Animated Rainbow Nyan Cat Syazwan Hakimi's Bla Bla Bla Stories: Julai 2016

Sabtu, 9 Julai 2016

Syazwan Hakimi's Bla Bla Bla Stories : Raya Edition

Berlalulah sudah Ramadhan~ Sebulan berpuasa~ Tiba Syawal kita rayakan~
 
Assalamualaikum dan Happy Eid Mubarak ! Pejam celik pejam celik , hari ini dah raya keempat . Aku baru saja ada chance nak berblog sebab since first day raya , aku busy pi rumah kawan-kawan parents aku and layan tetamu dekat rumah . Ini pun baru saja balik dari rumah kawan papa aku . Besar nau rumah dia . (WTF perhatikan rumah orang)Hahaha .
 
Alright , apa yang aku nak post ni ? It's raya k . I repeat , raya ! Confirm-confirm ah pasal raya bij ! Kiranya post kali ini ialah " Syazwan Hakimi's Bla Bla Bla Stories : Raya Edition " Jadi , aku nak bla bla bla pasal raya aku . Jangan kecam k .
 #BerikanMasa #SeindahSyawal #KosongKosong
 
 
Okay , jujur and ihklas dari hati aku yang sesuci murni Minyak Masak Seri Murni (mohon muntah pelangi) , raya tahun ini boleh tahan best berbanding tahun-tahun sebelum ini . Eventhough aku beraya di Labuan yang most of people tak tahu mana terletaknya Labuan ini and langsung tak tahu kewujudannya . Sebab apa best , pembaca bayangkanlah , tahun-tahun sebelum ini (time dekat Melaka) , first day raya , aku ada masa untuk tidur dekat rumah waktu petang selama lebih 4 jam sebab mereput sereput-reputnya and aku malas nak keluar rumah . Tapi tahun ini , aku ada mood nak pergi beraya rumah orang lain , seolah-olah keriangan nak celebrate raya masa time kanak-kanak Ribena tu , kembali tau . Idk how to explain it , but faham-fahamkan lah . Dulu aku duduk rumah flat , mana ada halaman rumah nak cucuk-cucuk pelita bagai ni . Tapi kat sini , halaman rumah boleh tahan besar (now aku stay dekat rumah teres dua tingkat) , boleh aku cucuk pelita (pelita pun pow duit mak aku HAHAHA) . Sebelum ini , mami buat kuih raya, haram jadah aku nak tolong , aku malas , tapi time akhir-akhir bulan Ramadhan, Allah berikan aku satu perasaan nak tolong mami buat kuih raya . Walaupun sekadar sapu coklat and tabur coklat putih atas kuih raya . Sebab apa ? Sebab Aiman cerita dekat aku yang dia tolong mak dia buat kuih raya siap bagitahu jenis lagi . Uish , mana boleh kalah dengan dia ini . Nak juga . Hahaha . Last-last , waktu malam , aku talam biskut raya yang aku tolong buat tu sampai nak dekat habis . Erm bukan nak berlagak atau poyo , tapi biskut aku buat tu sedap . Memang tak boleh dinafikan kesedapannya . Hahahaha . (Sheet jangan kecam aku angkat bakul sendiri k)

Tema , warna purple . Tak kisah lah purple apa , cair ke , pekat ke , as long golongan purple . Dah macam Ribena blackcurrant aku tengok . Lmao .
 
Sebelum ini , mana ada chance for me untuk main bunga api . Sebab pertama , dulu aku mana campur dengan budak-budak Kastam dekat Melaka tu . Sebab kedua , tak ada kawasan yang baik untuk main . Sebab ketiga , tak ada mood nak celebrate raya yang krik-krik and bosan . But now , aku dah ada geng Kastam yang sekepala , ada kawasan baik punya , raya pun best . Apa lagi , main ah ! Hahaha , papa marah aku sebab main bunga api . Alha pa , bukan selalu . Kahkahkah . Then , aku rasa bebas sebab aku dah siapkan script choral speaking yang Sir Claudius nak aku hantar time buka sekolah . Bila semua dah settle , boleh ah celebrate raya happy-happy . Dah tak payah nak stresskan otak aku sebab nak create ayat yang sesuai dengan tajuk .
 
 Past several years , gambar raya keluarga , sekeping dua keping saja . But tahun ini , ambil kau , berlambak ah . Hahaha . Jap lagi aku spam dekat bawah k .
 
Yang kurangnya raya tahun ini , tak balik KL ! Huarghh , Serious aku rindu tokbah dengan tokma . Adalah beberapa kali aku pergi bazar Ramadhan , aku nampak beberapa orang pak cik yang seiras dengan tokbah . Tokma pun dah makin kurus . Khabarnya , 15 kg lebih susut , bukan sebab diet , sebab sakit . Guys , doakan kesihatan tokma aku eh .
 
 Spam gambar raya !!! Tak banyak pun :

Selamat Hari Raya dari Nur Syazrina Amira Lee (Anak bongsu)
 Happy Eid Mubarak from Muhammad Syafizal Hakimi Lee (Anak ketiga)
 开斋节快乐从Nur Syafiqah Amira Lee (Anak kedua)
 断食月明け大祭 Muhammad Syazwan Hakimi Lee (Anak sulung)


Raya mesti swag !
I had no idea about my sepet eyes . Beza nau kalau aku selfie sorang-sorang and snap gambar guna phone belakang . (It means kalau selfie sorang-sorang peratusan untuk aku besarkan mata and dapat hasil mata yang tidak sepet adalah tinggi menggunung)
 Kau rasa ? Sweet ke idok ? Hahaha . Macam swan aku tengok .
 Papa nak buat muka comel . But why aku nampak macam creepy je ?
Eh , ni lah girlfriend saya . Hahaha . Dah 16 tahun couple .
 
And the moment bila ramai yang tanya aku ,
" Kenapa muka korang adik beradik lain-lain belaka ? "
For me , jangan ditanya soalan cepu emas tu . HAHAHAHA .
 
Sikit saja aku spam -_- . Hahaha . Okay , aku nak bagi ucapan raya aku pula eh . Hehehe .
 
" Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh umat Islam di serata planet Bumi ini . Semoga raya kali ini membawa sinar harapan dalam kehidupan kita . Kita kosong-kosong k . Nak main mercun tu , batalkan saja lah niat tu . Main bunga api and pop-pop saja lah . Ingat , makanlah banyak-banyak di bulan Syawal ini kerana bukan selalu orang nak masak rendang , lemang , ketupat , lontong untuk dihadam dalam perut pembaca . Apa ? Takut gemuk ? Pi lah bersenam . Easy life . Apa ? Malas ? Lantak kau lah labu . Hahaha . Itu saja . Ikhlas dari admin Syazwan Hakimi's Bla Bla Bla Stories .
 
______________________________________________________________________________________
Extra !
 Pembaca fikir aku seorang saja nak bagi ucapan ? Ada lagi ni . Hahaha . Tak feel ah kalau aku seorang saja yang buat ucapan and post gambar raya kan ?
 
BETARIORS
 
Aiman Nurhakeem’s @amn_nrhkm
 
Saya, Aiman Nurhakeem, mewakili ahli keluarga sya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada seluruh umat manusia tidak kira Islam atau tidak. Tak lupa juga kepada bijes2 Betariors.. behave diri masing2. Jangan tau nk seronok jer, keselamatan tak jaga. Main mercun acah2 hebat, letup sana letup sini. Nnti muka meletup.. dh hilang seri wajah korg. Muka korg dh lar takde seri, dh hancur muka tu apa lar yg tinggal en. Hahaha. Jk Jk. Haaa… jemput dtg rumah aku. Korg dtng aku sediakan macam2.. minta jer. InsyaAllah aku bagi.. hahaha. Apa lagi nk kata ehh? Ok gmbar family aku ni mmg saja aku buruk-burukkan. Bukan apa.. aku tak nak lar menunjuk keserian wajah-wajah kami. Takut org dengki pula kan. Hahaha. Ok munafik betul. Okay last but no least... Aku harap Betariors still kekal til Jannah. InsyaAllah..

