http://acrophobiakimi.blogspot.com) telah mencapai views sebanyak 2000 lebih ! Yeah ! Alhamdulillah .

Views pembaca blog aku setakat 26 Jun 2016 (15:32 pm)

Sedar tak sedar , aku dah menghasilkan sebanyak 35 post (termasuk post ini) sejak bulan Mac tahun ini . Pelbagai post yang aku merepek and korang baca . Hahaha . *emo ketawa keluar air mata

Dalam post ini juga , aku ingin sertakan post-post aku yang mendapat views paling banyak setakat ini .

1st : Sambutan Hari Guru SMK Pantai 2016 (28 Mei 2016)
2nd : 4MINUTE Disbanded (17 Jun 2016)
3rd : Betariors (5 Mac 2016)
4th : [MV Review] : EXID - L.I.E (1 Jun 2016)
5th : Hang Out Geng Balik Lambat with Failed Spicy Ramen Challenge ! (2 Jun 2016)

Aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca yang sentiasa mengikuti perkembangan aku melalui post-post aku . Thank you so so so much ! ありがとう ! Inshaa allah , next time aku akan target 5K views pula . Hehehe .

Okay , itu saja . Chaw !

@Syzwnhxkimi_
 

Rabu, 22 Jun 2016

[MV Review] : SISTAR - I LIKE THAT

Annyeong ! Gues what ? SISTAR dah comeback dengan album keempat iaitu Insane Love dan MV I Like That . Aku dah jadi peminat SISTAR sejak 2013 (era Give It To Me) . So , tunggu apa lagi , aku nak review MV SISTAR - I Like That ! Jyeah !
 
 
Lagu : ★★★★★
 
Masing-masing punya vokal memang daebak . Part korus yang ada perkataan sarang-hae memang best . Lagu ni tak rancak sangat and still ada part ballad walaupun sikit . Rap Bora sangat-sangat best kalau layan . Aku betul-betul berharap agar part Bora akan bertambah dengan lebih banyak sebab Bora betul-betul berbakat dalam rap ! Suara Hyolyn yang merdu and lunak menambahkan lagi tahap best lagu ni . Part Dasom and Soyou seolah-olah menangkap setiap part member lain . Jujurlah , lagu ni kalau dengar banyak kali , still tak bosan . For me , lagu ni pun sesuai untuk dibuat tidur masa dekat highway atau flight . Hahaha .
 
Music Video : ★★★★★
 
Menggunakan konsep geisha , sememangnya menampilkan sisi kelainan dalam MV SISTAR yang latest ni . Penggunaan kelopak bunga ros dalam part Soyou amat menarik . Agak-agak lah berapa puluh ribu bunga ros yang kelopaknya dipetik untuk MV ni . Hahaha .  MV ni menunjukkan mood SISTAR yang kelihatan agak murung . Explicilt content ! MV ni sangat-sangat seksi dan dikatakan seductive . Berbeza dengan konsep summer and booty shaking SISTAR pada tahun 2014 and 2015 . Jujur aku kata , aku suka SISTAR menggunakan tema yang menampilkan sisi feminin berbanding MV yang berwarna-warni . Pencahayaan dalam MV ini dilihat agak kelam berbanding MV-MV mereka sebelum ini . Setiap member berjaya menampilkan imej yang sangat cantik dalam MV ini . Yang menariknya , kesemua member telah mewarnakan rambut mereka kepada warna yang gelap , amat berbeza dengan MV-MV sebelum ini yang menunjukkan rambut pelbagai jenis warna seperti blonde , light brown , wine red dan sebagainya , malah , sticker tatu pada belakang dan badan-badan member SISTAR dalam MV ini (kecuali Hyolyn - tatu di perut Hyolyn adalah tatu betul) juga amat menarik perhatian . Pakaian mereka mengingatkan aku terhadap MV Jun Hyo-Seong (Find Me) . Apa-apa pun , pakaian sutera singkat mereka amat bersesuaian dengan MV ni .
 
Tarian : ★★★★★
 
Penggunaan kain nipis labuh amat menarik dalam tarian I Like That . Malah , tarian ini kelihatan lebih seksi dan feminin berbanding Shake It dan Touch My Body . Each part tarian yang ditarikan amat bersesuaian dengan each part nyanyian SISTAR . Kiranya , tak nampak janggal lah .
 
I'll always be a STAR and support them ! Aku sangat-sangat sukakan konsep comeback SISTAR pada tahun ini . Aku tak nak SISTAR disband seperti 4MINUTE . T^T . Aku nak ingatkan juga kepada pembaca , jangan salah bezakan Bora dan Dasom , sebab rambut mereka hampir sama . Hahaha . Aku tak sabar nak tengok performance I Like That dekat live show . Okay , itu saja . Aku harap dengan review aku ini membantu pembaca untuk menonton MV dan menyokong SISTAR ! Chaw !
 



 
 
@Syzwnhxkimi_


Jumaat, 17 Jun 2016

4MINUTE Disbanded

Annyeong . Kelmarin (Rabu) , aku buka Instagram , then aku stalk ah account KPOP . Stalk punya stalk , aku terbaca mengenai 4MINUTE , salah sebuah kumpulan KPOP wanita yang aku minat nak disband (berpecah) . I thought , it was a normal rumors . Aku pergi lah search dekat Google . Rupa-rupanya betul . Huarghh ! Aku minat 4MINUTE ! Kenapa perlu disband wahai noona-noona ku sekalian ! T^T . Serious , tak pernah terlintas langsung dalam otak aku yang 4MINUTE nak disband .
 
 
Lagu first aku dengar daripada 4MINUTE ialah Volume Up . Masa tu aku Darjah 6 (2012) . Aku sangat suka lagu tu . Start daripada peristiwa itu , aku mula memberikan perhatian terhadap kumpulan wanita naungan CUBE Entertainment . Aku mula menggelarkan diri aku sebagai multifandom and salah satu fandom yang terkandung ialah 4Nia . Setiap kali 4MINUTE comeback , aku tak akan lepaskan peluang aku untuk habiskan quota internet semata-mata untuk download MV 4MINUTE and live performance 4MINUTE .
 
4MINUTE mengambil keputusan untuk berpecah kerana kontrak mereka di bawah CUBE Entertainment dah tamat . HyunA seorang saja yang renewkan kontrak . Yang lain mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak . Di bawah ini aku sertakan bukti :
 
" The girls' contracts with Cube Entertainment will soon be coming to an end  during this month, and after long consideration, the girls and the label have decided to disband the group. So far, only HyunA has re-signed with Cube Entertainment, and some of the other girls are still talking about renewing with the label again. The girls that do not will look for another label.

An insider said, "All the members have a different future in mind, such as singers or actors. After months of consideration, they decided that it would be hard to maintain the team.
HyunA renewed her contract, and some of them are talking about renewing as well, but some will leave the label."
 
Sumber : http://www.allkpop.com/article/2016/06/breaking-4minute-disbands-after-7-years-hyuna-renews-contract-with-cube

" While it was previously revealed that former 4Minute member HyunA had renewed her exclusive contract with Cube Entertainment, it is now known that the remaining four members will be parting ways with the agency.

On June 16, Cube Entertainment releases the news of their departure in an official statement, saying, “Jihyun, Gayoon, Jiyoon, and Sohyun’s contracts expired on June 14. All four of the members deliberated for a long time on whether or not they wanted to renew their contracts. Ultimately, they decided not to renew and subsequently left Cube Entertainment.”
The statement continues, “[The members] have made a lot of memories and formed a strong bond over the last seven years as 4Minute. While it’s unfortunate that 4Minute has come to an end, we give the four members our blessings as they embark on this new journey. We ask that you continue to give the four members the same love and support as always.”

4Minute debuted in 2009 with “Hot Issue,” and won over the hearts of their fans with hits such as “Mirror Mirror,” “What’s Your Name?” and “Crazy.” The group announced their disbandment earlier this week "

Sumber : http://www.soompi.com/2016/06/15/4minute-members-jihyun-jiyoon-gayoon-sohyun-say-goodbye-cube-entertainment/

Malah , ada rumors yang mengatakan bahawa mungkin ahli 4MINUTE berpecah sebab mereka cemburukan HyunA . Cuba berfikir sejenak , HyunA lagi menonjol daripada member yang lain . Yerlha , HyunA diberikan banyak peluang untuk merelease lagu solo seperti Bubble Pop , Ice-Cream , Red and yang latest Roll Deep . Malah , HyunA diberi lagi kesempatan untuk berduet dengan Hyun Seung (ex member BEAST) dan debut sebagai Trouble Maker . Mungkin ada betulnya . Kalau pembaca stalk Instagram HyunA , tengok ah , betapa ramainya followers dia berbanding dengan member yang lain .


