Assalamualaikum dan hey guys. Lama dah tak tulis blog. Last punya post pun 2017, itupun akhir tahun hahaha. Okay, kita straight to the point terus la kan.
Mass Comm, atau Mass Communication, memang salah satu bidang jadi pilihan ramai orang. Lagi-lagi yang jenis mulut banyak, suka menonjol depan orang ramai and suka berinteraksi . Aku jenis macam tu. Aku suka bercakap depan ramai orang, aku suka sangat join pertandingan mengenai komunikasi dan memang pasang niat nak jadi pembaca berita. Jadi, mass comm pilihan aku! Maklumla, ramai budak popular, instafamous, retis pilih mass comm hahaha .
Survey punya survey u mana tawarkan, jumpalah UiTM, swasta banyak ada tawarka mass comm , tapi aduh , aku ni bukan anak Dato' / Tan Sri , duit dalam bank pun ada RM5.00 je (akaun semasa bukan simpanan k hahaha), ada hati nak pasang niat sambung swasta . Jadi , UiTM pilihan aku !
Dapat saja result spm bulan Mac lepas , mak aku tolong aku belikan no. pin UPU . Aku busy sangat dengan kerja part time aku sampai takde masa nak pergi bank . Huhuhu . Alhamdulillah , result aku mencapai apa yang dikehendaki dalam bidang mass comm . Aku isi lah UPU tu , aku apply untuk interview area Sabah sahaja .
Aku ingat lagi , 23 April 2018 , time aku lepak dengan bros aku dekat KFC , aku check UPU online untuk semakan interview and it said : " Maaf , anda telah gagal " ...
Boleh bayangkan situasi aku time tu ? Aku rasa macam malap dan gelap masa depan aku . Aku call mak aku , aku cakap takde harapan nak masuk u , gagal ! Balik rumah , aku bad mood , malas nak cakap dengan sesiapa . Yelha , masa depan kau macam dah hancurkan nak jadi pembaca berita . Mak aku tengok aku moody , dia tak berdiam diri . Dia call pihak UiTM kenapa aku kena reject . Nak tahu sebab apa ? Sebab bapa aku cina , bukan bumiputera . Mak aku berbahas dengan pihak UiTM tu . Pihak UiTM tu kata yang kalau dekat Labuan / Sabah / Sarawak , kalau bapa cina , keturunan ikut bapa . Mak aku cakap yang kami ni orang semenanjung stay Labuan dan mak aku melayu . And the conversation keep going .
Petang 3 hari kemudian , mak aku kejutkan aku bangun tidur petang , dia nangis kata aku dapat interview mass comm kat Kota Kinabalu . Aku terdiam . Aku tak percaya . Seriouslah , tak main-main ke ni ?! Mak aku nangis . Keadaan gelap dalam minda aku pasal mass comm jadi cerah tiba-tiba . Interview tu hari Sabtu minggu yang sama dengan tarikh interview keluar .
Aku buat banyak research pasal mass comm , dan aku terjumpa blog-blog serta tips-tips daripada senior lepas . Aku difahamkan yang time interview nanti ada exam . Dalam Bahasa Inggeris pula tu . Okay takpe , aku prepare . Aku baca lagi blog-blog yang lain pasal mass comm .
Tang Dynasty Bay Hotel , Sepanggar , Kota Kinabalu
28 April 2018 , Sabtu - Yosh ! Perjuangan interview UiTM KK bermula . Aku try ingat semua benda yang aku hafal . Menurut senior-senior , exam nanti akan keluar pasal (Soalan bocor teruk hahaha) :
Kawan baik aku sebelum interview .
Okay done part exam , interview pula . Ini bikin gentar sih ya ampun allahu akhbar . Dah la english bukan mother tongue aku but its okay la , tempuhi je la kan hahaha .
Interview 3 orang sekali masuk dalam bilik . Perh , kena menyerlah ni . Kalau kelam , silap-silap kena reject nanti . Aku fikir interview kami ni live depan pensyarah , rupaya melalui video call kat tv HAHAHAHA . Aduh . Sebab pensyarah yang interview kami tu kat Shah Alam . Jadi , interview melalui video call saja . Okaylah , mass comm kan , interaksi dengan pelbagai media . At least , boleh kurang sikit nervous sebab bukan face to face . Pensyarah yang interview kami ni steady je cakap bahasa rojak eventhough kami difahamkan yang interview 100% bahasa inggeris .
Okay , soalan dia .
Pertama :
Pensyarah : Introduce yourself
Aku : Okay, thank you for giving me this opportunity and it's my pleasure to introduce myself. My name is Muhammad Syazwan Hakimi Lee. I was born on 19th January 2000 in Hospital Besar Kuala Lumpur. I grew up in KL, Selangor, Johor and Malacca. I completed my schooling from SMK Pantai, Labuan. About my family, my family consists of 6 members. And I am the eldest. My father is the assistant director of customs and my mom is a housewife. I got 6 A's for SPM and that is all about me.
Kedua :
Pensyarah : What do you know about mass com?
Aku : *ulang balik apa dalam exam tu HAHAHA , easy hidup aku , ayat exam yang aku hafal pun lawa-lawa boombastik mekar-mekar*
Ketiga :
Pensyarah : What are the suitable jobs for you to get in this course?
Aku : Reporter, Journalist, newsreader, tv host ....
Keempat :
Pensyarah : What is your expectation for youths in conjunction with PRU 14?
Aku : I hope, there are more vacancies is offered to them. As we know, nowadays, statistic on youths unemployment is high. The government could diversify vacancy offers to avoid youths unemployment.
Kelima :
Pensyarah : Who is your idol and why?
Aku : Dato' Aznil Haji Nawawi. I love the way how he interacts with the audiences in public.
Keenam :
Pensyarah : How much is the basic salary?
Aku : RM920 for Labuan / Sabah and Sarawak . RM1000 for peninsula Malaysia . (Aku tahu sebab pernah buar research pasal gaji basic untuk project account form 4 , syukur hahaha)
Pensyarah : Okay, thanks for coming. We will inform if you succeed in this interview.
Aku : Okay :)
Kalau boleh time sepanjang interview tu , behave la sikit perangai . Sebab apa , time interview ni lah kita nak orang buat presepsi baik dekat kita . Kalau time interview pun perangai entah apa-apa , apatah lagi time dah kena terima . Aku malu sikit la dengan perangai beberapa orang yang bising sebab excited sampai dorang kena tegur dengan pihak UiTM . Kalau jenis aktif dan friendly tu , boleh , but behave la okay .
21 Mei 2018 , keputusan kemasukan u keluar , guess what , aku dapat mass comm ! Allahu akhbar , happy gila . Step untuk jadi pembaca berita semakin dekat dengan aku . Cewah hahaha .
Inshaa allah , 15/7/2018 aku akan flight untuk mendaftar . Sekarang ni aku mereput , mengurai dulu kat rumah selama dua bulan ni hahaha . Makaseh lah dekat mak aku dengan moksu aku . Banyak berjasa dua insan ni .
Apa-apa pun , untuk mereka yang bakal interview mass comm , good luck ! Do the best bebeh .
Okayla , chaw !
https://docs.google.com/document/d/1XN5Z2BtvSS7tObyvwvF8b6Fy52CJhfS61_PZm8oYGsM/edit?usp=sharing
(Guna la link tu kalau malas nak copy paste , download , edit sendiri)
https://docs.google.com/document/d/1XN5Z2BtvSS7tObyvwvF8b6Fy52CJhfS61_PZm8oYGsM/edit?usp=sharing
(Guna la link tu kalau malas nak copy paste , download , edit sendiri)
haha..menarik kan klau igt bab interview ni..moga adik trus majjaya..pd adik2 yg ambik masscom..tahniah ..sbb bidg ni bgus jer..bole msuk keje mana mana pun...btw..akak cuma nak share ..klau ade adik2 nak msuk farmasi dkt widad uni bole pm sis bg info.. satu lg..sis jaga program utk PAKK pendidikan under upsi dn regent college..anythg nak tye or nak mohon bole direct 011-16930576..wsp ler
BalasPadamWah x sangka kimi melalui rintangan yg berjela jela ya kak imah bangga ya. Semoga kimi menjadi pembaca berita ya terbaikkk. Jgn terkezut satu hari kimi baca berita Imah ditangkap di rumah merah haa terbaikkk
BalasPadamtak sabar nii nak tunggu Imah News
Padam