Reply daripada Syazwan Hakimi :
Eh , eh , eh , eh , eh . Suka-suka hati je mamat ni . Ada ke dia kata muka Betariors tak ada seri . Kau nak aku makan kuih Seri Muka 10kg setiap malam Jumaat ke untuk dapatkan seri wajah ? Mentang-mentanglah dalam gambar muka dia bercahaya kerana wajahnya yang terlampau berseri . Selipar jepun betul . Sorry bruh , aku tak main mercun . Jadi seri wajah aku masih kekal . Hahaha . Eh , kalau aku datang rumah kau , aku nak iPhone 6s 64gb MY set , PS4 and sebalang biskut raya k . Kau suruh minta kan ? Hahaha . Inshaa Allah , Betariors kekal ke jannah . Btw Selamat Hari Raya bij , tak payah lah aku nak melalut-lalut dekat reply ucapan kau . Cukup aku melalut dalam conversation kita . Hahaha .

Nuqman Anuar’s @nuqman_teddyz

Selamat hari raya dari saya Muhammad nuqman bin anuar.kalau free bleh la follow insta saya nuqman_teddyz

Reply daripada Syazwan Hakimi :
Ya Allah ya tuhanku , orang bagi ucapan , dia promote diri sendiri pula . Hahaha . Followlah instagram Nuqman untuk masa depan yang cerah . Apa-apa pun Nuq , Selamat Hari Raya bij . Maaf dari zahir tapi bukan dari batin .

Luqman Haniff’s  @luqman_anip
 
STFU
 
Reply daripada aku :
Nice ucapan Niff . I give you negative 10 stars . Lmao . Orang lain kemain reka ayat buat ucapan , kau bagi STFU saja . Hahaha . Sosai . Apa-apa pun , Happy Eid Fitri ~
 
TEACHERS
 

Cikgu Azniah’s @azniah_jali

#raya2016collection

Reply daripada Syazwan Hakimi :
Lawa baju cikgu and sekeluarga . Hahaha . Serba gelap . Ini mesti terbawa-bawa masa Hari Guru kan cikgu ? Yang time cikgu jadi witch tu . Hahaha . Gelap saja . Cikgu kata nak pakai lipstick hitam masa raya . Hahaha .
 
Cikgu Norlia’s @alyanorlieya

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga. Semoga di bulan yang mulia ini kita dapat mengeratkan lagi hubungan yang jauh terpisah.
Reply daripada Syazwan Hakimi :
Woah , macam daun pudina baju  Kak Ngah and sekeluarga . Hahaha . Selamat Hari Raya Kak Ngah .
 

Cikgu Zarina’s @zarina_zuki

Selamat hari raye dr sy dan keluarga.. 😉

Reply daripada Syazwan Hakimi :
Selamat Hari Raya juga Kak Yong ! Best lah Kak Yong dapat balik semenanjung beraya dengan family kan ? Hahaha .
 
SENIORS
 
KD’s @sitikhadijah0812
 
Mat rii yee
 
Reply daripada Syazwan Hakimi:
Mat rii yee juga KD !!! Bila lah dapat lepak lagi dengan KD ni ? Rindu lah nak gelak-gelak and caraskan KD . Hahaha . Stay beauty macam Hani k KD . (P/S : yang sebelah itu abang kepada KD . Dah macam boyfriend girlfriend aku tengok . Hahaha)
 
Kak Aishah Habibullah's @aishahhabibullah

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin diucapkan kepada Syazwan. Semoga raya pada kali ini dapat dinikmati dengan penuh kesyukuran 😊

Reply daripada Syazwan Hakimi :
Selamat Hari Raya juga Kak Aishah ! Semoga raya akak pada tahun ini memberi kenangan manis kepada akak di samping keluarga tercinta , Dong Hae and geng Walawerians akak . Hehehe .


Sayid's @sayidabdoellah



Selamat hari raya daripada kami semua

Reply daripada Syazwan Hakimi :
Selamat Hari Raya juga guys .

Kak Ida’s @darteen

Selamat Hari Raya Eidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Reply daripada Syazwan Hakimi :
Selamat Hari Raya juga Kak Ida ! Good luck final exam kak ! Kesian Kak Ida exam time raya . Hahaha .

Kak Bunga’s @ana_jamil


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Nak bergambar semu tak dapat so sorang tu wakil kepada 8 yg lain

#baby

Reply daripada Syazwan Hakimi :
Selamat Hari Raya juga Kak Bunga . Kirim salam dekat Cikgu Shahida eh . Dah lama tak dengar khabar beliau .
 
