Animated Rainbow Nyan Cat Syazwan Hakimi's Bla Bla Bla Stories: Pertandingan Tarian Piala Pengetua Musim ke 09 2016 : Segmen 2

Ahad, 17 April 2016

Pertandingan Tarian Piala Pengetua Musim ke 09 2016 : Segmen 2

Assalamualaikum . Memang tak dinafikan , hari ini memang memenatkan . Penat lagi mereka yang bekerja keras untuk menjayakan Segmen 1 pada sebelah pagi (emcee) dan mereka yang terlibat daripada Segmen 1 sehingga Segmen 2 (PA sistem , makeup artist , jurugaya pakaian dan LO) . Apa yang pasti , Sir Dol lah yang paling berusaha dan bekerja keras untuk menjayakan program gilang-gemilang ini . Seriously , ni kali pertama aku terlibat dalam acara berseni ini . Biasanya dulu dekat MHS , aku tengok  performance tarian daripada anak didik Zaki Sensei . Bayangkan lah time raptai pun , aku dah rasa 'WOW' . Memang terbaik !
 
Pagi dan petang tadi , Segmen 1 dan Segmen 2 telah pun berakhir . Aku dan Nabilla (aku panggil Bel) menjadi emcee untuk Segmen 2 iaitu Kategori Duo Berpasangan dan Kategori Duo Berkumpulan . Memang tak dinafikan , aku memang nervous pada awalnya sebab ni first time jadi emcee untuk acara yang besar seperti ini . Alhamdulillah , segalanya berjalan dengan agak lancar . Baju yang disediakan untuk kami pada hari ni pun sangat cantik ! Tak silap aku ni baju salah satu suku kaum di Sarawak .
 
Di bawah ini aku sertakan beberapa kumpulan yang sempat aku snap petang tadi . Mereka ini lah pasukan Pesona Budaya , Mahakarya Tari , Layar Iltizam , Mantera Juang , Bitara Seni , Warisan Mitra , Hashtag Swadaya , Demi Qiara dan Persis Armada yang aku mention kat blog yang lepas . Kacak dan lawa belaka penari-penari SMK Pantai ni . Pakaian yang disediakan untuk penari pun sangat cantik ! Kemas , anggun dan kelihatan sangat bergaya even ianya pakaian tradisional . Well done guys kerana telah mempersembahkan tarian kumpulan masing-masing ! Memang terpukau aku tengok korang menari . Terbaik ah ! Aku memang salute dekat Sir Dol dan kepada 9 kapten yang lain . 90 lebih orang peserta tak silap aku daripada 9 pasukan . Uish , bukan mudah untuk train mereka semua tu . Daebak ! Secara jujurnya , aku berasa bangga kerana bersekolah di SMK Pantai yang mempunyai Antap Budaya ini .
 
Di bawah ini senarai tarian yang dipertandingkan :
Duo Berpasangan
1) Asli Seri Kedah - Pesona Budaya
2) Inang Ayam Didik - Mahakarya Tari
3) Asli Musalmah Manis - Layar Iltizam
4) Medley Tanjung Puteri - Mantera Juang
5) Joget Kain Songket - Bitara Seni
6) Joget Jambu Merah - Warisan Mitra
7) Inang Sajian Rindu - Hashtag Swadaya
8) Asli Puteri Sarawak - Demi Qiara
9) Inang Payungan Kasih - Persis Armada
 
Duo Berkumpulan
1) Dabus - Mahakarya Tari (Perak)
2) Farapeira - Persis Armada (Melaka)
3) Layang Mas - Warisan Mitra (Perlis)
4) Masri Kerincing - Pesona Budaya (Johor)
5) Rejang Beuh - Mantera Juang (Sarawak)
6) Timang Burung - Layar Iltizam (Terengganu)
7) Jooh Mah Meri - Bitara Seni (Selangor)
8) Ngajat Ngirup - Demi Qiara (Sarawak)
9) Ceracap Inai - Hashtag Swadaya (Johor)
 












 
Memang gempak kan baju mereka ? Sorry , asalnya ada 18 kumpulan , tapi ada lagi 4 yang aku tak sempat nak snap :(
 
Yang lawaknya , aku sampai tak boleh nak cam kawan sekelas aku iaitu Siti Suriani dan Dayang Shayranie . Sampaikan aku kena tengok dekat-dekat then loading sekejap , baru dapat cam . Hahaha . Gab cakap muka aku macam anak patung . -_- Hahahaha .
 
Walau apa pun , do the best for tomorrow guys ! Korang memang bukan calang-calang orang . Korang lah pewaris kepada seni budaya tarian Malaysia . Ouh lupa pula aku , tahniah kepada mereka yang tersenarai dalam Penari Harapan bagi lelaki dan perempuan . Bagi mereka yang tidak terpilih , teruskan usaha dan cuba lagi pada tahun hadapan !

 
Haa ...tiga orang budak perempuan yang di dalam gambar itulah (dari kiri) Heidi , Elysha dan Rachel . Memang tak dinafikan , setiap kali dorang jumpa atau nampak aku dengan Gab , mesti dorang akan lambai atau jerit memanggil aku . Hahaha . Kiranya , dorang ni pemeriah suasana lah . Walaupun , aku dengan Gab (belakang Rachel) tahun ni form 4 dan dorang baru form 1 , itu tak menghalang untuk kami berkawan . Lagipun , kami adalah teammate untuk choral speaking . Hehehe . Lagipun ketiga-tiga ' power-puff girls ' ni sentiasa bagi kata-kata semangat bila dorang dapat tahu yang aku jadi emcee . Jadi , thanks guys !
 
 
Disebabkan esok aku dan Bel still terlibat untuk Segmen 3 dimana kempat-empat emcee (Aku + Bel + Abang Azmir + Kak Syapiqah) akan berganding bahu untuk membantu menjayakan majlis esok , aku rasa baik aku stop untuk tulis dalam post ini .
 
Aku akan share gambar-gambar semasa Segmen 2 pada petang tadi . Aku berharap , Segmen 3 pada esok hari akan berjalan dengan lancar . Aku akan share cerita Segmen 3 pada post akan datang . Inshaa Allah . Okay , itu saja . Chaw !
 


 

Ekstra ! (semasa dan selepas latihan di antara emcee dan audio)

 

 
 
@Syzwnhxkimi_
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan