Animated Rainbow Nyan Cat Syazwan Hakimi's Bla Bla Bla Stories: 2017

Ahad, 30 April 2017

Pertandingan Tarian Piala Pengetua Musim ke-10 (Musim Terakhir) 2017 : Kategori 3 & 4

Assalamualaikum dan hey semua ! Yeah , setelah berbulan-bulan aku tak update post dekat blog ni , akhirnya aku buat comeback ! Hahaha . Tepuk tangan sikit . Cewah .

So , apa yang aku nak post kali ini ? Baca sat tajuk post aku . Confirm ah pasal Piala Pengetua ! Setahun berlalu , alhamdulillah , aku diberi peluang lagi untuk menjadi emcee Piala Pengetua bagi tahun 2017 . Walaupun aku sekadar emcee , tetapi aku berbesar hati untuk buat post pasal  Piala Pengetua . Hew hew hew .


Berikut merupakan butiran Pertandingan Tarian Piala Pengetua Musim ke-10 (Musim Terakhir) :

Segmen 1 : Tarian Melayu
Segmen 2 : Bollywood Creative dan Etnik Tradisi
Segmen Final : Etnik Kreasi

1) Tarikh pertandingan :

Tarian Melayu : 15 April 2017
Bollywood Creative dan Etnik Tradisi : 16 April 2017
Etnik Kreasi : 16 April 2017

2) Kareografer dan pereka tari :

Encik Abdullah bin Ali

3) Pasukan-pasukan tarian :

- Layar Jauhari 
(Kapten Afiq Hamizi Jetan)


-Maya Qiara
(Kapten Siti Suriani Salti)


- Bitara Atma
(Kapten Nor Amirah Syakirah)


- Imitasi Karya
(Kapten Dayang Shahirah Shayranie)


- Rekayasa Utama
(Kapten Munirah Minggu)

- Sutera Teguh
(Nurul Armiza Syafeeqah)


-Pesona Angkasa
(Kapten Serenus Paul Henry)

- Langkah Karisma
(Kapten Syaifullah Sharif)


- Hashtag Ceritera
(Kapten Abd Hafsyam Hanafi)


4) Pengacara :

- Syazwan Hakimi
- Helin Jakim
- Aidil
- Aida Hazirah


Tahu apa yang aku excited ? Sebab tema yang aku in charge dengan Helin ialah Bollywood dan Etnik Tradisi ! Kau fikir cincai ? Best tu ! Confirm tarian persis Shah Rukh Khan dengan Aishwarya Rai . Time raptai pun dah gila hebat apatah lagi time pertandingan kan ? 

Fuh , time Sir Dol bagi baju kat kitorang , aku dapat baju Bollywood dan Helin dapat baju Tradisi . Tengok bawah dan tengok hasilnya :-

Tadaaaaaa~~~~
(Abaikan Azy kat belakang tu)

Sebelum pertandingan bermula , aku dengan Helin tak habis-habis saling mengejek . Aku panggi Helin " Opera Cina " dan Helin panggil aku " Pakistan Kulit Putih " . LMAO .

Sepanjang pertandingan berlangsung , I was amazed . Seriously . Semua gerak tari dan tarian itu telah diolah sepenuhnya oleh Sir Dol ! Hebat gila kan ? Nak buat semua tarian tu bukan benda yang senamg . Salute untuk Sir Dol ! Para kapten juga layak mendapat salute sebab dorang lah yang handlekan kumpulan masing-masing dari tak pandai menari sehingga boleh menari . Fuh , mereciks .

Ni aku nak sertakan jenis tarian dorang :

(Bollywood Creative)
1) Rekayasa Utama - Wedding De Season
2) Imitasi Karya - Deewani Mastani
3) Pesona Angkasa - Chittiyaan Khalayaan
4) Sutera Teguh - Dhol Baje
5) Maya Qiara - Tukur Tukur
6) Hashtag Ceritera - Aajha Nachle
7) Bitara Atma - Dhoom Taana
8) Langkah Karisma - Nagada Sang Dhol
9) Layar Jauhari - Let's Nacho

(Etnik Tradisi)
1) Layar Jauhari - Farapeira , Melaka
2) Pesona Angkasa - Rambai , Sabah
3) Hashtag Ceritera - Walinong Sari , Pahang
4) Bitara Atma - Anggalang , Sabah
5) Maya Qiara -Ceracap Inai , Johor
6) Langkah Karisama - Limbai , Sabah
7) Sutera Teguh - Menyak , Sarawak
8) Rekayasa Utama - Ulek Mayang , Terengganu
9) Imitasi Karya - Cam Cam Bi , Labuan

Wanna know my personal's fav ? Hahaha . Bollywood Creative , aku suka tarian Let's Nacho , Nagada Sang Dhol dan Aajha Nachle . Etnik Tradisi pula , Ulek Mayang . Mencuri tumpuan bhai tarian dorang tu . Dah lah lagu tu ngam dengan tarian dorang . Aku terlampau khusyuk tengok tarian dorang sampai part aku nak bercakap pun aku terlupa . Hahaha . (Sorry sir)

Ulasan & Pendapat sendiri :

Keadaan dalam dewan tersangat lah cantik ! Macam tak percaya tu dewan SMKP .

 Pertandingan kali ini penuh dengan warna-warni dan ceria gila . Tak ada yang suram-suram .

Tarian memang susah gila especially Bollywood Creative . Gerak-geri dalam setiap tarian yang berbeza jenis dan genre bukannya benda yang mudah .

Kostum Bollywood tu aku rasa lawa dan yeah , rasa nak pakai lagi ! Wkwkwk .

Perkhidmatan make up dan hias untuk kami adalah bagus dan memuaskan . Cuma photographer kenapa tangkap gambar kami sedikit saja ! Hahaha .

Sampai sini saja apa yang aku nak post mengenai Kategori 3 & 4 . Next post , confirm-confirm ah mengenai Kategori 2 (Segmen Final) . So , stay tuned okay .


Antara moment-moment terbaik time Bollywood Creative dan Etnik Tradisi :


Okay , itu saja . Chaw !

Ekstra ! (Raptai)

 
 
 
 

@Syzwnhxkimi_ - Instagram

Sabtu, 4 Februari 2017

Apa yang Aku Rasa Time Stay kat Labuan

Assalamualaikum and hey . Exam account next week but aku still nak berblog . Huhihuhi . So , aku nak share cerita " Apa yang Aku Rasa Time Stay kat Labuan " .

Pernah korang dengar perkataan Wilayah Persekutuan Labuan ? Sebelum aku pindah sini , aku tahu pasal Labuan but aku tak tahu Labuan tu macam mana .


Back to 2015 , masa pertengahan bulan 12 , aku and family flight pergi Labuan . Setibanya aku di Labuan Airport . Aku terkejut lah juga . Sebab bahagian airport punya penerbangan domestik nampak kelam and ada mentol lampu yang tak dibaiki-baiki . Hahaha . Tercengang aku time tu . 

Aku ni jenis yang suka habiskan masa dekat shopping complex . Tak hairanlah kalau time kat Melaka , aku boleh spendkan sehari suntuk semata-mata nak window shopping dekat Dataran Pahlawan dengan Mahkota Parade . Aku dengar ada tempat shopping dekat Labuan . Orang sini panggil tempat tu UK . First time aku dengar orang sini shopping kat UK , I was like " Pergh , gila ah , kayanya orang sini pergi UK (United Kingdom) semata-mata nak shopping ! " . Hahaha , rupa-rupanya Ujana Kewangan . Lol . UK lah satu-satunya tempat shopping terbesar kat Labuan . UK tak lah sebesar atau segah DP and MP but syukurlah ada tempat yang boleh hang dengan classmate and kawan-kawan .


Kat Melaka ada AEON lah , Tesco lah , Giant Supermaket lah , Cowboy lah and lah-lah-lah . But kat sini , Labuan ada Bataras , Hap Huat , Milimewah and Utama Jaya . First time aku dengar perkataan Bataras , susah aku nak ingat ! Hahaha . Masa kat Bataras dengan Hap Huat , telinga aku memang susah nak faham apa yang dorang cakap . Serious aku tak faham . 

Ni pula dekat sekolah . Papa pilih SMK Pantai sebab sekolah tu paling dekat dengan rumah . Hagagagaga . Masa awal-awal masuk sekolah tu , serious aku nerd and innocent gila . Yerlha , dekat MHS ada bijes , dah biasakan diri dengan dorang . Masuk SMKP , aku takde kawan and sorang pun aku tak kenal . Tapi alhamdulillah , seminggu sekolah kat situ , adalah kenalan . Okaylah tu . Apa yang aku bengang masa awal tahun , aku dipanggil sebagai Kurau selama 3 bulan kat sekolah . Kurau - Orang dari Semenanjung yang loghat dia pekat berbahasa Semenanjung . Aku tak suka dipanggil dengan gelaran tu sebab it sounds racist . Bagi aku lah . Kita kan di bawah satu Malaysia , kenapa nak membeza-bezakan di antara percakapan kita ? Kita cakap dalam Bahasa Melayu kan ?


Masa aku nak berbual dengan kawan aku , aku cakap macam Indon . HAHAHA . Aku fikir sama bahasa percakapan orang Labuan dengan Indon , rupa-rupanya aku salah . Orang Labuan guna Bahasa Kedayan . Sampai sekarang , kawan-kawan aku gelakkan aku kalau aku berbahasa Kedayan . Al maklumlah , aku ni bercakap loghat Semenanjung + Kedayan . Special doh . Yang paling cb , ada yang bash aku lagi . Tahu tak , korang patutnya berbangga apabila ada orang lain nak belajar bahasa Kedayan and try untuk communicate dengan korang melalui bahasa korang . Alhamdulillah , stay kat Labuan ni aku dapat belajar satu bahasa . 

Kamus Kedayan harian Syazwan

Bah
Bahapakan
Cemana
Susai
Palui
Talur
Lai
Nada
Teda
Manakan
Mintapuji
Awu

Banyak sebenarnya ayat yang aku belajar , tapi aku tak ingat ah .

Ada kawan aku yang tak tahu aku pindah , dorang pm aku and tanya .

"Weyh wan , kau pindah sekolah eh ? Pindah mana ? "
" Aku pindah pergi Labuan "
"Patut ah tak nampak kau kat MHS . Tapi , Labuan tu kat Sabah kan . Ke Filipina ? "
" ... "

Labuan is Labuan . Ada 3 Wilayah Persekutuan kan ? Putrajaya , KL dengan Labuan . Ada perkataan Labuan yang disebutkan kan ? Lagi nak tanya Labuan kat mana .

Apa yang menyinggung hati aku time aku stay Labuan , kawan-kawan aku menganjing aku .

" Habislah kau Wan , kau pergi sekolah nanti kena redah sungai dengan hutan . "
" Kau kena pakai cawat nanti . "
" Kau kena belajar bersumpit . "
" Bahasa apa kau cakap ni ? "

Ya Allah ya tuhanku , apa kena dengan makhluk-makhluk ni ? Yang cakap macam tu , kena buka minda . Search Labuan kat Google . Aku pindah kat Labuan , bukannya Hutan Amazon . Jangan nak hina sangat Labuan .

Stay kat Labuan , serious aku ada ramai kawan . Baik lelaki atau perempuan . 

Stay kat Labuan , aku boleh selalu naik flight untuk pergi Semenanjung . ( Sebelum aku pindah Labuan , seumur hidup aku tak pernah naik kapal terbang )

Stay kat Labuan , aku kenal erti bersyukur terhadap apa yang ada .

Stay kat Labuan , aku ada banyak pengalaman yang orang lain tak ada terutamanya kat sekolah . Aku dapat buat apa yang aku tak pernah buat dekat MHS.

Stay kat Labuan , aku boleh selalu pergi Kota Kinabalu , Kundasang and Ranau . Malah , ada chance lagi nak pergi Brunei and Sarawak . 

Stay kat Labuan , aku boleh kenal siapa kawan aku yang sebenar .

Okay , itu saja . Chaw !

@Syzwnhxkimi_

Sabtu, 28 Januari 2017

Fav KPOP MVs

Happy Chinese New Year 2017 guys ! Post kali ni , aku nak post and sharekan MV and lagu KPOP favorite aku sekarang . Check it out mana tahu ada jodoh sebab lagu favorite kita sama ke , HAHAHAHA .

6. BLACKPINK - Playing with Fire

5. SISTAR - I Like That

4. BTS - Blood , Sweat & Tears

3. CLC - Hobglobin

2. Dream Catcher - Catch Me

1. BLACKPINK - Boombayah

Dah tu je . Chaw !

@Sywnhxkimi_