GENG BALIK LAMBAT
 
Khairul Izwan’s @ky_eclipse
 
#Happy Eids

Reply daripada Syazwan Hakimi :
#Happy Eids juga bruh .
 
Mukhris’ @almukhris
 
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.. Syaa Muhammad Al-Mukhris ingin mengucapkan Selamat hari Raya ‘idul fitri 1437 H.

Reply daripada Syazwan Hakimi :
Waalaikummussalam , Selamat Hari Raya juga Mukhris . Memandangkan kau bergambar dalam kereta , nah pantun yang sesuai dengan gambar kau .
 
Malam-malam lihat lampu jalan ,
 tengok-tengok hantu raya ,
hati-hati diatas jalan ,
supaya selamat pulang beraya .
 
FRIENDS (GENTS)
 
Muhd Anis’ @_mudanis
 
Selamat Hari Raya Aidilfitri to anyone who knows me and everyone who’s reading this. May u guys have a pleasant eid n don’t forget to have fun! Jgn dok gatal2 main mercun nahh. And lastly maaf zahir batin! Kosong2 okay?

Reply daripada Syazwan Hakimi :
Jangan main mercun ! See , Anis sokong aku . Mohon yang membaca main pop-pop and bunga api saja okay . Selamat Hari Raya Aidilfitri Anis . Kosong-kosong .
 
Zaid Omar’s @zaidomar__
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd pembaca2 setia blog kawan saya ini. Saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kpd seluruh umat islam di seluruh dunia. Pada bulan yg meriah ini ambilah peluang utk bermaaf-maafan kpd sedara rapat atau yg dah lama tak bertegur ats sbab2 tertentu. Tak geti la nk ckp panjang2 ni hahhaa okay enjoy!
 
Reply daripada Syazwan Hakimi :
Selamat Hari Raya k suami Momo and Dasom bersama bae utama iaitu Irene , Naeun dan Taeyeon. Banyak nau isteri dengan bae kau . Ambil kau , ucapan yang ringkas but ada maksud yang mendalam . Hahaha . Faham-fahamkan lah ya pembaca sekalian .

Adam Taufik’s @adam.tfk

“Eid Mubarak people.May Allah bless us.Let’s enjoy precious moments with our family and friends”

Reply daripada Syazwan Hakimi :
Amin~ Happy Eid Fitri Na Yeon's husband . Enjoy your Eid ! Don't forget your PT3 k . Hahahaha .

Apik’s @_faizzudin_fikri

Selamat hari raya maaf zahir dan batin 😺

Reply daripada Syazwan Hakimi :
K . Selamat Hari Raya . Aku tak maafkan kau . Hahaha . Joke . Kau fikir kau Kaneki posing macam tu ? Hahaha . Eh bila balik Labuan ? Kita lepak jom . Baik ah Pik , kau dah beli CD game Tekken Tag 2 , boleh main sampai lebam .


Syed Danial’s @syeddanial_
Selamat hari raya . Raya bosan without sedara sekepala . But syukur dpt cuti 2 weeks dari RMC . Duit raya pon tak byk sebab im getting taller and taller . Nothing to said more that wish u guys selamat hari raya aidilfitri ampun maaf zahir dan batin 0-0 . #germany
Reply daripada Syazwan Hakimi :
Alamak Syed . Germany tak masuk final lah . Hahaha . Selamat Hari Ray Syed . Aku faham perasaan kau , duit raya tak banyak . Enjoy cuti 2 minggu kau k Syed . Bukan senang nak dapat cuti lama-lama daripada RMC .
 
Dullah’s @dullaahh
 
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin beserta 5000 kW power kemaafan buat anda,400 kW potential difference keinsafan buat saya,80 current yang mengalirdikeheningan parallel circuit sepanjang bulan yang muli ini.Ampun maaf dpinta setinggi-tinggi 1000 kV high voltage agar segala kesalahan sy yg sehalus kaki resistor tu dpt dmaafkan.Dharap agar kapasitor dpt menyahcaskan segala kesilapan saya.Marilah ni sama2 memperbetulkan segala error sesame kita agar 0A current dpt mengalir dlm diri sepanjang bulan mulia ini. #SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN

Reply daripada Syazwan Hakimi :
Mak aih saintifik gila ucapan dia . Selamat Hari Raya Dullah !

