Animated Rainbow Nyan Cat Syazwan Hakimi's Bla Bla Bla Stories: Pertandingan Tarian Piala Pengetua Musim ke 09 2016 : Segmen 3

Isnin, 18 April 2016

Pertandingan Tarian Piala Pengetua Musim ke 09 2016 : Segmen 3

Hello dan assalamualaikum . Alhamdulillah , Pertandingan Tarian Piala Pengetua Musim ke 09 telah berakhir untuk tahun 2016 . Setelah berusaha dengan sepenuhnya , pertandingan ini pun melabuhkan tirai dengan penuh gilang-gemilang . #AntapBudayaTerbaik
 
Pertandingan pada hari ini start lebih awal lah daripada Segmen 2 semalam , iaitu 10.00 pagi . Aku difahamkan yang peserta dikehendaki untuk datang ke sekolah dalam lingkungan jam 3.00 pagi (mungkin lebih) . Ya Allah , terkejut aku dengar . Seriously , aku tak sangka . Tapi time aku fikir , mereka kena bersiap sedia dari segi pakaian , make-up , perhiasan rambut yang terdiri daripada sanggul dan sebagainya , memang mengambil masa yang lama untuk disiapkan .
 
Untuk Segmen 3 ini , kategori yang dipertandingkan ialah Kategori Etnik Kreasi . Yang bestnya , hari ni lebih 'WOW' ! Seriously , aku enjoy masa tengok even tengah mengacara . Hahahaha . Hari ini , kami berempat telah bersama-sama untuk menjadi emcee . Hahaha . Semua kelihatan sedondon . Hehehehe .
 
 
Post yang sebelum ni , aku tak introduce lagi kesembilan-sembilan kapten yang telah memerah kudrat mereka untuk pasukan masing-masing . Jadi , aku ingin mengambil kesempatan ini untuk introduce seorang demi seorang .
 
1) Warisan Mitra - Kapten Nurul Armiza Syafeeqah
2) Demi Qiara - Kapten Siti Suriani Salti
3) Layar Iltizam - Kapten Afiq Hamizi Jetan
4) Mahakarya Tari - Kapten Dayang Shahirah Shayranie
5) Hashtag Swadaya - Kapten Abd Hafsyam Hanafi
6) Bitara Seni - Kapten Nor Amirah Syakirah
7) Pesona Budaya - Kapten Serenus Paul Henry
8) Mantera Juang - Kapten Muhammad Haziq Waie
9) Persis Armada - Kapten Mohd Azli Abdullah
 
Persembahan introduksi kumpulan pun sangat-sangat menarik !
 
Apa tarian yang dorang pertandingkan ? Okay , ni listnya .
1) Warisan Mitra - Tarian Mengulit Kasih
2) Demi Qiara - Tarian Janji 1001 Malam
3) Layar Iltizam - Chicken Tadoori
4) Mahakarya Tari - Tarian Rontak Nagari
5) Hashtag Swadaya - Tarian Kami Dan Baliyu
6) Bitara Seni - Ewaa Buley
7) Pesona Budaya - Tarian Yok Sang
8) Mantera Juang - Tarian Pahar
9) Persis Armada - Tarian Seloka Pantai Timur
 
Hebat-hebat kan nama tarian mereka ni . Hampir kesemua penari berada di tingkatan menengah rendah . Yerlha , bak kata pepatah "Kecil-kecil , cili padi" . Memang benar pepatah tersebut . Sebab apa ? Sebab mereka sangat lincah dan bersemangat ! Tahniah diucapkan kepada kapten-kapten setiap pasukan !
 
 
Okay , aku nak share pula tentang baju . Cewah , hahaha . Baju hari ni sangat cantik . Lagi cantik daripada baju raya aku . T^T . Huhuhu . Aku pun tak tau nak cakap macam mana , sebab ianya sangat cantik ! Daripada bajunya , seluarnya , sampinnya , kerongsang lagi . Fuhh ~ Hahaha . Memang terbaik ! Itu baru emcee . Penari , fuh lagi lah meletop-letop gunung berapi , hahahaha .
 
Mesti korang nak tahu kan keputusan untuk Pertandingan Tarian Piala Pengetua Musim ke 09 2016 ni kan ? Aku akan share result dia .
 
