Animated Rainbow Nyan Cat Syazwan Hakimi's Bla Bla Bla Stories: April 2016

Rabu, 27 April 2016

[MV Review] : TWICE - CHEER UP

Annyeong ! Untuk post ni , I would like to make a review about TWICE's latest MV . Uish , hahaha . Lepas Ooh-Aah , release juga lagu baru dorang , iaitu Cheer Up ! Aku download MV ni cepat-cepat masa quota penuh . Sebab semangat gila nak tengok MV ni . Ngeh Ngeh Ngeh . Bayangkanlah , tak sampai 24 jam MV ni release , dah lebih 1.5 juta yang view . Uish , TWICE ni bukan calang-calang artis berkumpulan biasa ni !
 
 
Lagu : ★★★★★
 
Jujurlah , aku suka lagu ni ! Sebab lagu ni ada part semangat masa korus , part slow time Momo dengan Jung Yeon , part rap Da Hyun dengan Chae Young lagi . Enjoy habis ah lagu ni . Lagu ni seolah-olah membawa aku di gelanggang yang dorang joget tu . Huhu . Seolah-olah je . Lol . Shit , lagu ni bermain dalam otak aku . Hahaha . Ketagih kot . Lagi-lagi part Cheer Up Baby yang Ji Hyo nyanyi tu .
 
Music Video : ★★★★★
 
Percayalah , kau tak kan bosan kalau kau tengok MV ni . Serious daebak . Sebab dalam MV ni , dah terbahagi kepada beberapa scene yang berbeza-beza . Aku betul-betul tertarik dengan konsep MV ni . Berwarna-warni , menarik dan ceria even part Tzu Yu and the others nampak klasik ala-ala tahun 60-an . Part last MV ni best , sebab semua member TWICE yang berbeza latar belakang tu berkumpul dan mengelirukan lelaki berkepala kamera kotak tu . Hahaha . Baju jacket tu kalau korang perasan lah , lebih kurang macam dalam MV SNSD Oh! kan ? Bini ketiga-tiga bestfriend iaitu Zaid Omar (Momo) , Ammar Redza (Tzu Yu) , Adam Taufik (Na Yeon) serious lawa dalam MV . Aku nak pilih siapa sebagai bias aku pun susah . Kuang asam cekadak masin betul budak-budak ni . Siap cop awal-awal masa dorang lepas debut . Lol . Huhuhu .
 
Tarian : ★★★★★
 
Terang lagi bersuluh , dalam MV je , tarian TWICE memang lincah . Lagi-lagi part yg dah nak habis . Minit keberapa pun aku tak ingat . Dah lah laju , macam robot pula tu . Fuh ! Nanti aku nak tengok dance practice dan live show Cheer Up pula . Jadi boleh aku tengok sama ada tarian dalam MV lain atau sama je dalam dance practice dan live show tu .
 
Sedar tak sedar , tinggal beberapa hari lagi nak lawan Bahas . Nanti aku cerita dalam post akan datang . Okay , itu saja . Chaw !




 
 
@Syzwnhxkimi_


Sabtu, 23 April 2016

[MV Review] : VIXX - DYNAMITE

Konbanwa ! Kali ni , aku nak review MV VIXX pula . Aku ni boleh dikira sebagai STARLIGHT lah juga . MV ni direlease pada 19/4/2016 . Aku ingat lagi , MV ni aku download 7 jam lepas direlease officialy kat YouTube . Sedar tak sedar , Zelos ni album Single VIXX yang kelima. Woah~ tahniah VIXX sebab keluarkan album baru !
  

 
Lagu : ★★★★
 
Lagu VIXX kali ni tak dapat nak meremangkan bulu roma aku . Sebab lagu Eternity dengan Error berjaya meremangkan bulu roma aku . Maybe sebab highnote Leo and Ken ? Mungkin . But lagu ni boleh tahan lah . Lagu Dynamite ni , part Hyuk pun agak banyak . Aku suka part N dengan Ravi . Hahaha . Best ah . Kalau dengar sekali , tak best sangat . Kena dengar lebih dua kali baru okay . Itu pendapat aku lah . Lagu ni agak catchy and bertenaga . Lagipun kawan aku , Michelle Lim pun kata lagu ni okay .
 
Music Video : ★★★★
 
MV VIXX untuk lagu Dynamite ni agak simple tapi best untuk ditonton . Seriously , simple . Jadi mata takde lah sakit kalau tengok . Lightning yang digunakan pun bersesuaian . Aku suka part yang dorang campak serbuk purple tu . Cool gila . Hahaha . Masa first tengok MV , I thought yang rambut Blonde tu N / Hyuk / Leo / Ravi , rupa-rupanya si Ken . Fuh~ sesuai bhai rambut Blonde dengan Ken . Sampai aku tak cam pun . Pakaian yang dipakai oleh member-member VIXX seolah-olah berada di photoshoot majalah and kelihatan seperti baju Retro . Lagi-lagi baju Ravi dengan N . Hahaha . But still ada gayanya .
 
Tarian : ★★★★★
 
Macam biasa . Tarian VIXX tak pernah yang tak bersemangat . Sentiasa lincah . Tarian mereka pun agak energetic dan catchy . Terbaik .
 
Okay , itu saja . Chaw !
 



 
 
@Syzwnhxkimi_

Goodbye Valerine Victor

Hey . Aku rasa sedih pula hari ni . Sebab apa ? Sebab hari ni merupakan last day kawan sekelas aku , iaitu Valerine Victor . Dia akan berpindah ke Tambunan , Sabah atas sebab-sebab tertentu . Eventhough aku baru pindah Labuan dan sempat mengenali Valerine atau aku panggil Vale selama hampir empat bulan , hubungan persahabatan kami agak rapat . Sebab dia kadang-kadang menggila sekali dengan aku . Nyanyi kuat-kuat , menari tarian entah apa-apa , and so on .
 
Masa aku dapat tahu yang Vale nak pindah , aku seriously terkejut . Sebab tak sangka kan . Tapi nak buat macam mana , aku sebagai rakan sekelas dia hanya mampu menerima keputusan tersebut .

Vale ni lah satu-satunya yang spell nama aku Kimmy . Hahaha . Tak apa lah . Janji ada bunyi dia sama dengan Kimi .
 
 A little throwback pictures with Valerine Victor :
 

Aku ingat lagi . Dua pic ni diambil tak sampai sebulan aku dalam sekolah . Alhamdulillah , kurang daripada sebulan , aku berjaya sesuaikan diri .
 
Haaa ... yang ni aku tak ingat bila . Jadi tak payah banyak cerita .
 
 
Yang ni pula , para-para " Naruto " pose minggu ni hari Selasa rasanya . Tiba-tiba ada kawan aku yang suggest buat gaya tu . Jadi kitorang pun buat . The End . Happy ending ever after .
 
Yang ni aku tak tau pose apa . Patut lah muka Vale pelik masa nak pose . Hahaha . Awkward maybe . #LawaLubangKatAtasTu
 
Wahahahahaha . Confirm ramai yang tertumpu dekat bulatan merah . Bukan hantu . Tapi si Aishah Sohaimi yang sedang berurusan dengan Lydia dekat belakang . Tak sangka yang dia 'menyelit' dalam wefie ni . Hahahaha .

 
Dua Gambar ni , aku snap masa hari Rabu lepas . Dari atas , ada Michelle , Esther , Fyiddah , Saiyidah , Lysha dengan Helin ditambah lagi dengan Vale . Fuhh , memang berharga ah pic wefie ni . Ngeh ngeh ngeh . Yang second tu pula , ada Ustaz Hafiz , dak-dak kadet polis , Echa , yang lagi sorang BSMM tu aku tak kenal . Hahaha .
 

This 2 photos was my last selfie with Vale . I did a lot of reactions . And Vale did it too ! Yeah !
 