(P/S : Sohyun dikatakan unfollow HyunA and delete gambar dia dengan HyunA di laman Instagram official dia)
http://onehallyu.com/topic/346309-nb-instiz-all-of-4minute-unfollow-hyuna-on-instagram/

Tapi , aku suka tengok 4MINUTE sebagai salah satu kumpulan . Mereka berjaya memperkenalkan diri mereka di persada dunia . Dari 2007 hingga sekarang . Confirm-confirm dah ramai yang minat dengan 4MINUTE . Nak buat macam mana kan , dah keputusan mereka untuk disband . T^T . Sedih ah , sebab lepas ini , aku tak berpeluang untuk tengok mereka release MV bersama-sama .

#7YearsWith4MINUTE

Untuk mengakhiri post ini , aku akan sertakan throwback MV/video kesukaan aku . :') . Member-member 4MINUTE , semoga berjaya di masa hadapan . Love you guys !

Okay , itu saja . Chaw !

4MINUTE(포미닛) - 싫어(Hate) MV (2016)
 
4MINUTE - 미쳐(Crazy) (2015)
 
4MINUTE - 추운 비 (Cold Rain) (2015)
 
 
4MINUTE - 오늘 뭐해 (Whatcha Doin' Today)' Official Music Video (2014)
 
4MINUTE(포미닛) 이름이 뭐예요? (What's Your Name?) (Official Music Video) (2013)
 
4MINUTE - 'Volume Up' (Official Music Video) (2012)
 
@Syzwnhxkimi_


Aktiviti Minggu Sains dan Matematik SMK Pantai 2016

Assalamualaikum and Bello untuk sekalian makhluk yang membaca post ini . Untuk post kali ini , aku nak share cerita mengenai aktiviti-aktiviti Minggu Sains dan Matematik yang berlangsung di sekolah aku . Actually , yang berganding bahu menjayakan program ini adalah pelajar-pelajar dari 4 Inquires (sains tulen) and 4 Thinkers (sains sosial) . Straight to the point , aku sendiri and kelas aku , tak ada kena mengena dengan program tersebut . HAHAHAHA . Tapi , disebabkan aku berpeluang untuk mencuba aktiviti-aktiviti program tersebut pada hari Rabu lepas , aku rasa , tak rugi kalau aku menulis mengenainya .
 
Bagi aku lah , program ini berlangsung dengan jayanya . Banyak ah aktiviti yang best ! Kiranya , aku yang tak berapa nak score Math dengan Sains ni pun boleh enjoy dengan aktiviti yang disediakan . Aku tak tahu lah apa nama aktiviti tu . Jadi aku try namakan aktiviti yang aku cuba itu mengikut kefahaman aku . Ngeh ngeh ngeh . Salah jangan kecam -_- .
 
1) Teka jumlah helaian buku yang tebal gila , getah yang warna oren buat lastik orang tu and apa eh ? Jap aku tak ingat . Serious , erm ... Haa ! Berapa ringgit kesemua jumlah duit syiling dalam satu botol . Sama berat ah tabung adik aku yang Suzy tu dengan bilangan duit syiling untuk diteka tu . (P/S : Aku tak try sebab aku apa pun aku tak tahu)
 
2) Ular dengan tangga . Alha , yang mainan board tu . Tapi versi besar . (P/S : Aku tak main sebab time tu orang bersesak-sesak nak try)
 
3) Cari duit syiling dalam apa entah . Benda alah tu melekit , berwarna and boleh jadi likat balik even kau dah kacau , korek and lain-lain . Susah nau nak cari duit syiling tu .
 
4) Helah umur menggunakan kalkulator and kad terup . Yang ni best ! Aku terpegun ah . Hahahaha . Memang jadi ah trick tu . GGWP !
 
5) Eksperimen gunung berapi (P/S : Time aku dengan Lydia nak try eksperimen tu , kau tahu tak ? Cuka yang perlu digunakan dalam eksperimen tu dah habis . And I was like " ... " Melepas aku nak try eksperimen tu . Huargh .
 
