Animated Rainbow Nyan Cat Syazwan Hakimi's Bla Bla Bla Stories: [MV Review] : SISTAR - I LIKE THAT

Rabu, 22 Jun 2016

[MV Review] : SISTAR - I LIKE THAT

Annyeong ! Gues what ? SISTAR dah comeback dengan album keempat iaitu Insane Love dan MV I Like That . Aku dah jadi peminat SISTAR sejak 2013 (era Give It To Me) . So , tunggu apa lagi , aku nak review MV SISTAR - I Like That ! Jyeah !
 
 
Lagu : ★★★★★
 
Masing-masing punya vokal memang daebak . Part korus yang ada perkataan sarang-hae memang best . Lagu ni tak rancak sangat and still ada part ballad walaupun sikit . Rap Bora sangat-sangat best kalau layan . Aku betul-betul berharap agar part Bora akan bertambah dengan lebih banyak sebab Bora betul-betul berbakat dalam rap ! Suara Hyolyn yang merdu and lunak menambahkan lagi tahap best lagu ni . Part Dasom and Soyou seolah-olah menangkap setiap part member lain . Jujurlah , lagu ni kalau dengar banyak kali , still tak bosan . For me , lagu ni pun sesuai untuk dibuat tidur masa dekat highway atau flight . Hahaha .
 
Music Video : ★★★★★
 
Menggunakan konsep geisha , sememangnya menampilkan sisi kelainan dalam MV SISTAR yang latest ni . Penggunaan kelopak bunga ros dalam part Soyou amat menarik . Agak-agak lah berapa puluh ribu bunga ros yang kelopaknya dipetik untuk MV ni . Hahaha .  MV ni menunjukkan mood SISTAR yang kelihatan agak murung . Explicilt content ! MV ni sangat-sangat seksi dan dikatakan seductive . Berbeza dengan konsep summer and booty shaking SISTAR pada tahun 2014 and 2015 . Jujur aku kata , aku suka SISTAR menggunakan tema yang menampilkan sisi feminin berbanding MV yang berwarna-warni . Pencahayaan dalam MV ini dilihat agak kelam berbanding MV-MV mereka sebelum ini . Setiap member berjaya menampilkan imej yang sangat cantik dalam MV ini . Yang menariknya , kesemua member telah mewarnakan rambut mereka kepada warna yang gelap , amat berbeza dengan MV-MV sebelum ini yang menunjukkan rambut pelbagai jenis warna seperti blonde , light brown , wine red dan sebagainya , malah , sticker tatu pada belakang dan badan-badan member SISTAR dalam MV ini (kecuali Hyolyn - tatu di perut Hyolyn adalah tatu betul) juga amat menarik perhatian . Pakaian mereka mengingatkan aku terhadap MV Jun Hyo-Seong (Find Me) . Apa-apa pun , pakaian sutera singkat mereka amat bersesuaian dengan MV ni .
 
Tarian : ★★★★★
 
Penggunaan kain nipis labuh amat menarik dalam tarian I Like That . Malah , tarian ini kelihatan lebih seksi dan feminin berbanding Shake It dan Touch My Body . Each part tarian yang ditarikan amat bersesuaian dengan each part nyanyian SISTAR . Kiranya , tak nampak janggal lah .
 
I'll always be a STAR and support them ! Aku sangat-sangat sukakan konsep comeback SISTAR pada tahun ini . Aku tak nak SISTAR disband seperti 4MINUTE . T^T . Aku nak ingatkan juga kepada pembaca , jangan salah bezakan Bora dan Dasom , sebab rambut mereka hampir sama . Hahaha . Aku tak sabar nak tengok performance I Like That dekat live show . Okay , itu saja . Aku harap dengan review aku ini membantu pembaca untuk menonton MV dan menyokong SISTAR ! Chaw !
 



 
 
@Syzwnhxkimi_


Tiada ulasan:

Catat Ulasan