Animated Rainbow Nyan Cat Syazwan Hakimi's Bla Bla Bla Stories: Mac 2016

Ahad, 27 Mac 2016

[MV Review] : Red Velvet - ONE OF THESE NIGHTS

Hi . Kali ni aku nak review pasal MV Red Velvet yang direlease pada 16/3/2016 . Aku baru tengok semalam . Huhuhu .
 
 
Lagu : ★★★★
 
Lagu Red Velvet kali ni juga perlahan je , memang boleh buat tidur kalau dengar dekat highway . Hahaha . Seriously , lagu One Of These Nights tak serancak lagu-lagu mereka yang sebelum ni .
 
Music Video : ★★★★

MV Red Velvet kali ni macam berada di fantasi . Dengan berlatar belakang hutan , galaksi dan air . Kali ni aku tertumpu dekat Joy , sebab dia lawa dalam MV ni ! Rambut Wendy pun lawa ! Ada rumors mengatakan yang MV ni bersempena dengan kejadian Feri Sewol . Sebab Wendy ada pegang origami kapal , air keluar daripada tingkap macam dalam kapal , Yeri terapung atas sampan , berhood putih lah  . Idk lah . MV ni takde lah memeningkan kepala kalau tengok . Yerlha , kebanyakkan MV guna lampu and pencahayaan yang berkelip-kelip . Seriously , aku enjoy tengok MV ni sampai tak sedar dah nak habis walaupun MV ni berdurasikan 4 minit lebih .
 
Tarian : ★★★
 
Dalam MV ni takde tarian . Kalau nak tengok tarian , korang kena lah tengok live show dorang dekat Music Bank , M Countdown dan sebagainya . Tarian mereka lebih kepada mikrofon . Aku pula perhati jer mikrofon tu sebab risau kalau terjatuh ! Hahahaha . Tarian mereka soft jer kali ni dan tak serancak serta seaktif tarian Dumb Dumb .
 
 
 
 
 
 


@Syzwnhxkimi_

[MV Review] : Hyo Min - SKETCH

Bonjour ! Sekarang ni , aku nak buat review pasal music video Hyo Min dari kumpulan T-ARA yang berjudul SKETCH . Rasanya tak terlambat lagi nak review pasal lagu ni . MV ni direlease pada 16/3/2016 .
 
 
Lagu : ★★★★★
 
Rentak lagu dalam MV ni memang perlahan jer . Tak rancak . Jadi lagu ni rasanya boleh bawa tidur . Hahahaha . Aku suka lirik "I'll be your canvas" . Masa Hyo Min cakap , soft jer . Huhuhu . Kali ni , suara Hyo Min comel semacam . Yerlha, kalau dengar betul-betul masa lagu Sugar Free , So Crazy tak ada lah secomel ni .

Music Video : ★★★
 
MV HyoMin kali ni memang seksi . Apa yang aku faham ,  dalam MV ni , dia pergi kedai tatu sebab nak buat tatu . Seorang pembuat tatu lelaki yang uruskan pembuatan tatu dia . Masa tengah buat , Hyo Min tenung lelaki tu dan lelaki tu tenung Hyo Min balik . Yang paling hawau , lelaki tu rakam aksi Hyo Min atas lantai and I was like " WTF ! Apa yang dia buat ! " Lmao . Rambut Hyo Min seriously lawa dalam MV ni . Lagi lawa daripada rambut batang penyapu Blonde masa first debut dia . -_-
 
Tarian : ★★★★
 
Aku rasa sekarang ni memang trend joget guna kerusi agaknya . Tarian 9Muses - Sleepless Night , Red Velvet - Be Natural , AOA - Miniskirt , Teen Top - Missing pun guna kerusi . Hyo Min lawa masa ikat rambut time joget . Ada ah satu part masa yang dia tundukkan badan dia atas kerusi tu memang seksi . Rasanya tarian lagu ni lagi seksi daripada Nice Body .

Okay . Itu saja . Chaw !




 .

@Syzwnhxkimi_
 

Sabtu, 26 Mac 2016

A Busy Week with Poop Prank !

Holla . Dah lama tak buka blog . Huhuhu . Busy ah minggu ni . Fikir lepas exam lagi bebas , rupa-rupanya lagi busy . Idm , janji dapat buat blog .

Ouh , btw aku enjoy habis-habisan masa cuti lepas . Kenapa aku enjoy ? Aku bukan pergi tempat bukan-bukan kay . Aku akan cerita pada post akan datang sebab gambar , still takde dalam lappy .
 
Semalam , perh memang sakit perut bhai ketawa kalah pontianak dalam kelas , waktu Sains (sebelum balik) . Hahahaha . Habis papan hitam aku , Dzul , Amir dengan Lydia conteng sampai penuh . Aku tulis nama . Amir dan Dzul lukis kereta kotak-kotak dengan minions , si Lydia ni aku tak tau masalah dia sampai lukis taik , manusia yang pelik lah . Idk . Tak tau nak describe . Yang paling siot , kitorang bandingkan minions dengan plankton . Wakakakaka .

Busy-busy aku pun , sempat ah aku buat prank dalam kelas . Lawak bhai . Aku ingat lagi , kelmarin (Khamis) . Aku , Lydia , Valerine dengan Gabriel memang dah plan nak buat masa hari Selasa . Tapi aku lupa nak bawa masa hari Rabu . -_- . zzzz . Prank ni mungkin menjijikkan bagi korang . Prank apa ? Prank taik ! Hahahaha . Cara-cara dia mudah , amkbil roller tissue , basahkan , koyakkan dan bentukkan . Simple . Then letak ah kat mana-mana . Aku letak dekat atas lantai . Ramai yang terkejut . Hahaha . Si Pna pula aku bagi sentuh taik tu , dia boleh pula hidu tangan dia lepas pegang *emo ketawa dalam tangisan* . Ya Allah lawaknye member kelas aku ni . Si Shang-shang pun jerit-jerit . Dzul , Chris , Amir , Mad pula ambil taik tu nak kenakan Kak Yong . Aku tak tau lah apa reaksi dia . Tapi time aku bawa dekat perpustakaan time Ekonomi Asas , Kak Ngah macam loading tau tengok benda alah tu . Terkejut takde  , dia lebih kepada "Hah ? Apa tu ? " Hahahaha .

For those yang tak  faham lagi cara buat prank taik tu . Kat bawah ada tutorial . Okay , itu saja . Chaw !

 
 
@Syzwnhxkimi_

Ahad, 6 Mac 2016

Exam Week !

 
Annyeong and good morning . Next week , aku dah nak exam . Seriously minggu depan ?! Adui , rasa berdebar pula nak exam , yerlha kan . Sebelum ni dah biasa dengan format PT3 , first time nak exam format SPM pula . Huhuhu . Jadi aku nak kena buat revision . Account , Ekonomi Asas , Math , Sains . Bapek ah , seram bhai , lagi-lagi Account dengan Math ! Haaa *emo menangis*

Jadi bersempena dengan exam week ni , aku akan berpisah dengan laptop and stop sekejap buat post dalam blog ni . Inshaa allah , lepas habis exam , memang aku akan getback dengan laptop and buat post baru balik ! Yehet !

Apa-apa pun , pelajar yang nak exam , good luck masa exam . Buat elok-elok , jangan jadi zirafah and bawa toyol ! Kahkahkah . Semoga Allah permudahkan semua , Okay itu saja , chaw !

 @Syzwnhxkimi_

Sabtu, 5 Mac 2016

Betariors

 Sawadeekap ! Alhamdulillah , nampaknya aku masih ingat password , kah kah kah . Jadi harini , aku nak introduce bijes-bijes aku yang dikenali sebagai Betariors masa dekat sekolah lama aku dulu .

Macam mana Betariors ini ditubuhkan ? Okay , macam ni ceritanya , masa kelas tambahan cuti sekolah PT3 , kami plan untuk tengok cerita San Andreas dekat GSC Dataran Pahlawan . Tapi kami kenalah bincang dulu untuk setkan hari and masa . Aku pun guna handphone si Haniff untuk buat satu group whatsapp antara kami je , bukan satu kelas . Nama Betariors ni gabungan perkataan Beta + Warriors . Beta tu nama kelas kami (2013 - 2015) . Si Aiman yang bagi nama group ni . Sebenarnya , aku nak letak nama Beta Kava , acah-acah Vena Kava kahkahkah . Tapi dorang kata nama macam cb *emo tangisan dalam ketawa* huhuhu . Aku dengan penuh redha pun setuju . So aku nak tulis sekor-sekor punya profile dengan gambar . Don't worry , aku promote semua hahahaha .

Aiman Nurhakeem

Apa yang aku tahu pasal Aiman ? Aiman ni bestfren aku since 2015 . Start rapat dengan dia after aku ceritakan masalah aku kat dia huhihuhi .  Ermm lepastu kalau ada ada cerita gempak-gempak atau hot story , dia orang kedua yang aku cerita lepas ratu kesayangan aku , mami . Sebab dia ni antara sahabat aku yang paling aku percaya . Kadang-kadang dia ni always ceramah kat aku zzzz . Sentap siak dengar ceramah dia . Apak ahh . Nak kata macam ustaz , bolehlah . Itu jer yang aku nak cakap pasal kau Man dalam blog ni .



 Amyrul Zulhaimy

Apa yang aku tahu pasal Amyrul ? Dia ni sahabat aku yang paling beradab dan sopan . Yerlah , kitorang ni kalau berkumpul dalam kelas untuk berhuha-huha time cikgu tak masuk dalam kelas lagi , mesti akan ada perkataan carut yang keluar . Tapi si Myrul ni tak carut langsung . Lagipun dia ni agak alim . Hmm bagus-bagus . Tulisan si Myrul ni perh lawa and teratur bhai . Bukan macam tulisan doktor hahaha . Dia ni boleh tahan rajin homework sentiasa siap . Aku pun buat homework , tapi mana homework yang aku tak berkenan , aku tak buat (-_-) jujur au . Hahaha . Dia ni pun aku percaya . Senang cerita , semua Betariors , aku percaya . Hahaha . Btw , dia ni hantu bola sepak . Haa , itu jer yang aku nak cakap pasal kau Myrul dalam blog ni .

Nuqman Anuar

Apa yang aku tahu pasal  Nuqman ? Si Nuqman atau panggil Nuq ni yang paling suka nyanyi kuat-kuat lagu entah apa dalam kelas . Tapi kadang-kadang aku pun terikut ! Haaaa , adui . Then , Nuq memang seorang sahabat yang merendah diri . Apa yang pasti , dia ni hantu Sundae Cone . Kalau aku dengan yang lain-lain keluar sama-sama lepas balik sekolah pergi Dataran Pahlawan atau Mahkota Parade , confirm dia ni ajak kitorang singgah pergi McD . Always beli sampai 2 hingga 3 Sundae Cone . Nasib baik murah , kalau tak bankrap ah kau Nuq kahkahkah . Hmm , dah lama tak rasa Sundae Cone , kat Labuan mahal *emo menangis* huhuhu redha jerlah . Btw dia ni hantu Dota 2 . Noob , hahaha . Haa , itu jer yang aku nak cakap pasal kau Nuq dalam blog ni .


Luqman Haniff

Apa yang aku tahu pasal Haniff ? Dia ni sahabat aku yang paling pandai meriuhkan suasana and happy-go-lucky . Asalkan kitorang lepak sama-sama , ada jer lawak yang dia buat . Tak kisah ah , time PnP ke , rehat ke , balik ke , lepas exam ke , kitorang mesti tergelak dengar lawak dia . Kiranya , kalau 4Principled , dia ni lebih kurang macam Lydia + Lysha . Always buat lawak , hahaha . Apa yang aku suka pasal si Haniff ni , dia memang jenis yang ada komitmen . Kalau aku nak buat study group dekat library bawah rumah aku , mesti dia yang join . Kalau aku ajak pergi mana-mana pun , dia pun join . Jadi best dapat sahabat macam si  Haniff ni . Aku always main Plants VS Zombies 2 dalam phone dia , lantak apa , katanya , dia nak je delete game tu , tapi sebab aku selalu kongker game tu , dia tak jadi nak delete . Huhuhu , terharu , bij pls HAHAHAHA . Btw , dia ni hantu Dota 2 sama macam Nuq . Haa , itu jer yang aku nak cakap pasal kau Niff dalam blog ni .

Luqman Annuar

Apa yang aku tahu pasal  Luqman ? First , aku panggil dia Kechik . Sebab saiz badan dia . Hahaha . Bukan mengejek , kalau dia tak marah , apa ada hal kan . Dia ni always main kejar-kejar dalam kelas , hahaha . Kecil-kecil dia pun , main bola , licik bhai . Adedeh , kalau tak silap aku , dia ni memang suka makan . Kadang-kadang bekal aku pun dia pow hahahaha . Aku tak heran pun . Nak kata dia ni garang pun bolehlah . Tapi dia ni garang time ada orang buat benda yang dia tak suka je . Btw , dia ni hantu apa pun aku taktau hahaha . Haa , Itu jer yang aku nak cakap pasal kau Chik dalam blog ni .



Next , aku nak cerita lah pasal Betariors . Kitorang perangai gila-gila , suka gelak-gelak , always habiskan masa sama-sama lagi-lagi time dah nazak nak PT3 . Senang cerita , semua perangai satu kepala dengan aku . Yang aku rasa selesa dengan dorang , dorang ni bukan jenis backstabber , talam 2 muka atau macam lalang . Maklumlah , memang ramai manusia yang jenis macam tu . Adalah pengalaman dapat kawan jenis macam tu . Ada juga lah yang kutuk aku pasal main application ____  , tapi sekarang dia yang main . Ada jugalah yang daripada dulu always mengutuk and cari kesalahan aku tak habis-habis baik dalam wechat atau sebaliknya . Memang ada manusia macam ni . Rileks sudah , manusia macamni akan dapat KIFARAH . Sesungguhnya Allah itu Maha Adil . Tapi dengan Betariors aku ni , aku memang tak berasa malu even sedikit pun untuk share rahsia aku dekat dorang . Ada sesetengah orang , dia berkawan atas sebab darjat , kekayaan , populariti atau lain-lain . Tapi Betariors aku tak . Aku memang bersyukur sebab dapat sahabat macam Betariors . Kadang-kadang , memang selalu kena bahan ah dalam Betariors . Aku yang selalu kena hahaha . Kesian aku . Huhuhu .






 *Instagram







Okaylah , walau apa-apa pun , korang kahwin , aku pengapit kay , hahaha. Lol . Inshaa allah persahabatan Betariors kekal hingga ke Jannah . Bagi aku , korang memang sahabat sejati . Huaa , rindu ah korang ! Its okay , akhir tahun ni kita jumpa hehehe . Sayang korang hahaha . Sampai disini jer ah cerita aku pasal Betarios . Okay , itu saja . Chaw !

@syzwnhxkimi_

Jumaat, 4 Mac 2016

Uish , Seriously

And it goes a little something like this
Hey , Assalamualaikum .
Sebelum ni aku ada buat blogspot tapi aku tak ingat lah yang ini blog keberapa . Hahaha . Okay , for my first post , erm idk lah . Takpe , I'm gonna to share a little bit story as a new school prefect at my new school , SMK Pantai . Hahaha , baru tahun ni masuk sekolah baru , dapat jadi pengawas sekolah , alhamdulillah .

Hahaha . Seriously , ni first time jadi pengawas sekolah dekat sekolah menengah . Dulu masa tahun 2013 - 2015 , aku pengawas koperasi dekat SMK Tinggi Melaka . Ada juga lah pengalaman jadi pengawas sekolah , itu pun masa zaman kanak - kanak Ribena dekat sekolah agama . Ingat lagi , sampin warna purple acah-acah Ribena . Okaylah , match lah sikit .

Baju pengawas sekolah aku ni special sikit , macam kerja office , hahaha . Seriously , memang mencabar jadi pengawas , lagi-lagi pengawas baru , but it's okay .  Bak kata Cikgu Sawiyah :
" Jadi pengawas , duty kena enjoy bha . "
Yeah , aku akan time enjoy duty and aku akan enjoy jadi pengawas sekolah .

Biasa lah kan , jadi pengawas sekolah ni memang mencabar . But I don't even care . #Proud

Kaylah , aku dah blur and nak elakkan aku daripada melalut sampai ke laut , baik aku stop setakat sini . Inshaa allah kalau ingat password gmail and internet laju , aku post next cerita entah apa-apa aku . Okay , itu saja . Chaw !

#JanganKecamMata
* Abaikan muka Saiyidah dekat belakang huhuhu *
 
@syzwnhxkimi_