6) Cabutan bertuah yang bukan free-free senang-senang hampa nak dapatkan barang . Hampa kena campak bebola ke lubang yang disediakan . Contoh ah , contoh k , ada 6 lubang, setiap lubang disertakan beberapa markah yang berbeza-beza , if nasib kau baik and bola kertas yang kau campak tu termasuk dalam lubang tu , kiralah markah yang kau dapat untuk tebus hadiah . (P/S : Aku tak try sebab ramai orang yang try )
 
7) Rendam tapak tangan dalam air bersabun yang dicampur minyak tanah kot , then dibakar tanpa mencederakan tapak tangan . Yang ni best ! Mulut aku ternganga ah time Umai bakar tapak tangan aku tapi sedikit pun tak luka ! Fuh , reciks ! Steady kan ? Ni kalau buat dekat muka aku , confirm best . Biar ada flame sikit dekat muka aku then snap gambar untuk penyediaan surat khabar bertajuk " Remaja Bermuka Api Yang Sempoi " . Uek , naik meremang aku syok sendiri sampai macam tu sekali . -_-
 
8) Melompat atas air tepung likat kot . Imagine , air yang aku lompat . Naruto sangat . Tapi lama-lama kaki aku 'ditelan oleh air tu' . It means yang kaki aku tenggelam dalam air tu . Aktiviti ini sangat best . Aku berpeluang try pun sebab Cikgu Farid yang paksa . Katanya , kalau aku tak try , dia tak nak layan aku mengenai Anime lagi . Hahahaha .
 
9) And aktiviti-aktiviti lain yang aku tak tahu namanya .
 
Di bawah ini aku akan sertakan beberapa gambar . Bukan gambar yang ada muka aku . T^T . Sehelai pun tak ada sebab orang yang snap semua gambar ini bukannya classmate aku . Tapi , gambar pengetua yang kelihatan seronok mencuba aktiviti-aktiviti yang disediakan . Boleh lah tu . Hehehe .
 
Haa ... Ni ah yang bakar tangan tu !
Cikgu Farid bukan kacau dodol k . Beliau sedang mengacau air tepung yang boleh terapung tu .
 
Apa-apa pun , tahniah diucapkan kepada 4 Inquires , 4 Thinkers and guru-guru yang terlibat dalam program ini . Memang daebak !
 
Okay , itu saja. Chaw !
 
@Syzwnhxkimi_


Ahad, 12 Jun 2016

[MV Review] : EXO - MONSTER

Annyeong ! Aku baru tahu kelmarin yang EXO dah comeback . Jadi , tanpa berlengah lagi . Aku akan review MV Monster daripada EXO . Bukan Monster daripada Big Bang k .

 
Lagu : ★★★★
 
Lagu ni fxcking awesome ! Aku suka . Perh , lagi-lagi bahagian 00.34 ! Aku suka gila part tu . Hahaha . Start saja playkan MV ni , terus rancak ah . Aku rasa yang nyanyi dulu tu si Baekhyun . Argh . Serious doh , best siak lagu ni ! Yang tak dengar lagi tu , pi download cepat-cepat lagu ini . Part rap lagi best ! Chanyeol dengan Sehun punya rap , seriously tak pernah menghampakan . Lagu ini memang patut diberikan 5 bintang ! Tapi perlu diingatkan , ia agak bosan and jemu untuk didengar banyak kali

Music Video : ★★★★★

Konsep MV ni sangat gempak . Kalau hang dok pikiaq yang MV ni macam Monster , hang salah . MV Monster EXO seolah-olah menunjukkan mereka memberontak dan muka dorang dimakeupkan seolah-olah luka dan berdarah manakala MV Monster Big Bang pula , terarah kepada kehancuran .Berbeza right ? MV ni tak terlalu kelam even dorang ada  part menari di kawasan yang gelap . Malah , pengcahayaan yang digunakan pun amat menarik perhatian aku . Fist time ah , EXO gunakan konsep pemberontak dalam MV ni . Pakaian kulit , but tempur , tindikan , dan rambut bergel menyerlahkan lagi imej mereka sebagai pemberontak . Best , best , best ! Daebak habis MV EXO kali ini . Dalam MV ni , masing-masing dah tukarkan warna rambut (member EXO) , aku tak dapat cam seorang demi seorang ! Huargh . Lepas tengok MV ni dua kali , baru aku perasan D.O , Chanyeol , Sehun , Lay , Baekhyun , Suho and Xiumin . Pakaian dorang smart der dalam MV ni . Boleh lah aku inspirasikan pakaian mereka . Ngeh ngeh ngeh .

