Animated Rainbow Nyan Cat Syazwan Hakimi's Bla Bla Bla Stories: [MV Review] : AOA - GIVE ME THE LOVE

Sabtu, 16 April 2016

[MV Review] : AOA - GIVE ME THE LOVE

Annyeong and selamat pagi ! Okay , tadi aku baru tengok video dan download MV AOA - Give Me The Love dekat Dailymotion.com . Actually , aku dah lama agak yang Dailymotion akan release dulu daripada YouTube . Yang aku download ni bukan official release . Huhuhu . Jadi tak HD sangat . Takpe , asalkan boleh tengok muka AOA . Bila official release ? Aku pun tak tau bila , mungkin akhir bulan ni . Maybe .

 
Lagu : ★★★★★
 
Lagu ni sangat best ! Memang tak silap lagi . Kali ni , mereka duet dengan salah seorang penyanyi Jepun iaitu Takanori Nishikawa . Memang tak pernah menghampakan lah lagu versi Jepun yang dinyanyikan oleh AOA ni . Caya ah AOA noonas ! Aku suka part Jimin yang Love Me Love Me tu . Perh , best habis ah !
 
Music Video : ★★★★★
 
Konsep MV ni gempak habis . Perlumbaan kereta ! Fuh , bukan calang-calang MV ni . Aku rasa ni first time aku tengok MV artis K-pop shoot dekat sana . Memang tak dinafikan , kalau kau tak kenal member-member AOA , kau akan tertanya-tanya siapa yang rambut dia macam Harley Quinn tu . Hahaha . Itu lah Hye Jeong , isteri si Ammar Redza ! Perh , gempak-gempak rambut AOA sekarang ni . But seriously , aku suka konsep MV ni ! Seolah-olah AOA ni gadis-gadis yang lasak ! SeolHyun kalahkan semua racer dalam perlumbaan tu . Gila cool ! Hahahaha .
 
Tarian : ★★★★★

Tarian AOA memang tak dinafikan , sentiasa tampak bersemangat dan seksi . Buat masa ini , aku tak tengok lagi show performance AOA - Give Me The Love atau yang hanya dance version je , jadi aku taktau sangat macam mana tarian full dorang . But for me , tarian dia sangat daebak . Tapi baju dorang yang pink tu sangat pendek and time dorang joget dengan baju tu , nampak macam tak sesuai . Idk lah . But tarian time korus and part SeolHyun best . Nice AOA !

Di bawah ni aku ada sertakan screenshot MV short version (official) dan full version . Hari ni aku ada terlibat dengan Pertandingan Tarian Piala Pengetua Musim ke-9 dekat SMK Pantai . Jadi , doakan semuanya berjalan lancar :) . Di antara Pesona Budaya , Mahakarya Tari , Layar Iltizam , Mantera Juang , Bitara Seni , Warisan Mitra , Hashtag Swadaya , Demi Qiara dan Persis Armada , siapakah akan menjadi johan ? Aku akan update dalam blog ni lepas habis kesemua segmen . Okay , itu saja . Chaw !
 



 
 
 
@Syzwnhxkimi_

Tiada ulasan:

Catat Ulasan