Animated Rainbow Nyan Cat Syazwan Hakimi's Bla Bla Bla Stories: [Throwback] : #Jajan and #Kacang

Isnin, 2 Mei 2016

[Throwback] : #Jajan and #Kacang

Hey dan assalamualaikum . Untuk post kali , aku nak membawa korang ke zaman kanak-kanak aku . Time tu (2006 - 2008 something like that) , banyak jajan (snek) yang dijual .  Antara jajan yang menjadi favorite aku adalah Ding Dang . Kalau dulu , kat TV2 selalu siarkan iklan jajan daripada syarikat Kinos yang logo dia ada iras-iras Popeye tu .
 
Kalau diperhatikan betul-betul , ada iras Doraemon kan ? Hahaha . Dulu 50 sen jer . Tak heranlah kalau beli banyak-banyak . Aku beli benda alah ni sebab nak mainan jer . Walaupun mainan tak berapa menarik , tapi ia amat menggembirakan hati aku suatu ketika dahulu . Yang Tora and JoJo tu aku tak berapa nak ingat . Yang pasti aku selalu beli Ding Dang . Ngeh ngeh ngeh . Best ah benda alah tu .
 
Sekarang ni , budak-budak kenal Kinder Joy je . Mainan up sikit , maka harga pun up . Ehem ehem . Mana kenal Ding Dang , Tora or JoJo lagi . Huhuhu .
 
Sumber : suanie.net (Nak snap gambar tapi aku tak tahu Labuan jual dekat mana -_-)
 
 
Yang kat atas tu lah jajan legend . Coklat bentuk 8 atau spec mata . Woah , dulu aku selalu pow duit mak aku untuk beli jajan tu . Alha , 20 sen , 30 sen jer . Tak mahal pun . Hehehe . Dah habis makan , buang dia punya aluminium yang kita tekan untuk keluarkan coklat , ikat getah , buat spec acah-acah Zorro . Buku #VillagePeople karya Faizdickie , muka surat 156 bertajuk #coklatlapan ada menyiarkan pasal benda alah kat atas tu . Hahaha . 
 
 
#VillagePeople
#Naabellahijabis
#Sarabanon
#Kaklehabunting
#KomikSengal
 
Sekarang ni , dah ada M&M , Nips and so on . Jadi tak hairanlah kalau budak-budak zaman sekarang tak kenal coklat bentuk 8 tu .
 
 
Ada satu benda , lain bentuk lain rupa ,
Khasiatnya pun berbeza , cuma ada satu nama ,
Cuba teka !
 
Beliau digemari , kecil besar tua muda ,
Mudah pula dicari , walau serata dunia ,
Cuba teka !
 
Digoreng atau rebus ,
Dipanggang atau kukus ,
Diperam atau bungkus ,
Khasiatnya memang bagus ,
Cuba teka ... Siapa dia ? Haa .. Tahu tak jawapannya ? Kacang !
 
Aku kacang hijau , dia kacang soya ,
Aku kacang tanah , dia kacang dhal ,
Aku kacang parang , dia buang pinggang ,
Dia kacang kuda , Dia mata hitam .
 
Ada satu benda , lain bentuk lain rupa ,
Khasiatnya pun berbeza , cuma ada satu nama ,
Cuba teka ... Siapa dia ? Kacang , kacang , kacang , kacang , kacang , kacang , kacang ....
 
P/S : Yang pernah tengok kartun tu mesti nyanyi ikut rentak an ? Hahaha . Lirik penuh tau .
 
Yang kat atas tu memang salah satu kartun Malaysia legend giler . Aku tak pernah miss ah tengok cerita tu . Hahaha . Tapi sekarang ni , mana perginya kartun ni ? Rindu ah . Dekat YouTube ada 4 episod je , kalau tak silap lah . Budak-budak sekarang , rasanya tak tau un kewujudan kartun ni . Aku ajar si Suzy tengok kartun ni . Aku downlad , then replay , bagi dia tengok . Kiranya , dia tahu lah kewujudan cerita ni . Hehehe . Banyak lagi kartun yang aku suka masa zaman mumayyiz , iaitu Popeye : The Sailor Man , Power Puff Girls , Tom & Jerry lah and lain-lain . Tapi Kacang tetap di hati .
 
True af . Lol .
 
Aku sertakan sekali video Kacang yang kat dalam YouTube kat bawah . Senang ah korang nak tengok nanti .
 
 
 
 
 
Okay , itu saja . Chaw !
 
@Syzwnhxkimi_

Tiada ulasan:

Catat Ulasan