Tarian : ★★★★★

Perfect siak tarian mereka ! Rancak , pantas and so on . Seriously , aku terpegun dengan tarian mereka . Nak tahu tarian dorang macam mana , tengok MV dorang dekat bawah screenshot . Tak pun , tengok saja dekat Youtube live show mereka . Anyway , EXO , you guys are so daebak !

Okay , itu saja . Chaw !




 
 
@Syzwnhxkimi_
 

Sabtu, 11 Jun 2016

Wattpad Aiman Nurhakeem

Assalamualaikum guys ! Lama juga lah kan aku tak buat post . Tak terlambat lagi rasanya untuk mengucapkan Selamat Berpuasa dan menyambut bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan kepada umat Islam . Semoga kita mendapat keberkatan yang diturunkan oleh Allah .
 
Untuk post kali ini , aku ingin berkongsi dengan pembaca mengenai Wattpad . Mesti ada di antara pembaca yang mempunyai persoalan ini :
"Apa tu Wattpad ? "
Okay , biar aku screenshot .
 
 

Kiranya , macam e-book lah . Tapi , yang bestnya , pembaca boleh create pelbagai jenis karya fiksyen ! Kalau tak silap , kena sign up dulu . Entah lah , cuba try dulu . Ngeh ngeh ngeh .

Aku ada seorang sahabat yang berkarya di Wattpad . Nama dia Aiman Nurhakeem . Aku ada introduce and bercerita mengenai dia di dalam post sebelum ini iaitu Betariors and The World Of Environment . Kalau tak kenal , rajin-rajinkan lah tangan pi search Betariors dalam blog aku . Hahaha .

Jadi , melalui post ini juga , aku nak share karya-karya dia . Berbakat juga lah kan manusia ni dalam bidang penulisan . Keep it up bruh , aku support kau ! So , tunggu apa lagi ? Slide di bawah untuk mula membaca sinopsis novel hasil karya Aiman Nurhakeem .
 ________________________________________________________

Tajuk : KeHIDUPan (Siri 1)
 
 Sinopsis :
 Untuk pembaca yg sukakan novel urban. Sesuai untuk pembaca bijak dan matang. Khas untuk kamu. Good luck in your life. - Author
"Malam tu adalah malam yg amat menyeronokkan. Tak sangka buat benda tu memang menyeronokkan. Malam yang hangat. Damn. So hot. Aku terlanjur..."
Kehidupan Iman telah berubah. Kehidupannya menjadi semakin gelap akibat dosa yang telah dilakukannya. Dia hanya inginkan perubahan yang baharu. Semua orang juga begitu. Namun, kenapa masih ada manusia yang memilih perubahan yang salah? Dan.. Iman mempunyai abang? Atau adik? Keliru... Kenangan siapa ni?
الحياة لا يمكن إلا إن تتأثر بالعقيدة، و العقيدة لا يمكن أن تعيش في معزل عن الحياة.
 "It is impossible for life to not affect faith, or for faith to have a separate existence away from life."

Tajuk : KeHIDUPan (Siri 2) : Segalanya Berubah
 
 Sinopsis :
 *Sambungan dari keHIDUPan siri pertama.
Lalu , dendam muncul semula. Tetapi dendam itu dibalas dgn kejam. Hati si pendendam itu telah hitam. Hitam sehitam hati orang tidak beriman.
Jika kejahatan dibalas kejahatan, itu adalah Dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan, itu adalah Perkara Biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah Zalim. Tetapi... jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah Mulia Dan Terpuji.
Kehidupan Aidil telah berubah akibat dari dendam silam seseorang. Pelbagai ujian yang terpaksa ditempuh olehnya sehingga segalanya berubah apabila keluarganya menjadi mangsa keadaan. Berjaya atau tidak Aidil menghadapi semua ini? Siapa pendedam ni sebenarnya? Wallahualam...
Tajuk : Miuziq
 
