Assalamualaikum . Cuti ni memandangkan aku mereput dekat rumah , jadi , ada ada chance ah nak baca novel . Lagipun , novel ni aku pinjam daripada seorang kawan aku . Dia bagi pinjam sebelum exam . Just time lepas exam and cuti lah aku berkesempatan nak baca novel ni . Boleh lah aku review novel for the first time , tak ada lah aku nak review MV K-Pop jer kan . Hahaha .
Info novel :
Trauma
Zaifuzaman Ahmad
RM 27.00
ISBN: 978-967-446-204-8
640 muka surat
Bahasa Melayu
Thriller/Seram/Misteri
Tarikh Terbit: 25 Jul 2015
Sinopsis :
Salmah ditugaskan oleh bapa saudaranya, Datuk Azlan, untuk mengendalikan resort yang sedang dalam proses pembinaan di sebuah pulau di Laut China Selatan bersama pengurus projek bernama Bahar. Pada hari yang dijanjikan, bertolaklah Salmah ke Pulau Aur, tempat di mana resort ini didirikan. Setelah siap sepenuhnya, Salmah telah mengadakan majlis reunion untuk teman-teman sekolahnya di pulau ini.
Rosie, Sherry, Kartina dan Hazmiza telah dijemput khas untuk majlis reunion ini. Malang tidak berbau, sebelum majlis reunion itu berlangsung telah berlakunya tragedi yang amat mengerikan. Seorang demi seorang petugas di situ terkorban dalam pembunuhan misteri yang tidak dirancang. Ini menimbulkan rasa kurang senang di kalangan teman-teman Salmah dan seorang wartawan bernama Linda.
Keempat-empat teman Salmah melakukan siasatan tentang pembunuhan misteri ini, tapi sayang, seorang
demi seorang turut terkorban.
Adakah pulau ini berpuaka? Apakah pembunuh misteri itu diupah? Apa pula
tindakan Salmah seterusnya? Semua akan terjawab dalam novel ini.
Rosie, Sherry, Kartina dan Hazmiza telah dijemput khas untuk majlis reunion ini. Malang tidak berbau, sebelum majlis reunion itu berlangsung telah berlakunya tragedi yang amat mengerikan. Seorang demi seorang petugas di situ terkorban dalam pembunuhan misteri yang tidak dirancang. Ini menimbulkan rasa kurang senang di kalangan teman-teman Salmah dan seorang wartawan bernama Linda.
Keempat-empat teman Salmah melakukan siasatan tentang pembunuhan misteri ini, tapi sayang, seorang
demi seorang turut terkorban.
Adakah pulau ini berpuaka? Apakah pembunuh misteri itu diupah? Apa pula
tindakan Salmah seterusnya? Semua akan terjawab dalam novel ini.
Review :
Okay , jujur aku kata , masa aku baca sinopsis dekat belakang cover novel Trauma ni , ia agak menarik perhatian aku untuk baca . Biasanya , kalau dapat apa-apa buku fiksyen , aku confirm baca sinopsis dulu . For me , sinopsis belakang cover buku itu akan menentukan bahawa buku itu best atau tak .
Jalan cerita dia agak panjang , tapi apa yang hendak disampaikan adalah pendek sebenarnya . Banyak situasi atau peristiwa yang diulang-ulang dalam novel . Sebagai contoh :
1 . Peristiwa ahli keluarga Hazmiza yang mati dibunuh di dalam hutan .
2 . Rindu seorang sahabat untuk bersama semula dengan sahabat dia yang lain ketika menuntut di sebuah sekolah asrama penuh .
Then , penulis sentiasa menggunakan perkataan yang sama seperti lelaki berbadan sasa/tegap dan melabuhkan punggung . Malah , terdapat juga beberapa kesalahan penulisan di dalam novel ini .
Novel ini mengisahkan Hazmiza (watak utama) yang berada dalam keadaan trauma dan takut kerana satu kejadian yang tak pernah terlintas langsung dalam fikiran dia . Namun , kehadiran sahabat dia , iaitu Arfa , sedikit sebanyak mampu membantu dia untuk meluahkan segala isi hati kepadanya .
Apa-apa pun , pembunuhan tragis yang berlaku satu-persatu di Resort Pulau Aur amat 'menghiburkan' hati aku . Hahaha .
Erti kata lain , penulis bijak merangka satu persatu kejadian pembunuhan yang aku tak pernah nak imagine pun dalam novel ini .
Melalui novel ini , aku yakin , apa yang penulis hendak sampaikan adalah pegangan yang kuat terhadap agama Islam untuk mengelakkan diri terpesong daripada jalan yang benar . Ada lah yang aku belajar melalui novel ini iaitu serba sedikit mengenai Dewa Cahaya .
Aku nak tinggalkan sedikit persoalan di bawah agar pembaca berminat untuk membacanya :
1. Apa yang menyebabkan Hazmiza trauma ?
2. Siapa yang membunuh gadis di rumah sewa ?
3. Apa hubungan Kartina dan Datuk Azlan ?
4. Apa punca Rosie dan Kartina perang dingin sampai sekarang ?
5. Siapakah Dewa Cahaya yang dimaksudkan di dalam novel ini ?
6. Apakah bentuk pengorbanan yang perlu dilakukan untuk menunjukkan taat setia setiap ahli kepada Dewa Cahaya ?
7. Siapa yang bunuh seorang demi seorang di Pulau Aur ?
Haa , bestkan persoalan novel ni . Bacalah novel ini untuk mengetahui kesudahan yang selanjutnya . Tahniah kepada penulis Zaifuzaman Ahmad kerana berjaya menghasilkan sebuah novel yang menarik minat aku untuk membacanya .
Okay , itu saja . Chaw !
@Syzwnhxkimi_
Tiada ulasan:
Catat Ulasan