Izuan Idris’ @izuanthehuman

Saya izuan idris nk ucapkan selamat hari raya kepada semua kawan2 sahabat handai teman taulan dan bedah-bedahan. Semoga lebaran tahun ini akan meriah dan tahun depan akan lagiiii meriah. Sekian

Reply daripada Syazwan Hakimi :
Siap ada bedah-bedahan . Ingat lagi rupanya eh kau dekat bedah-bedahan tu lagi-lagi bedah ketiga . Hahaha . Tengok ah , raya pun hipstur . Wakaka , Selamat Hari Raya Zuan . #Congkak #BedahBedahan #MakCikPisangGoreng #BermulutPedas #IShipIzuanAndBedah3

Hakim’s @ahkimm

Happy Eid Mubarak semua !! Maafkan sya jika ada kesilapan tanpa sya sedari dan tidak sedar.. Jgn main mercun melebih2 mcm nak bomb rumah sendiri okay Beraya lah elok2 kat kmpung dan pegi la beraya umah saudara mara islam tuu ..jumpa lah yg masih hidup seblum terlambat

Reply daripada Syazwan Hakimi :
Tak boleh main mercun Kim . Boleh main pop-pop dengan bunga api saja . Hahaha . Happy Eid Mubarak Kim . Bestlah kau dapat pi semenanjung . Bawa ole-ole k .

FRIENDS (LADIES)

Wan Dhiya’s @tigr.ess


Well, first of all id like to say selamat hari raya maaf zahir dan batin This year, im spending my raya here in Labuan with my friends and family. Mula2 ingat tak best sbb every year memang balik semenanjung, kadang2 je raya Labuan but everything’s different this year. 4 years in sekolah menengah, ive developed friends that I never thought I could have but life is always unexpected right? Anyways, eid Mubarak to all muslims and have a great one 😘
Reply daripada Syazwan Hakimi :
Selamat Hari Raya juga Dhiya . Kita sama . Spending raya dekat Labuan dengan kawan-kawan and family . Hahaha . Muka Sabby macam tak rela saja dipeluk . Hahaha .

Sabby’s @sabrina.nasirin

Selamat hari raya 😻maaf zahir dan batin. Thought they wouldn’t come malumalu lagii ahahahaha, also surprised that i get to celebrate my birthday on raya itself. Tau my granddad kata ape ‘you must be happy dpt celebrate with the whole nation..dgn sistaa dan brother sesame islam..klau mcm ni xpyah present smua tu’ ‘of course im happy tok’ Not being able to celebrate raya with your love ones hurt but knowing that they’re ok and doing well, it feels like they’re close to me.

Reply daripada Syazwan Hakimi :
Selamat Hari Raya Sabby ! And Happy Birthday to you too ! May Allah bless you . Semoga happy okay ?

Irdina’s @irdin0

Selamat hari raya maaf zahir batin! Semoga raya kali ini disambut dengan meriah bersama org yg tersyg , wlaupun ada yg telah pergi meninggalkan kita, jgn sedih, ini kan raya! Hari kemenangan buat semua org Islam, selamat hari rayaaa

Reply daripada Syazwan Hakimi :
Ini kan raya ! Hahaha . Apa-apa pun , selamat hari rayaaaaaaaaaaa Dina !

Chen’s @amizaamir_

Happy eid mubarak!! May this eid in Sha Allah be a source of immense blessing long with a joy & happiness for you and your family!!! Selamat hari raya😘

Reply daripada Syazwan Hakimi :
Happy Eid Mubarak too Chen ! Stay cool , swag okay ! And please don't be a school prefect anti again . Hahaha .

Lydia’s @ldiyaa
 
Lydia sedih tahun ni nda ramai keluarga yg balik kampong 2-3 keluarga ja yg balik kampong dr seberang. Yg lain pegi keluarga baru hm 😢 Adik beradik mama ada 12, tapi yg beraya sama2 cuma 2 hm eh ada lg, nene nda dapat ikut sbb sakit tua . babah pun sakit tapi on ja bila ajak raya.
 
Reply daripada Syazwan Hakimi :
Sedih kisah raya kau Dau . Huargh ! Tak apa , tahun depan kan ada lagi . Maybe mereka busy .  Be happy dalam mood beraya ni !
 
