Animated Rainbow Nyan Cat Syazwan Hakimi's Bla Bla Bla Stories: [Review] : Popin' Cookin' - Ramen with Jiao Zi (Dumplings)

Rabu, 13 April 2016

[Review] : Popin' Cookin' - Ramen with Jiao Zi (Dumplings)


Nohchil geot gata ~ Annyeong ! Mesti akan ada orang tanya : " What the heck is that? " " Ehh apa natang yang kat atas tu? " So , untuk post kali ni , aku nak introduce salah satu produk daripada Kracie iaitu Popin' Cookin' . Okay , Popin' Cookin' ni sebenarnya makanan real yang memerlukan korang untuk DIY . Korang boleh enjoy bermain semasa buat . Eceyh cam budak-budak pula . Hahaha . Mungkin akan ada yang tanya :
 
" Boleh makan ke natang ni lepas buat? "
" Apa rasa benda alah ni ? Sedap ke ? Rasa plastik ? "
 
Jawapannya : " Natang ni boleh dimakan "
" Rasa dia manis . Tapi yang sup for Ramen tu sangat manis "
 
 Aku beli Popin' Cookin' ni secara kebetulan masa aku hang dengan Betariors aku dekat Dataran Pahlawan masa cuti penggal pertama tu . Masa lalu dekat salah sebuah kedai iaitu BuBu Gift House , "Eh tu kan benda alah yang aku dengan adik-adik aku terpengaruh gila masa tengok tutorial . Yang gula-gula DIY tu ! " (Sebelum pindah Labuan , aku dengan adik-adik aku habiskan quota internet dengan tengok video Popin' Cookin' Tutorials kat YouTube . Muahahahaha ) Aku ingat lagi yang adik perempuan aku yang Syafiqah tu nak sangat benda alah ni . Aku masuk kat dalam kedai tu dan terus beli . Harga masa aku beli tu RM11.90 . Boleh tahan juga harga . Huhuhu . Tengok kat ebay lagi lah boleh tahan . Sosai .
 
BuBu Gift House
Lot No./Floor, : F3-03A/Third Floor
Dataran Pahlawan
 
Ni tutorial buat Popin' Cookin' Ramen . Sebenarnya bukan satu jer Popin' Cookin' , ada banyak jenis lagi .
 
 
 
Setelah mencuba tutorial tersebut dekat aku punya Popin' Cookin' dengan Syafiqah . Ni lah hasilnya -_-
 
 
Macam mana lah Nameless (orang yang upload video tu) boleh buat dengan cantik dan nampak menyelerakan . Time aku buat Jiao Zi (dumplings) tu yang bermasalah . Haaaa ... It's okay lah kan . First time. For those yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis , janganlah makan benda ni . As I said , benda alah ni manis . Si Suzy yang makan banyak -_- . Aku sikit secongek jer makan . Hahaha .
Okay , itu saja . Chaw !
 
@Syzwnhxkimi_

Tiada ulasan:

Catat Ulasan