Nota kepada Valerine Victor :
 
Jangan sedih-sedih sebab kau akan berpindah ke tempat baru . Kau akan dapat kawan baru , pengalaman baru , suasana baru and lain-lain . Yes , aku mengaku yang aku agak sedih masa habis waktu Account and dah nak balik tu . Gila tak sedih sebab aku dengan kau kan agak rapat . Even aku tak kenal kau hampir 4 bulan . Walaupun aku selalu usik kau , buat kau rasa geli lah , tapi kau tetap berkawan dengan aku . Apa-apa pun , kami (4 Principled) sentiasa anggap kau sebagai adik-beradik kami . Jangan lupakan kami eh bila kau dah sekolah dekat Tambunan nanti . Bestlah kan , sebab dorang kata Tambunan sejuk . Tahniah sebab kau akan jadi semakin putih and kurus manakala aku akan membulat sebab makan banyak dalam kelas . Huhuhu . Kalau kau datang Labuan , inform kat kitorang . Jadi kitorang boleh hang dengan kau sampai kaki patah ke , makan ramai-ramai sampai buncit ke . Anyway , thanks sebab jadi kawan aku , rakan sepasukan masa kerja berkumpulan , classmate aku dan lain-lain . We love you Vale . Good luck dekat Tambunan dan bak kata Lysha , good luck dalam Add-Math . Stay happy , crazy and diva kay Vale . Hehehe .
 
Okay , itu saja . Chaw .
 
@Syzwnhxkimi_

Isnin, 18 April 2016

Pertandingan Tarian Piala Pengetua Musim ke 09 2016 : Segmen 3

Hello dan assalamualaikum . Alhamdulillah , Pertandingan Tarian Piala Pengetua Musim ke 09 telah berakhir untuk tahun 2016 . Setelah berusaha dengan sepenuhnya , pertandingan ini pun melabuhkan tirai dengan penuh gilang-gemilang . #AntapBudayaTerbaik
 
Pertandingan pada hari ini start lebih awal lah daripada Segmen 2 semalam , iaitu 10.00 pagi . Aku difahamkan yang peserta dikehendaki untuk datang ke sekolah dalam lingkungan jam 3.00 pagi (mungkin lebih) . Ya Allah , terkejut aku dengar . Seriously , aku tak sangka . Tapi time aku fikir , mereka kena bersiap sedia dari segi pakaian , make-up , perhiasan rambut yang terdiri daripada sanggul dan sebagainya , memang mengambil masa yang lama untuk disiapkan .
 
Untuk Segmen 3 ini , kategori yang dipertandingkan ialah Kategori Etnik Kreasi . Yang bestnya , hari ni lebih 'WOW' ! Seriously , aku enjoy masa tengok even tengah mengacara . Hahahaha . Hari ini , kami berempat telah bersama-sama untuk menjadi emcee . Hahaha . Semua kelihatan sedondon . Hehehehe .
 
 
Post yang sebelum ni , aku tak introduce lagi kesembilan-sembilan kapten yang telah memerah kudrat mereka untuk pasukan masing-masing . Jadi , aku ingin mengambil kesempatan ini untuk introduce seorang demi seorang .
 
1) Warisan Mitra - Kapten Nurul Armiza Syafeeqah
2) Demi Qiara - Kapten Siti Suriani Salti
3) Layar Iltizam - Kapten Afiq Hamizi Jetan
4) Mahakarya Tari - Kapten Dayang Shahirah Shayranie
5) Hashtag Swadaya - Kapten Abd Hafsyam Hanafi
6) Bitara Seni - Kapten Nor Amirah Syakirah
7) Pesona Budaya - Kapten Serenus Paul Henry
8) Mantera Juang - Kapten Muhammad Haziq Waie
9) Persis Armada - Kapten Mohd Azli Abdullah
 
Persembahan introduksi kumpulan pun sangat-sangat menarik !
 
Apa tarian yang dorang pertandingkan ? Okay , ni listnya .
1) Warisan Mitra - Tarian Mengulit Kasih
2) Demi Qiara - Tarian Janji 1001 Malam
3) Layar Iltizam - Chicken Tadoori
4) Mahakarya Tari - Tarian Rontak Nagari
5) Hashtag Swadaya - Tarian Kami Dan Baliyu
6) Bitara Seni - Ewaa Buley
7) Pesona Budaya - Tarian Yok Sang
8) Mantera Juang - Tarian Pahar
9) Persis Armada - Tarian Seloka Pantai Timur
 
Hebat-hebat kan nama tarian mereka ni . Hampir kesemua penari berada di tingkatan menengah rendah . Yerlha , bak kata pepatah "Kecil-kecil , cili padi" . Memang benar pepatah tersebut . Sebab apa ? Sebab mereka sangat lincah dan bersemangat ! Tahniah diucapkan kepada kapten-kapten setiap pasukan !
 
 
Okay , aku nak share pula tentang baju . Cewah , hahaha . Baju hari ni sangat cantik . Lagi cantik daripada baju raya aku . T^T . Huhuhu . Aku pun tak tau nak cakap macam mana , sebab ianya sangat cantik ! Daripada bajunya , seluarnya , sampinnya , kerongsang lagi . Fuhh ~ Hahaha . Memang terbaik ! Itu baru emcee . Penari , fuh lagi lah meletop-letop gunung berapi , hahahaha .
 
Mesti korang nak tahu kan keputusan untuk Pertandingan Tarian Piala Pengetua Musim ke 09 2016 ni kan ? Aku akan share result dia .
 
Anugerah Media Sosial : Peserta Perempuan Paling Disenangi - 62 (Warisan Mitra) 
Anugerah Media Sosial : Peserta Lelaki Paling Disenangi - 59 (Warisan Mitra)
Anugerah Media Sosial : Kapten Pilihan Media - Nurul Armiza Syafeeqah (Warisan Mitra)
Anugerah Media Sosial : Most Popular Group - Hashtag Swadaya (783 likes)
 
Anugerah Khas : Peserta Lelaki Paling Komited - 18 (Mahakarya Tari)
Anugerah Khas : Peserta Perempuan Paling Komited - 24 (Mahakarya Tari)
Anugerah Khas : Pasukan Paling Komited - Mantera Juang
 
Anugerah Khas Juri : Koreografi Terbaik - Bitara Seni
 
Ketiga : Kategori Duo Berkumpulan - Bitara Seni (Jooh Mah Meri)
Naib-johan : Kategori Duo Berkumpulan - Layar Iltizam (Timang Burung)
Johan : Kategori Duo Berkumpulan - Hashtag Swadaya (Ceracap Inai)
 
Ketiga : Kategori Duo Berpasangan - Mahakarya Tari (Inang Ayam Didik)
Naib-johan : Kategori Duo Berpasangan - Persis Armada (Inang Payungan Kasih)
Johan : Kategori Duo Berpasangan - Warisan Mitra (Joget Jambu Merah)
 
Ketiga : Kategori Etnik Kreasi - Mahakarya Tari (Rontak Nagari)
Naib-johan : Kategori Etnik Kreasi - Hashtag Swadaya (Kami Dan Baliyu)
Johan : Kategori Etnik Kreasi - Bitara Seni (Ewaa Buley)
 
Ketiga : Kategori Rampaian - Persis Armada (Rampaian Lantera Kasih)
Naib-johan : Kategori Rampaian - Pesona Budaya (Rampaian Taman Sari)
Johan : Kategori Rampaian - Hashtag Swadaya (Rampaian Kain Berlindung)
 
Kapten Terbaik : Siti Suriani Salti (Demi Qiara)
Penari Harapan Perempuan : 54 (Pesona Budaya)
Penari Harapan Lelaki : 60 (Warisan Mitra)
Penari Terbaik Perempuan : Dayang Shahirah Shayranie (Mahakarya Tari)
Penari Terbaik Lelaki : Abd Hafsyam Hanafi (Hashtag Swadaya)
 
Busana Terbaik (Kategori 3) : Duo Berpasangan Tarian Melayu - Warisan Mitra (Joget Jambu Merah)
Busana Terbaik (Kategori 4) : Etnik Tradisi - Warisan Mitra (Layang Mas)
Busana Terbaik (Kategori 1) : Rampaian Melayu - Hashtag Swadaya ( Rampaian Kain Berlindung)
Busana Terbaik (Kategori 2) : Etnik Kreasi - Demi Qiara (Janji 1001 Malam)
 
Kelima Keseluruhan : Bitara Seni
Keempat Keseluruhan : Pesona Budaya
Ketiga Keseluruhan : Layar Iltizam
Naib-johan Keseluruhan : Persis Armada
Johan Keseluruhan : Hashtag Swadaya
 
 
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang ! You deserve for it ! Bangga juga aku bila ada orang yang aku kenal menang salah satu anugerah . Hahaha . Lagi-lagi classmate aku iaitu Siti Suriani Salti dan Dayang Shahirah Shayranie . Malah , dua orang bestfriend ni , berentap bersama-sama di atas pentas yang sama semasa pemilihan Penari Terbaik Perempuan . Semasa pemilihan bagi Penari Terbaik Lelaki pula , aku tertumpu kepada 2 orang ni je iaitu Abd Hafsyam Hanafi dan Afiq Hamizi Jetan , sebab mereka sangat menonjol ! Hahaha .

Abd Hafsyam Hanafi (ketiga dari kiri) dan Afiq Hamizi Jetan (sebelah kanan Abd Hafsyam Hanafi)

Walau apa-apa pun , congrats guys ! Keep it up ! Kepada mereka yang tidak menang , jangan risau , next year ada lagi . Jadi , berlatih lah bersungguh-sungguh ! Jyeah !


Aku suka part Finale sebab ramai-ramai joget serentak . Best bha i. Hahaha syok je tengok .
 
Sebelum aku tamatkan penulisan post kali ni , macam biasa , aku nak share gambar-gambar . Hahaha . Okay , itu saja . Chaw !
 








 
LMAO , Pasukan Hashtag Swadaya aku takde huhuhu . T^T

 
 
Kelakar pula bila aku dengar ada viral yang mengatakan aku dengan si Pna ni couple . Hahaha . Kitorang rapat sebab dia classmate aku . Takde sebab lain pun . -_-

 
Dapat juga wefie dengan Sir Dol . Hehehe .
 
 Kapten Terbaik ni ! Hehehe

 
Haa yang ni pula classmate aku yang dapat gelaran Penari Terbaik Perempuan , Dayang Shahirah Shayranie ! Pakai turban ala-ala Yunalis Zarai lagi . Uish , kemain . Hahahaha .
 

 
@Syzwnhxkimi_

Ahad, 17 April 2016

Pertandingan Tarian Piala Pengetua Musim ke 09 2016 : Segmen 2

Assalamualaikum . Memang tak dinafikan , hari ini memang memenatkan . Penat lagi mereka yang bekerja keras untuk menjayakan Segmen 1 pada sebelah pagi (emcee) dan mereka yang terlibat daripada Segmen 1 sehingga Segmen 2 (PA sistem , makeup artist , jurugaya pakaian dan LO) . Apa yang pasti , Sir Dol lah yang paling berusaha dan bekerja keras untuk menjayakan program gilang-gemilang ini . Seriously , ni kali pertama aku terlibat dalam acara berseni ini . Biasanya dulu dekat MHS , aku tengok  performance tarian daripada anak didik Zaki Sensei . Bayangkan lah time raptai pun , aku dah rasa 'WOW' . Memang terbaik !
 
Pagi dan petang tadi , Segmen 1 dan Segmen 2 telah pun berakhir . Aku dan Nabilla (aku panggil Bel) menjadi emcee untuk Segmen 2 iaitu Kategori Duo Berpasangan dan Kategori Duo Berkumpulan . Memang tak dinafikan , aku memang nervous pada awalnya sebab ni first time jadi emcee untuk acara yang besar seperti ini . Alhamdulillah , segalanya berjalan dengan agak lancar . Baju yang disediakan untuk kami pada hari ni pun sangat cantik ! Tak silap aku ni baju salah satu suku kaum di Sarawak .
 
Di bawah ini aku sertakan beberapa kumpulan yang sempat aku snap petang tadi . Mereka ini lah pasukan Pesona Budaya , Mahakarya Tari , Layar Iltizam , Mantera Juang , Bitara Seni , Warisan Mitra , Hashtag Swadaya , Demi Qiara dan Persis Armada yang aku mention kat blog yang lepas . Kacak dan lawa belaka penari-penari SMK Pantai ni . Pakaian yang disediakan untuk penari pun sangat cantik ! Kemas , anggun dan kelihatan sangat bergaya even ianya pakaian tradisional . Well done guys kerana telah mempersembahkan tarian kumpulan masing-masing ! Memang terpukau aku tengok korang menari . Terbaik ah ! Aku memang salute dekat Sir Dol dan kepada 9 kapten yang lain . 90 lebih orang peserta tak silap aku daripada 9 pasukan . Uish , bukan mudah untuk train mereka semua tu . Daebak ! Secara jujurnya , aku berasa bangga kerana bersekolah di SMK Pantai yang mempunyai Antap Budaya ini .
 
Di bawah ini senarai tarian yang dipertandingkan :
Duo Berpasangan
1) Asli Seri Kedah - Pesona Budaya
2) Inang Ayam Didik - Mahakarya Tari
3) Asli Musalmah Manis - Layar Iltizam
4) Medley Tanjung Puteri - Mantera Juang
5) Joget Kain Songket - Bitara Seni
6) Joget Jambu Merah - Warisan Mitra
7) Inang Sajian Rindu - Hashtag Swadaya
8) Asli Puteri Sarawak - Demi Qiara
9) Inang Payungan Kasih - Persis Armada
 
Duo Berkumpulan
1) Dabus - Mahakarya Tari (Perak)
2) Farapeira - Persis Armada (Melaka)
3) Layang Mas - Warisan Mitra (Perlis)
4) Masri Kerincing - Pesona Budaya (Johor)
5) Rejang Beuh - Mantera Juang (Sarawak)
6) Timang Burung - Layar Iltizam (Terengganu)
7) Jooh Mah Meri - Bitara Seni (Selangor)
8) Ngajat Ngirup - Demi Qiara (Sarawak)
9) Ceracap Inai - Hashtag Swadaya (Johor)
 












 
Memang gempak kan baju mereka ? Sorry , asalnya ada 18 kumpulan , tapi ada lagi 4 yang aku tak sempat nak snap :(
 
Yang lawaknya , aku sampai tak boleh nak cam kawan sekelas aku iaitu Siti Suriani dan Dayang Shayranie . Sampaikan aku kena tengok dekat-dekat then loading sekejap , baru dapat cam . Hahaha . Gab cakap muka aku macam anak patung . -_- Hahahaha .
 
Walau apa pun , do the best for tomorrow guys ! Korang memang bukan calang-calang orang . Korang lah pewaris kepada seni budaya tarian Malaysia . Ouh lupa pula aku , tahniah kepada mereka yang tersenarai dalam Penari Harapan bagi lelaki dan perempuan . Bagi mereka yang tidak terpilih , teruskan usaha dan cuba lagi pada tahun hadapan !

 
Haa ...tiga orang budak perempuan yang di dalam gambar itulah (dari kiri) Heidi , Elysha dan Rachel . Memang tak dinafikan , setiap kali dorang jumpa atau nampak aku dengan Gab , mesti dorang akan lambai atau jerit memanggil aku . Hahaha . Kiranya , dorang ni pemeriah suasana lah . Walaupun , aku dengan Gab (belakang Rachel) tahun ni form 4 dan dorang baru form 1 , itu tak menghalang untuk kami berkawan . Lagipun , kami adalah teammate untuk choral speaking . Hehehe . Lagipun ketiga-tiga ' power-puff girls ' ni sentiasa bagi kata-kata semangat bila dorang dapat tahu yang aku jadi emcee . Jadi , thanks guys !
 
 
Disebabkan esok aku dan Bel still terlibat untuk Segmen 3 dimana kempat-empat emcee (Aku + Bel + Abang Azmir + Kak Syapiqah) akan berganding bahu untuk membantu menjayakan majlis esok , aku rasa baik aku stop untuk tulis dalam post ini .
 
Aku akan share gambar-gambar semasa Segmen 2 pada petang tadi . Aku berharap , Segmen 3 pada esok hari akan berjalan dengan lancar . Aku akan share cerita Segmen 3 pada post akan datang . Inshaa Allah . Okay , itu saja . Chaw !
 


 

Ekstra ! (semasa dan selepas latihan di antara emcee dan audio)

 

 
 
@Syzwnhxkimi_