Assalamualaikum and Bello untuk sekalian makhluk yang membaca post ini . Untuk post kali ini , aku nak share cerita mengenai aktiviti-aktiviti Minggu Sains dan Matematik yang berlangsung di sekolah aku . Actually , yang berganding bahu menjayakan program ini adalah pelajar-pelajar dari 4 Inquires (sains tulen) and 4 Thinkers (sains sosial) . Straight to the point , aku sendiri and kelas aku , tak ada kena mengena dengan program tersebut . HAHAHAHA . Tapi , disebabkan aku berpeluang untuk mencuba aktiviti-aktiviti program tersebut pada hari Rabu lepas , aku rasa , tak rugi kalau aku menulis mengenainya .
Bagi aku lah , program ini berlangsung dengan jayanya . Banyak ah aktiviti yang best ! Kiranya , aku yang tak berapa nak score Math dengan Sains ni pun boleh enjoy dengan aktiviti yang disediakan . Aku tak tahu lah apa nama aktiviti tu . Jadi aku try namakan aktiviti yang aku cuba itu mengikut kefahaman aku . Ngeh ngeh ngeh . Salah jangan kecam -_- .
1) Teka jumlah helaian buku yang tebal gila , getah yang warna oren buat lastik orang tu and apa eh ? Jap aku tak ingat . Serious , erm ... Haa ! Berapa ringgit kesemua jumlah duit syiling dalam satu botol . Sama berat ah tabung adik aku yang Suzy tu dengan bilangan duit syiling untuk diteka tu . (P/S : Aku tak try sebab aku apa pun aku tak tahu)
2) Ular dengan tangga . Alha , yang mainan board tu . Tapi versi besar . (P/S : Aku tak main sebab time tu orang bersesak-sesak nak try)
3) Cari duit syiling dalam apa entah . Benda alah tu melekit , berwarna and boleh jadi likat balik even kau dah kacau , korek and lain-lain . Susah nau nak cari duit syiling tu .
4) Helah umur menggunakan kalkulator and kad terup . Yang ni best ! Aku terpegun ah . Hahahaha . Memang jadi ah trick tu . GGWP !
5) Eksperimen gunung berapi (P/S : Time aku dengan Lydia nak try eksperimen tu , kau tahu tak ? Cuka yang perlu digunakan dalam eksperimen tu dah habis . And I was like " ... " Melepas aku nak try eksperimen tu . Huargh .
6) Cabutan bertuah yang bukan free-free senang-senang hampa nak dapatkan barang . Hampa kena campak bebola ke lubang yang disediakan . Contoh ah , contoh k , ada 6 lubang, setiap lubang disertakan beberapa markah yang berbeza-beza , if nasib kau baik and bola kertas yang kau campak tu termasuk dalam lubang tu , kiralah markah yang kau dapat untuk tebus hadiah . (P/S : Aku tak try sebab ramai orang yang try )
7) Rendam tapak tangan dalam air bersabun yang dicampur minyak tanah kot , then dibakar tanpa mencederakan tapak tangan . Yang ni best ! Mulut aku ternganga ah time Umai bakar tapak tangan aku tapi sedikit pun tak luka ! Fuh , reciks ! Steady kan ? Ni kalau buat dekat muka aku , confirm best . Biar ada flame sikit dekat muka aku then snap gambar untuk penyediaan surat khabar bertajuk " Remaja Bermuka Api Yang Sempoi " . Uek , naik meremang aku syok sendiri sampai macam tu sekali . -_-
8) Melompat atas air tepung likat kot . Imagine , air yang aku lompat . Naruto sangat . Tapi lama-lama kaki aku 'ditelan oleh air tu' . It means yang kaki aku tenggelam dalam air tu . Aktiviti ini sangat best . Aku berpeluang try pun sebab Cikgu Farid yang paksa . Katanya , kalau aku tak try , dia tak nak layan aku mengenai Anime lagi . Hahahaha .
9) And aktiviti-aktiviti lain yang aku tak tahu namanya .
Di bawah ini aku akan sertakan beberapa gambar . Bukan gambar yang ada muka aku . T^T . Sehelai pun tak ada sebab orang yang snap semua gambar ini bukannya classmate aku . Tapi , gambar pengetua yang kelihatan seronok mencuba aktiviti-aktiviti yang disediakan . Boleh lah tu . Hehehe .
Haa ... Ni ah yang bakar tangan tu !
Cikgu Farid bukan kacau dodol k . Beliau sedang mengacau air tepung yang boleh terapung tu .
Apa-apa pun , tahniah diucapkan kepada 4 Inquires , 4 Thinkers and guru-guru yang terlibat dalam program ini . Memang daebak !
Okay , itu saja. Chaw !
@Syzwnhxkimi_
SALAM BOLEH SAYA TAHU, AKTIVITI YANG BAKAR TANGAN MACAM MANA PROSEDURNYA?
BalasPadam