Animated Rainbow Nyan Cat Syazwan Hakimi's Bla Bla Bla Stories: Goodbye Valerine Victor

Sabtu, 23 April 2016

Goodbye Valerine Victor

Hey . Aku rasa sedih pula hari ni . Sebab apa ? Sebab hari ni merupakan last day kawan sekelas aku , iaitu Valerine Victor . Dia akan berpindah ke Tambunan , Sabah atas sebab-sebab tertentu . Eventhough aku baru pindah Labuan dan sempat mengenali Valerine atau aku panggil Vale selama hampir empat bulan , hubungan persahabatan kami agak rapat . Sebab dia kadang-kadang menggila sekali dengan aku . Nyanyi kuat-kuat , menari tarian entah apa-apa , and so on .
 
Masa aku dapat tahu yang Vale nak pindah , aku seriously terkejut . Sebab tak sangka kan . Tapi nak buat macam mana , aku sebagai rakan sekelas dia hanya mampu menerima keputusan tersebut .

Vale ni lah satu-satunya yang spell nama aku Kimmy . Hahaha . Tak apa lah . Janji ada bunyi dia sama dengan Kimi .
 
 A little throwback pictures with Valerine Victor :
 

Aku ingat lagi . Dua pic ni diambil tak sampai sebulan aku dalam sekolah . Alhamdulillah , kurang daripada sebulan , aku berjaya sesuaikan diri .
 
Haaa ... yang ni aku tak ingat bila . Jadi tak payah banyak cerita .
 
 
Yang ni pula , para-para " Naruto " pose minggu ni hari Selasa rasanya . Tiba-tiba ada kawan aku yang suggest buat gaya tu . Jadi kitorang pun buat . The End . Happy ending ever after .
 
Yang ni aku tak tau pose apa . Patut lah muka Vale pelik masa nak pose . Hahaha . Awkward maybe . #LawaLubangKatAtasTu
 
Wahahahahaha . Confirm ramai yang tertumpu dekat bulatan merah . Bukan hantu . Tapi si Aishah Sohaimi yang sedang berurusan dengan Lydia dekat belakang . Tak sangka yang dia 'menyelit' dalam wefie ni . Hahahaha .

 
Dua Gambar ni , aku snap masa hari Rabu lepas . Dari atas , ada Michelle , Esther , Fyiddah , Saiyidah , Lysha dengan Helin ditambah lagi dengan Vale . Fuhh , memang berharga ah pic wefie ni . Ngeh ngeh ngeh . Yang second tu pula , ada Ustaz Hafiz , dak-dak kadet polis , Echa , yang lagi sorang BSMM tu aku tak kenal . Hahaha .
 

This 2 photos was my last selfie with Vale . I did a lot of reactions . And Vale did it too ! Yeah !
 
Nota kepada Valerine Victor :
 
Jangan sedih-sedih sebab kau akan berpindah ke tempat baru . Kau akan dapat kawan baru , pengalaman baru , suasana baru and lain-lain . Yes , aku mengaku yang aku agak sedih masa habis waktu Account and dah nak balik tu . Gila tak sedih sebab aku dengan kau kan agak rapat . Even aku tak kenal kau hampir 4 bulan . Walaupun aku selalu usik kau , buat kau rasa geli lah , tapi kau tetap berkawan dengan aku . Apa-apa pun , kami (4 Principled) sentiasa anggap kau sebagai adik-beradik kami . Jangan lupakan kami eh bila kau dah sekolah dekat Tambunan nanti . Bestlah kan , sebab dorang kata Tambunan sejuk . Tahniah sebab kau akan jadi semakin putih and kurus manakala aku akan membulat sebab makan banyak dalam kelas . Huhuhu . Kalau kau datang Labuan , inform kat kitorang . Jadi kitorang boleh hang dengan kau sampai kaki patah ke , makan ramai-ramai sampai buncit ke . Anyway , thanks sebab jadi kawan aku , rakan sepasukan masa kerja berkumpulan , classmate aku dan lain-lain . We love you Vale . Good luck dekat Tambunan dan bak kata Lysha , good luck dalam Add-Math . Stay happy , crazy and diva kay Vale . Hehehe .
 
Okay , itu saja . Chaw .
 
@Syzwnhxkimi_

Tiada ulasan:

Catat Ulasan