Annyeong ! Untuk post ni , I would like to make a review about TWICE's latest MV . Uish , hahaha . Lepas Ooh-Aah , release juga lagu baru dorang , iaitu Cheer Up ! Aku download MV ni cepat-cepat masa quota penuh . Sebab semangat gila nak tengok MV ni . Ngeh Ngeh Ngeh . Bayangkanlah , tak sampai 24 jam MV ni release , dah lebih 1.5 juta yang view . Uish , TWICE ni bukan calang-calang artis berkumpulan biasa ni !
Lagu : ★★★★★
Jujurlah , aku suka lagu ni ! Sebab lagu ni ada part semangat masa korus , part slow time Momo dengan Jung Yeon , part rap Da Hyun dengan Chae Young lagi . Enjoy habis ah lagu ni . Lagu ni seolah-olah membawa aku di gelanggang yang dorang joget tu . Huhu . Seolah-olah je . Lol . Shit , lagu ni bermain dalam otak aku . Hahaha . Ketagih kot . Lagi-lagi part Cheer Up Baby yang Ji Hyo nyanyi tu .
Music Video : ★★★★★
Percayalah , kau tak kan bosan kalau kau tengok MV ni . Serious daebak . Sebab dalam MV ni , dah terbahagi kepada beberapa scene yang berbeza-beza . Aku betul-betul tertarik dengan konsep MV ni . Berwarna-warni , menarik dan ceria even part Tzu Yu and the others nampak klasik ala-ala tahun 60-an . Part last MV ni best , sebab semua member TWICE yang berbeza latar belakang tu berkumpul dan mengelirukan lelaki berkepala kamera kotak tu . Hahaha . Baju jacket tu kalau korang perasan lah , lebih kurang macam dalam MV SNSD Oh! kan ? Bini ketiga-tiga bestfriend iaitu Zaid Omar (Momo) , Ammar Redza (Tzu Yu) , Adam Taufik (Na Yeon) serious lawa dalam MV . Aku nak pilih siapa sebagai bias aku pun susah . Kuang asam cekadak masin betul budak-budak ni . Siap cop awal-awal masa dorang lepas debut . Lol . Huhuhu .
Tarian : ★★★★★
Terang lagi bersuluh , dalam MV je , tarian TWICE memang lincah . Lagi-lagi part yg dah nak habis . Minit keberapa pun aku tak ingat . Dah lah laju , macam robot pula tu . Fuh ! Nanti aku nak tengok dance practice dan live show Cheer Up pula . Jadi boleh aku tengok sama ada tarian dalam MV lain atau sama je dalam dance practice dan live show tu .
Sedar tak sedar , tinggal beberapa hari lagi nak lawan Bahas . Nanti aku cerita dalam post akan datang . Okay , itu saja . Chaw !
@Syzwnhxkimi_
Tiada ulasan:
Catat Ulasan