Susanti’s @santisamsul_

“ Selamat hari raya. . Maaf zahir dan batin “

Reply daripada Syazwan Hakimi :
Selamat Hari Raya juga Santi .
 
Puteri's @cadipzz

“HAPPY EID MUBARAK U OLS 😁 ..btw esk skul g#cutigantung
 
Reply daripada Syazwan Hakimi :
Happy Eid Mubarak jga Puttek .
 
Ameera Yahaya @ameera.yhya

From Mea’s family
 Reply daripada Syazwan Hakimi :
Happy Eid Fitri Meera .

  Rabiatul's @rabiatulawh

Selamat hari raya aidilfitri,Maaf zahir dan batin everyone 😃

Reply daripada Syazwan Hakimi :
Selamat Hari Raya juga Tat ! Ni gambar raya ke gambar cover majalah Remaja ? Hahaha .

Manish’s
 
Selamat hari raya maaf zhir btin – luv the Singh family❤ - Manish
 
Reply daripada Syazwan Hakimi :
Selamat Hari Raya Manish ! Maaf Zahir dan Batin !

______________________________________________________________________________________

Terima kasih kepada mereka yang sudi share gambar raya and ucapan . Kacak bergaya dan ayu menawan sungguh korang ni . For those yang nak share gambar raya and family , boleh lah send gambar selfie , family , wefie , berserta dengan ucapan ke
szwnhkm@gmail.com
 szwnhkm@gmail.com
szwnhkm@gmail.com
Saja copy paste 3 kali , kot-kotlah tak nampak ke . Hahaha .

Eh , kalau ada typo tu , mohon abaikan . Hahaha . Maklumlah nak dekat pukul 4 pagi aku siapkan semua ni .

That is all for my special raya post . Okaylah , itu saja . Chaw !

@Syzwnhxkimi_

Selasa, 5 Julai 2016

[MV Review] : BEAST - RIBBON

Annyeong dan selamat berpuasa ! Sedar tak sedar , hari ini last kita berpuasa . Esok dah raya . Memang tak dinafikan , sejak kebelakangan ini , aku busy . That's why aku tak ada masa untuk buat post blog .
 
Never mind , post kali ini , aku nak review MV BEAST - Ribbon ! Kali ini , BEAST comeback tanpa Hyun-Seung kerana Hyun-Seung telah mengambil keputusan untuk keluar daripada group untuk melakukan aktiviti solo . Let's get started !
 
 
Lagu : ★★★★★
 
 Lagu ini agak tenang berbanding YeY(2015) dan boleh dikatakan agak sama dengan tempo lagu mereka yang bertajuk 12:30 (2014) . Rap Jun Hyung yang sepatutnya zup zap zup zap (laju) boleh dikatakan slow dalam lagu Ribbon. Begitu juga dengan member yng lain . Instrumental bagi lagu Ribbon ini kedengaran agak bersepah tetapi lagu ini semakin mendapat tempat apabila start part tengah . Seriously , untuk mengingati setiap part tempo lagu ini , pembaca mesti mendengarnya lebih daripada sekali .
 
Music Video : ★★★★★
 
MV ini amat menyedihkan ! Sebab apa ? Sebab aktiviti member-member BEAST dalam MV ini yang sepatutnya dilakukan bersama girlfriend mereka , dilakukan oleh mereka sendiri . Alone . Terdapat scene-scene yang membawa makna yang tersembunyi , contohnya jam yang membawa maksud back to the time . Malah , member-member BEAST menunjukkan sisi yang sedih dan murung kerana bersendirian dalam MV ini . Part Du Jun di atas bumbung bangunan juga agak sama dalam part MV YeY .
 
Tarian : ★★★★
 
Tarian mereka kelihatan amat menarik dan bersesuaian dengan irama dan rentak lagu ini . Gerakan tarian ini kelihatan seperti tarian Tango . Seriously , it looks similar .
 
Tak sabar aku nak download performance BEAST untuk lagu Ribbon ini . Okay , itu saja . Ouh , aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfiri , Maaf Zahir dan Batin . #KosongKosong #BerikanMasa . Inshaa allah , aku akan buat post special dan istimewa mengenai Hari Raya nanti . Chaw !
 



 
 
@Syzwnhxkimi_