 Sinopsis :

Percintaan di alam muzik Alam muzik? Wujud ke? Tiada siapa tahu.
 Alam fantasi muzik menyebabkan Amylia jatuh cinta pada seorang jejaka. Siapa?
 Susah untuk diperkatakan. Seseorang telah menghantar sejenis muzik magis di WhatsAppnya.
 Magis? Macam mengarut jer.
 Memang mengarut, bagi kita. Tetapi bagi Amylia, ianya seperti mimpi menjadi kenyataan
 
Tajuk : Vortex
 
 Sinopsis :
 Ianya tidak menunggu kamu...
 Ianya tidak akan berhenti...
 Kejarlah ia selagi mampu...
Agar kamu tidak dibinasakan...
"Kau pasti ke apa yg kau buat? Kau tak rasa ke apa yg kau buat ni boleh bunuh kita semua." - Izzah
"Kita mesti keluar dari sini sekarang!! Tempat ni akan musnah bila-bila masa jer!!" - Syed
"Vortex ni bukan macam apa yang korang sangkakan. Benda ni bahaya tau tak. Jangan sesekali korang masuk dalam tu. Ada yang kata ada orang pernah masuk dalam tu, tapi sampai sekarang tak balik-balik. Ada yg kata orang tu dah mati. Ada juga yang kata orang tu dah jadi bahan eksperimen makhluk lain. Aku tak percaya semua tu. Tahyul jer semata-mata nak takutkan orang." - Ken
"Lari untuk hidup. Ianya tak akan berhenti. Lari selagi mampu. Selagi kamu berdaya. Tersilap langkah kamu binasa. -Unknown
     Semuanya telah terjadi. Tiada jalan keluar selagi mereka tak tamatkan semua halangan. Menyesal lagi tiada guna. Masa tidak boleh dihentikan. Lari untuk hidup. Hidup untuk lari. Mereka perlu selesaikan setiap cabaran yang dihadapi umpama menamatkan setiap permainan yang mempunyai peringkat-peringkat yang semakin lama semakin susah. Kegembiraan Syed, Fandi, Ken, Sarah, Izzah dan Amanda berakhir dengan seorang demi seorang mati secara tiba-tiba. Mereka tidak tahu siapa kawan atau lawan. Siapa punca kematian kawan mereka? Pembunuh itu dalam kalangan mereka atau ada orang lain yang sabotaj usaha mereka untuk keluar dari situ? Vortex... apa benda tu? Bahaya sangat ke? Susah diterangkan...
________________________________________________________
Haa ! Bestkan sinopsis dia . Tengoklah , Aiman yang buat . Mana ada yang tak best . Ngeh ngeh ngeh . Apa yang patut pembaca buat sekiranya nak teruskan membaca kisah KeHIDUPan (Siri 1) , KeHIDUPan (Siri 2) : Segalanya Berubah , Miuziq and Vortex ?
Mudah sahaja langkahnya , tekan link di bawah ini ,
Tunggu apa lagi ? Pi buka link tu cepat-cepat . Jangan bazirkan masa ! Aku saja copy paste 3 kali even link yang sama . Hahaha . Kalau pembaca ingin update novel daripada dia , follow lah Wattpad dia sekali . Mudah kan ?
Apa-apa pun , sebagai sahabat , aku akan menyokong Aiman dalam usahanya di dalam bidang penulisan ! Nantikan hasil terbaru daripada Aiman . Ada novel baru , aku akan update k .
Okay , itu saja . Chaw !
@Syzwnhxkimi_

Khamis, 2 Jun 2016

Hang Out Geng Balik Lambat with Failed Spicy Ramen Challenge !


Hey guys ! Aku baru balik daripada UK tadi . Hang and mereput dengan Geng Balik Lambat ! Hehehe . Seperti mana yang aku introduce sikit-sikit tentang Geng Balik Lambat dalam post Sambutan Hari Guru SMK Pantai 2016 , Geng Balik Lambat menurut WikiKimi , Geng Balik Lambat ialah satu geng atau puak yang sentiasa menunggu sambil mereput dekat bus stand sama-sama time balik sebab nak tunggu parents fetch .
Geng Balik Lambat yang dianggotai oleh aku sendiri , Fizal (adik aku) , Khairul (Candle / Lilin) , Gabriel (Gabby) , Hazel , Heidi , Mukhris , Hafiz and Elysha . Yang datang tadi , semua ada (ditambah dengan Fiqah) kecuali Elysha and Hafiz . Ehem ehem , ada apa-apa ke dekat dua orang makhluk ini ? Hahahaha . Joke .

So , kitorang set masa dari pukul 10.00 am hingga 1.00 pm . Aku datang tadi pun dekat-dekat pukul 10 ah . Then , Gabby ada chat dengan aku yang dia dah sampai dekat UK . Awal nau dia sampai . Rupa-rupanya , dia jalan sekali dengan mak dia . That's why awal . Aku ada pesan dengan Gabby tunggu depan Pizza Hut bila dah pukul 10 nanti . Then , kami semua dah berkumpul depan Pizza Hut , kelibat or batang hidung si Gab , langsung aku tak nampak . Rupa-rupanya :
Main game ! Hahahaha . Never mind ah , kesian juga dia . Dah lama mereput dekat UK . Katanya , hampir 3 jam . Ish ish ish .
Apa yang kami buat dekat UK ? Erm , aku pun tak tahu . Aku rasa , kitorang banyak merayau and selfie then gelak kuat-kuat macam pontianak kena tarik rambut sebab UK tak ada tempat yang best untuk lepak . Huhuhu . Yang bestnya , Heidi and Hazel bawa 불닭 볶음면 (Samyang Ramen) yang pedas gila tu . Kami nak buat juga video challenge . Ngeh ngeh ngeh . Aku akan upload Spicy Korean Ramen Challenge Video di bahagian ekstra nanti .

[ 18+ Explicit Content ] : Heidi's thug life .
 Perhatikan muka yang minum air tu .
Memang fungsi cermin UK untuk selfie camni . Bla bla bla .
Kanak-kanak riang yang dapat chance naik kereta api muka lain macam tu . Creepy gila kan ?

Cheq pikiaq nak pi area bandar . Tapi , cheq tak sangka yang mereka bawa cheq pi tempat yang lain . Adui , aku pun tak tahu tempat apa yang aku jejak tadi . Hahaha . Kebetulan , ada satu kedai serbaneka yang membolehkan kami melakukan challenge di situ .
Ni ah tempat tu .

Posing apa yang kami buat pun aku tak tahu . Aku ikut jer . Hahaha . Then , makcik-makcik potong bawang dalam restoran asyik pandang kitorang jer , and I was like " Tak pernah pandang artis ke ? " Hahaha . Tahap perasan mencecah -10 % .
Lepas dah puas dekat tempat unknown tu , kena ah patah balik pergi UK . Sempat juga ah snap gambar lagi depan Dorsett . Mana mampu stay Dorsett . Mampu snap gambar dengan papan nama hotel jer . :') :
P/S : Duta produk Maggi secara percuma melakukan sesi promosi dalam gambar . Hahaha
 
P/S : Edited version and Original version . Hahaha . No wonder Khai termenung . Tak berkelip babe dia pandang Yura . Siapa Yura ? Pi buka Google . Hahaha . Jangan marah Khai . Gurau jer . Kanser rambut ke Bang Khai . 
Dia text siapa pula tu ?
Kasut pun boleh . Lol .
Hazel terjumpa 'kembar' dia yang telah dibunuh untuk dijadikan coklat yang Khai belanja . Look at her face ! Hahaha .

Best juga ah dapat hang dengan dorang . Nanti boleh ah hang lagi . Okay , itu saja . Chaw !

Ekstra
Spicy Ramen Challenge Video

Tadaa ~

Lol . Sepatutnya , ramen ni bukan berkuah . Tapi , Heidi buat berkuah . Huhuhu . It's okay lah . Janji rasa pedas tu still ada .

Part 1 : Fizal , Mukhris , Heidi , aku and Hazel https://goo.gl/photos/XV5eq49Z4HNBs1Up9
Part 2 : Khairul and Gabby https://goo.gl/photos/vtFVnqpwPiEMLQ7w7


Amacam ? Muka siapa yang paling ketara menunjukkan bahawa 'kuah sup' Ramen tu pedas ? Hahahaha . Kenapa kitorang kongsi Ramen ? Sharing is caring bij . Hahaha .

@Syzwnhxkimi_