Anugerah Media Sosial : Peserta Perempuan Paling Disenangi - 62 (Warisan Mitra) 
Anugerah Media Sosial : Peserta Lelaki Paling Disenangi - 59 (Warisan Mitra)
Anugerah Media Sosial : Kapten Pilihan Media - Nurul Armiza Syafeeqah (Warisan Mitra)
Anugerah Media Sosial : Most Popular Group - Hashtag Swadaya (783 likes)
 
Anugerah Khas : Peserta Lelaki Paling Komited - 18 (Mahakarya Tari)
Anugerah Khas : Peserta Perempuan Paling Komited - 24 (Mahakarya Tari)
Anugerah Khas : Pasukan Paling Komited - Mantera Juang
 
Anugerah Khas Juri : Koreografi Terbaik - Bitara Seni
 
Ketiga : Kategori Duo Berkumpulan - Bitara Seni (Jooh Mah Meri)
Naib-johan : Kategori Duo Berkumpulan - Layar Iltizam (Timang Burung)
Johan : Kategori Duo Berkumpulan - Hashtag Swadaya (Ceracap Inai)
 
Ketiga : Kategori Duo Berpasangan - Mahakarya Tari (Inang Ayam Didik)
Naib-johan : Kategori Duo Berpasangan - Persis Armada (Inang Payungan Kasih)
Johan : Kategori Duo Berpasangan - Warisan Mitra (Joget Jambu Merah)
 
Ketiga : Kategori Etnik Kreasi - Mahakarya Tari (Rontak Nagari)
Naib-johan : Kategori Etnik Kreasi - Hashtag Swadaya (Kami Dan Baliyu)
Johan : Kategori Etnik Kreasi - Bitara Seni (Ewaa Buley)
 
Ketiga : Kategori Rampaian - Persis Armada (Rampaian Lantera Kasih)
Naib-johan : Kategori Rampaian - Pesona Budaya (Rampaian Taman Sari)
Johan : Kategori Rampaian - Hashtag Swadaya (Rampaian Kain Berlindung)
 
Kapten Terbaik : Siti Suriani Salti (Demi Qiara)
Penari Harapan Perempuan : 54 (Pesona Budaya)
Penari Harapan Lelaki : 60 (Warisan Mitra)
Penari Terbaik Perempuan : Dayang Shahirah Shayranie (Mahakarya Tari)
Penari Terbaik Lelaki : Abd Hafsyam Hanafi (Hashtag Swadaya)
 
Busana Terbaik (Kategori 3) : Duo Berpasangan Tarian Melayu - Warisan Mitra (Joget Jambu Merah)
Busana Terbaik (Kategori 4) : Etnik Tradisi - Warisan Mitra (Layang Mas)
Busana Terbaik (Kategori 1) : Rampaian Melayu - Hashtag Swadaya ( Rampaian Kain Berlindung)
Busana Terbaik (Kategori 2) : Etnik Kreasi - Demi Qiara (Janji 1001 Malam)
 
Kelima Keseluruhan : Bitara Seni
Keempat Keseluruhan : Pesona Budaya
Ketiga Keseluruhan : Layar Iltizam
Naib-johan Keseluruhan : Persis Armada
Johan Keseluruhan : Hashtag Swadaya
 
 
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang ! You deserve for it ! Bangga juga aku bila ada orang yang aku kenal menang salah satu anugerah . Hahaha . Lagi-lagi classmate aku iaitu Siti Suriani Salti dan Dayang Shahirah Shayranie . Malah , dua orang bestfriend ni , berentap bersama-sama di atas pentas yang sama semasa pemilihan Penari Terbaik Perempuan . Semasa pemilihan bagi Penari Terbaik Lelaki pula , aku tertumpu kepada 2 orang ni je iaitu Abd Hafsyam Hanafi dan Afiq Hamizi Jetan , sebab mereka sangat menonjol ! Hahaha .

Abd Hafsyam Hanafi (ketiga dari kiri) dan Afiq Hamizi Jetan (sebelah kanan Abd Hafsyam Hanafi)

Walau apa-apa pun , congrats guys ! Keep it up ! Kepada mereka yang tidak menang , jangan risau , next year ada lagi . Jadi , berlatih lah bersungguh-sungguh ! Jyeah !


Aku suka part Finale sebab ramai-ramai joget serentak . Best bha i. Hahaha syok je tengok .
 
Sebelum aku tamatkan penulisan post kali ni , macam biasa , aku nak share gambar-gambar . Hahaha . Okay , itu saja . Chaw !
 








 
LMAO , Pasukan Hashtag Swadaya aku takde huhuhu . T^T

 
 
Kelakar pula bila aku dengar ada viral yang mengatakan aku dengan si Pna ni couple . Hahaha . Kitorang rapat sebab dia classmate aku . Takde sebab lain pun . -_-

 
Dapat juga wefie dengan Sir Dol . Hehehe .
 
 Kapten Terbaik ni ! Hehehe

 
Haa yang ni pula classmate aku yang dapat gelaran Penari Terbaik Perempuan , Dayang Shahirah Shayranie ! Pakai turban ala-ala Yunalis Zarai lagi . Uish , kemain . Hahahaha .
 

 
@Syzwnhxkimi_

2 ulasan: