Animated Rainbow Nyan Cat Syazwan Hakimi's Bla Bla Bla Stories: Mei 2016

Sabtu, 28 Mei 2016

Sambutan Hari Guru SMK Pantai 2016

Assalamualaikum . As usual , aku akan buat post yang berlainan dalam blog aku . Apa yang aku nak buat ? Ianya mengenai Sambutan Hari Guru SMK Pantai , WP Labuan 2016 .
 
Okay lah kan , dapat celebrate sebelum cuti and then puasa . Lagipun , dak-dak upper form and lower form dah habis exam . Semua pelajar otak dah lega hadap paper , yang tak lega , cikgu-cikgu lah . Nak hadap jawapan entah apa-apa kami ni lagi . Lol . :3
 
Aku difahamkan yang banyak sekolah mempunyai tema-tema Sambutan Hari Guru yang unik-unik . Star Wars lah , Back to School lah , kaum pelbagai bangsa lah and so on . Jadi apa tema Hari Guru sekolah aku ? Temanya adalah alam fantasi , yang bestnya ramai cikgu bercosplay ! Macam-macam baju ada . Bayangkan , guru disiplin , guru mata pelajaran , guru sukan and lain-lain , bergaya sakan dalam pakaian dorang . And aku rasa sangat-sangat excited . Sempatlah aku tengok cikgu-cikgu preparekan diri dalam bilik guru waktu pagi . Lagipun aku dalam bilik guru tolong Cikgu Farid untuk siapkan diri . Hehehe . Apa yang Cikgu Farid cosplaykan ? Nantikan ...
 


They are going to the school hall ! Pembaca boleh melihat pelbagai baju yang dikenakan oleh cikgu-cikgu sekolah aku . Baju pengantin pun ada ! Tak nak kalah tau ! Hahaha . Yang lawaknya , Cikgu Hasan pakai baju serious formal gila macam nak kahwin , and seorang lagi cikgu perempuan yang memakai baju pengantin serba putih kain meleret , cikgu-cikgu lain pun menyakat dorang . Faham-faham jer lah apa topik yang cikgu-cigu sakatkan . Ehem ehem . Secara kebetulan jer ni . Hahaha .
 
Dalam dewan ~
 
Macam mana dengan cikgu-cikgu yang ajar kelas aku ?
 
Cikgu Alin ? (Prinsip Perakaunan) (Guru kelas)
Cikgu Norlizawati ? (Bahasa Melayu)
Cikgu Claudius ? (Bahasa Inggeris)
Cikgu Norlia ? (Ekonomi Asas) (Kak Ngah)
Cikgu Zarina ? (Perdagangan) (Kak Yong)
Cikgu Suzana ? (Matematik)
Cikgu Suhaimi ? (Sains)
Cikgu Azniah ? (Sejarah)
Cikgu Farid ? (PJK)
Cikgu Zaruddin ? (PSK) (Papa Zaruddin)
Ustazah Nordiana ? (Pendidikan Agama Islam)
 
Apa yang mereka pakai ?
 
Cikgu Alin - Jubah
Cikgu Norlizawati - Sherif
Cikgu Claudius - Formal
Cikgu Norlia - Flower Princess
Cikgu Zarina - Flower Princess
Cikgu Suzana - Formal
Cikgu Suhaimi - PJ
Cikgu Azniah - Black Witch
Cikgu Farid - Akatsuki
Cikgu Zaruddin - Akatsuki
Ustazah Nordiana - Flower Princess
 
Itu baru cikgu-cikgu kelas aku , cuba kalau kelas yang lain pula . Hohoho . Akatsuki babe . Dua orang lak tu . Hahaha . Cikgu-cikgu dibenarkan memakai apa yang diimpikan mereka . Kak Ngah ada cakap dengan dak-dak Eko , impian dia nak jadi guru mata pelajaran PJK . Nak pakai baju PJK jer time sambutan . Tengok-tengok , dia pakai baju sedondon dengan Kak Yon . Uish , bukan main . Hahahaha .
 
Cikgu Alin ! Guru yang aku anggap paling sempoi ah . Cikgu Alin ni memang sempoi ! Memang best dapat belajar dengan beliau . Senang nak faham . Dah lah buku Account tebal setebal kamus , tapi bila Cikgu Alin ajar , isi kandungan buku teks tu boleh ingat ah . Yang lawaknya , Cikgu Alin menggelarkan kami (4 Principled) sebagai budak-budak kecil . Hahahaha . And beliau sentiasa menyebut 'suka hati badak kau' semasa mengajar . Seriously , aku yang daripada zero dalam perakaunan dah dapat menimba banyak ilmu mengenai Account .
 
First time aku tengok Cikgu Suzana pakai tudung sarung . And I was like , fuh ! Nice ! Cikgu Suzana ni mempunyai tahap kesabaran yang agak tinggi semasa mendidik kami dalam Matematik . Yerlha , bukan semua orang dalam kelas aku boleh score each topic dalam Matematik . Soalan yang dilemparkan bertubi-tubi and kadang-kala tak masuk akal pun , berjaya dijawab oleh beliau . Lagipun , Cikgu Suzana ni lemah lembut  dan tenang orangnya . Hehehe .
 
Chief Norlizawati Ag Tahir sebelah aku ! Hahaha . Lawa kan baju yang dipakai oleh beliau . Daripada topi hinggalah kasut , sebiji macam sherif dalam filem orang putih . Siap ada lencana ! Jangan main-main tau . Kang beliau tembak , bocor badan . Lol . Hahaha . Jangan marah Cikgu Liza , bergurau jer . Ngeh ngeh ngeh .
 
Bergincu hitam , berkuku hitam , bertudung hitam , berjubah hitam . Siap pegang tanglung lagi ! Memang baik ah Cikgu Azniah ! Memang ngam dengan tema . Ada tongkat sakti lagi tu . Dengan mask mata berwarna kontra lagi . Memang Cikgu Azniah boleh dikatakan glamour and fabulous . Time dekst bilik guru , Cikgu Azniah sempat berdiri depan kipas sebab nak keringkan kuku yang telah diwarnakan dengan peel-off black nail color . Aku tergelak jer tengok cikgu .
 
Kak Ngah ! Serba-serbi berwarna biru , flower crown lagi . Flower Princess tau . Siap memegang benda alah ala-ala Instagram lagi . Hahaha . Kak Ngah kalau mengajar pun okay . Budak-budak Eko dengan beliau ibarat kakak dengan adik . Jadi , kami semua agak rapat dengan beliau . 'Best' tau kalau kena cubit dengan beliau . Hampa tidak kena , kalau hampa kena , sakit na . Cheq pernah kena . Bukan sekali , tapi banyak kali . Hahaha .
 
Kak Yong ! Kalau Kak Ngah ala-ala lautan biru , Kak Yong pula ala-ala bunga dan daun . Hahaha . Lawa kan ? Aku rasa Kak Yong and Kak Ngah memang dah plan nak pakai baju yang sama lah , cuma lain warna jer . Kak Yong dengan Kak Ngah ni ibarat isi dan kuku . Bestfriend lah katakan . Di situ ada Kak Yong , di situ ada Kak Ngah . Peribahasa baru tau .
 
Ahli Akatsuki yang ke-12 ! Cikgu Farid ! Semangat gila Cikgu Farid nak bercosplay . Pagi-pagi lagi , Farahani uruskan make up cikgu , aku pula uruskan wig . Semangat kan ? Siap buat kuku ala-ala Kaneki lagi .
 
Ahli Akatsuki yang ke-13 ! Cikgu Zaruddin ! Memang baik ah . Dapat cikgu-cikgu yang minat Anime ni . Hahaha .
 
Flower Princess , Ustazah Nordiana ! Serba pink lagi ! Dengan flower crown lagi . Nampak macam Barbie doll jer Ustazah Nordiana dalam gambar ni . Corak tudung pun bunga-bunga . Memang lawa ah .

Sempat juga aku selfie dengan Cikgu Suhaimi . Muahahaha .
 
Di bawah ini , aku sertakan gambar aku dengan cikgu-cikgu yang lain :
 
 Tinkerbell Muslimah - Cikgu Susi !
Iklan Qu Puteh daripada Sherif Cikgu Sawiyah .
 Red Riding Hood , Teacher Adviana and Teacher Madona .
 Superman - Cikgu Kasnan !
 Makhluk hijau yang aku tak tahu siapa dalam Star Wars tu . Yoda kot . Entah ah . -_- . Dicosplay oleh Cikgu Wilter .
 Zombie ~
Makhluk sotong yang aku tak tahu nama dalam Pirates Of Caribbean .
 
Di bawah ini , terpapar gambar-gambar gelagat ahli Akatsuki ke-12 dan 13 yang membelakangkan ahli-ahli Akatsuki lain yang tengah buat plan jahat semata-mata nak datang SMK Pantai . Lol . -_- :
 

 
And gambar cikgu-cikgu beramai-ramai :
 
 
Sambutan Hari Guru sekolah aku ni siap ada anugerah untuk guru-guru lagi . Macam ASK pun ada !
 
Anugerah Guru Penyabar - Cikgu Adviana Vali
Anugerah Guru Penyayang - Cikgu Zarina Zuki
Anugerah Guru Prihatin - Cikgu Aman
Anugerah Guru Ceria - Cikgu Zarina Zuki
Anugerah Guru Tegas - Cikgu Sawiyah Tawile
Anugerah Guru Idola - Cikgu Hasan
Anugerah Guru Sporting - Cikgu Zarina Zuki
Anugerah Guru Lelaki Stylo - Cikgu Kasnan
Anugerah Guru Wanita Stylista - Cikgu Norlizawati
Anugerah Guru Popular - Cikgu Sahar Bin Misron (Pengetua)
Anugerah Cosplay/Kostum Terbaik - Cikgu Mirwan 
Pengetua pun menang award ! Hahaha . Kak Yong bolot ketiga-tiga gelaran . Woah . Daebak .
 
Memang best ah Sambutan Hari Guru SMK Pantai tahun ni . Cikgu-cikgu memang sporting . Seriously . Kan best kalau cikgu-cikgu pakai baju macam ni tiap-tiap hari . Hahaha . Daripada watak anime sampailah zombie . Semuanya hebat-hebat belaka . Aku berharap , nest year punya Hari Guru akan lebih meriah lagi dengan tema yang lagi umph ! Hahaha .
 
Apa-apa pun , Selamat Hari Guru diucapkan kepada warga pendidik . Jasamu akan ku kenang !

 Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
 (Sajak : Usman Awang )
 
Banyak jasa cikgu-cikgu dalam mendidik anak bangsa untuk menjadi seorang yang berguna terhadap agama , bangsa dan negara . Jadi , belajarlah bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kejayaan . Aku yakin , cikgu-cikgu pun nak tengok anak didik mereka berjaya . Terima kasih cikgu ! Untuk cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku atau tidak di Tadika Sri Gelang , Tadika Pelangi , Tadika Sri Sayangku , SJK (C) Ming Terk , SJK (C) Keh Seng , SMK Tinggi Melaka and SMK Pantai .
 
Aku nak merapu and melaut pula dekat bawah . Ngeh ngeh ngeh . Okay , itu saja . Chaw !
 
Ekstra (Kalau nak tengok , silakan slide)
Dengan cikgu-cikgu aku tangkap gambar , dengan kawan-kawan aku pun , mesti ah tangkap gambar juga . Hahaha .
Apa yang aku post gambar dekat bawah , tak ada kena mengena dengan Sambutan Hari Guru yang berlangsung . Cuma gambar aku dan kawan-kawan aku dan sedikit gambar bersama guru yang agak crazy dan bagi aku lawak . Hahaha .
 
P/S : Santi dengan Bel , dua orang ni lah yang hampir setiap hari bahan aku . Dua orang ni sekepala dengan aku . Best dapat kawan perempuan yang sekepala dengan aku ni . Hahahaha . Lol .

P/S : Chris Senpai dengan Amir ! Dua orang pemain bola yang sporting gila ! Mula-mula lah , jujur aku cakap , masa aku baru masuk sekolah , I thought yang dorang ni budak-budak nakal dalam sekolah , rupa-rupanya tak ! Sangkaan aku meleset sama sekali . Mereka ni baik orangnya dan aku seronok berkawan dengan mereka . Amir kuat buat lawak , ada jer lawak yang direkanya . Chris pula, kalau berbual pasal Anime , memang rancak ah perbualan kami  . Hahaha .
 

P/S : Ni tak payah lagi aku nak memperkenalkan . -_-

P/S : Persoalan , adakah gigi aku menyerlah ataupun gigi Hakim ? Kesimpulannya , cekak zirafah yang aku pakai lagi menyerlah . K , tak masuk .
P/S : Ketiga-tiga orang ni lah yang aku pernah mention dalam post aku yang sebelum ini . Shana dan Fiqah , usahawan nasi goreng dan pisang goreng cheese yang berjaya manakala lagi seorang tu , Helin yang penuh dengan 1001 rahsia .
 
P/S : Cikgu Zaruddin menyelit ! Hahahaha .
P/S : Sanggup mengangkang semata-mata nak bergambar ramai-ramai dengan Puan Rabbit Masked Flower Princess with Magic Star Stick :') .
 
 P/S : Tengok muka si Apik . HAHAHAHA . Kau termenungkan apa ?
 P/S : Okay , seriously Atikah lawak ! Muka dia memang troll ah . Hahaha . Jangan marah Tikah . HAHAHA .
 P/S : Atikah , kami semua ada bulu misai yang lebat gila , kau pula ? Asal licin muka kau ? Hahaha .
 
#TerimaKasihZaiAtasPemberianGambar
 
Geng Balik Lambat pun ada tau . Hahaha . Geng yang sentiasa menunggu sambil mereput dekat bus stand sama-sama time balik sebab nak tunggu parents kami . Hahaha .
 


 
@Syzwnhxkimi_

Selasa, 24 Mei 2016

Acrophobia

Assalamualaikum dan Bello untuk sekalian makhluk ! Lol . Aku happy ah siak hari ni . Exam dah habis ! Huhuhu . Aku bersyukur sangat-sangat sebab dapat hadap paper Account dengan tenang . Alhamdulillah . Tepat-tepat tinggal 2 minit nak tamat masa , aku siap buat Lejar Am . (Aku buat yang depan dulu then tak tahu , buat belakang pula , lepastu buat benda alah tu lepas dah siap bahagian belakang) . Complicated ayat ? Takpe lah kalau ada yang tak faham , janji aku faham . HAHAHAHA .
 
Nak main PSP , PSP tak ada bateri . Bateri kong ah ! Charger aku tak ingat letak mana . Dah cari , still tak jumpa . ZZZ . Takpa takpa , nanti aku punggah satu rumah cari charger PSP . Lukisan Charlotte si Chris , aku dah buat . Mereput lah nampaknya . Cam ye ye aku plan masa habis paper tadi :
(Balik - Makan - Solat - Mandi - Membongkang (tidur) - Main PSP - Melukis - Makan jajan)
Last-last yang aku buat :
(Balik - Makan - Solat - Mandi - Cari charger PSP - Give up - Melukis - Mereput - Mereput - Buat post)
Lmao .
 
Post kali ni aku nak cakap pasal fobia . Apa maksud fobia ? Pergi Google sendiri . -_- .
 
" Fobia adalah rasa ketakutan yang berlebihan pada sesuatu hal atau fenomena. Fobia boleh dikatakan boleh menghalang kehidupan orang yang menghidapnya. "
Sumber : Wikipedia Melayu
(Sebenarnya bahasa yang dalam Wikipedia pasal fobia tu Bahasa Indonesia , tapi aku tak tahu macam mana boleh sesat masuk dalam Wikipedia Bahasa Melayu ) -_-
 
Aku copy paste juga maksud fobia , sebab aku tahu ada di antara pembaca yang malas nak keluar lepastu taip ' Maksud fobia dalam Bahasa Melayu ' . Ngeh ngeh ngeh .

 
 Fobia yang terpilih : Acrophobia

What does it mean ? Terang-terang dekat gambar tu ada maksudnya . Hahaha . Lol .

Aku penghidap acrophobia ! Aku takut tinggi . Aku gayat gila bapak ah . Aku benci situasi ni :
1. Bila nak turun eskalator .
Kaki aku menggigil time nak turun . T^T
Masa aku hang dekat bebudak kastam tu (dalam post Boys Day) , ada eskalator dekat UK , time nak turun tu , aku take time sikit .
Apik : Kau kenapa Kimi ?
Aku : Kau rasa ?
Apik : Kau gayat ka ?
Aku : Awu .
2. Bila dah sampai tempat tinggi (Kondominium , apartment , rumah pangsa dan sekutu dengannya)
Rumah Tokbah dengan Tokma aku yang dekat KL dekat tingkat 9 . Tapi dia punya tinggi , nauzubillahminzalik . Rasa menggigil macam nak terkencing dalam seluar pun ada .

Kalau sesiapa yang rasa macam ni masa berada di tempat tinggi , anda mungkin salah seorang daripada geng Acrophobia .

Allah saja lah yang tahu betapa aku takut akan ketinggian . Sebab itulah nama link blogspot aku (http://acrophobiakimi.blogspot.com) . Tapi tak sangka boleh tahan juga nama link yang aku set up kan , bagi aku lah . Yang rasa nak muntah tu , silakan . Hahahaha .

P/S : Termasuk aku . HAHAHA .
 
Aku yakin , mesti di antara pembaca yang mungkin penghidap acrophobia yang secara tak langsung menjadi geng aku . Tak pun penghidap fobia lain yang aku tak bebelkan dalam post ni .
 
Okay , itu saja . Chaw !
 
@Syzwnhxkimi_

Ahad, 22 Mei 2016

Boys Day

Assalamualaikum . Minggu ni aku masih belum bebas daripada exam . Tapi ada aku kisah ? Aku nak keluar rumah pergi jalan-jalan juga . Muahahaha . Bosan dah sebab beberapa ni aku terperap dalam bilik baca buku . Macam ayam perap kunyit . -_- . Lagipun tinggal 3 paper lagi ! Tough juga . Hahaha . Math (Kertas 1) dengan Account (Kertas 1) and (Kertas 2)
 
Siapa dorang ni yang dekat dalam gambar for post aku kali ni ? Haa , nilah jiran-jiran aku dekat Perumahan Kastam Bukit Kuda , Labuan . Apip , Apik , Aeron , Wan dengan lagi sorang yang tak perlu diintroduce sebab dia adik aku . Lol .
 
Dulu masa dekat Melaka , aku ni jenis tak keluar rumah and malas keluar rumah . Masa zaman darjah-darjah , aku rajin turun taman . Since 2011 masa nak UPKK and sampailah sekarang , aku still malas nak turun pergi taman . Sebab itulah aku macam tak rapat dengan anak jiran dekat Melaka . Aku akan keluar rumah kalau ada event penting je . Lagipun masa dekat Melaka , ramai budak batch si Fizal tu . Aku ni , forever alone lelaki batch 2000 .
 
Eventhough aku baru rapat dengan dorang , tapi mereka layan aku macam dah lama kenal aku . Huhuhu .
 
Macam mana kitorang boleh rapat ?
1) Apik , Aeron dengan Wan sama umur dengan aku . Sama sekolah lak tu . Apip , dak-dak KV , dia tua 2 tahun daripada aku .
2) Kitorang satu kepala . Gila-gila , kuat ketawa , bahan orang and segala perilaku tidak senonoh . Ngeh ngeh ngeh .
3) Sebab aku pernah terima pelawa dorang untuk study group . :3
And lain-lain .
 
Post ni , aku nak cerita pasal peristiwa semalam , iaitu bersama-sama hang out di UK ! Yeah .
#BoysDay
 
Sampai je dekat UK , aku , Fizal , Apip dengan Aeron cari si Apik and Wan . Macam explorace siak , terjumpa family Apik dekat kedai handphone , macam minta clue pula daripada dorang . Sebab apa ? Sebab tanya mana si Apik pergi . Wan pula aku tak tahu pergi mana . HEAZWAN 404 ERROR NOT DETECTED . Dia detected lepas ada salah sorang call dia untuk berkumpul . Plan berkumpul dekat Pizza Hut , tengok-tengok jumpa dekat depan Sportmart . Lmao . Jauh beza Sportmart dengan Pizza Hut . Aku perhati baju Apik , ada ah tulisan pasal Melaka . Semangat dia pakai baju Melaka . Aku yang pernah duduk Melaka pun tak pernah beli . Dulu sebelum pindah , ada lah niat nak beli , tapi duit aku habis masa tu . Pokai . :')
 
Cermin UK pun boleh .

 
Adik aku ni pula nak pergi mana ? Majlis ? Hahaha . Formal gila baju dia . Siap bervest . Kau mampu ? Lol . Skinny gila jeans Wan . Serious doh , lawa dia pakai . Berterima kasih wahai makhluk sebab aku puji korang .

 
 
Kau rasa ? Si Aeron paling santai ah siak dalam gambar . Dengan NIKE lagi tu .
 
Jalan punya jalan , nampak ada tempat main skate . Kebetulan , ada salah sorang budak yang dorang kenal tengah main skate . Apa lagi , si Wan pun main skate . Apak ah , nice try bruh . Masa jalan , si Apik tukar-tukar sunglasses ah . Maklumlah , tauke sunglasses . Kitorang sanggup jalan kaki nak pergi Seasport . Sebab apa , nak habiskan masa . Lol .


 
Restoran kat sana tutup . HAHAHAHA . It's okay , jalan je , sebab view lawa .
 
 
Kaneki VS Rize VS Sasaki VS Juuzou VS Uta VS Touka . Wakakaka .


Dah habis spend masa dekat Seasport , aku buat keputusan nak beli seluar dekat UK . Jadi , kitorang patah balik nak pergi UK . Dah habis beli seluar , kitorang nak jalan pergi stesen bas dekat UTC untuk naik bas . Tapi banyak tempat kitorang singgah . -_- . Kedai air ABC , kedai gunting rambut sebab Apip , Apik dengan Wan nak gunting rambut , kedai baju sukan , Utama Jaya , Starbung sebab nak beli air lagi (Starbung ni salah satu kedai yang menjual minuman dalam cawan saiz besar ) and akhirnya , sampai Pasar Sentral Labuan . Sepanjang perjalanan , Wan jer yang kena bahan . Hahaha . Tapi , kami tak terus naik bas . Kami spend time lagi dekat tingkat atas Pasar Sentral . Lel .
 
Masing-masing kata dah penat , jadi kitorang pun naik bas . Ada yang bontot cramp lah , kaki lenguh lah , ngantuk lah , senggugut lah . Eh tak , senggugut tu tak . Wakakaka .
 
Masa dalam bas , dorang plan nak joging lepas balik . Aku terpaksa tolak sebab serious , aku penat . Penat gila siot , macam jalan daripada DP , pergi MP then pergi balik DP and A' Famosa untuk selfie menyelfie , lepas tu pergi balik MP sebab nak tunggu bas . -_-
 
It was a nice day with them . Boleh ah buat lagi camni . Hahaha . Okay , itu saja . Chaw !
 
@Syzwnhxkimi_