Animated Rainbow Nyan Cat Syazwan Hakimi's Bla Bla Bla Stories: [MV Review] : VIXX - FANTASY

Isnin, 15 Ogos 2016

[MV Review] : VIXX - FANTASY

Annyeong ! Syazwan nak review MV lagi ni ! Hahaha . VIXX release MV 3 jam yang lepas . MV mereka bertajuk Fantasy , actually album dorang keluar awal sikit lah berbanding MV . It's okay . Let's review ! Jyeah !
  
 
Lagu : ★★★★★
 
Lagu ini sangat daebak !!! Aku suka tempo and rentak lagu ini . Yang bestnya , ada part ballad . But , part korus lagu ini memecahkan suasana ballad itu . Agak terkejut time aku dengar . Yerlha kan , sebab korus itu tiba-tiba rancak . Mesti ada yang tertanya-tanya lagu ini pasal apa ? Lagu ini mengisahkan fantasi seorang lelaki yang putus cinta . Dia try untuk lupakan pasangan dia , but fantasi menghalang dia berbuat demikian . Overall , lagu ini mempunyai rentak yang amat berbeza dengan lagu-lagu mereka yang sebelum ini . Para member berjaya membuatkan aku terpukau dengan suara mereka untuk lagu Fantasy ini . GG VIXX !
 
Music Video : ★★★★
 
Aku suka konsep MV ini . Tenang saja . Tak ada penggunaan lampu berkelip-kelip macam kelab malam yang amat menyakitkan mata aku . Part di mana member menari dan berlakon di hutan itu amat menyenangkan mata aku . Seriously . Susah bagi aku untuk memahami maksud tersirat sesetegah lakonan VIXX dalam MV ini . But aku yakin , part di mana Hong Bin and Hyuk berbisik dekat telinga N tu bermaksud mereka inginkan N untuk tidak berfantasi lagi dengan percintaan dia yang dah putus tu . Yeah , panjang sikit ayat aku itu , but faham-fahamkan lah ye . Hahaha . Aku suka style rambut Ken dengan Ravi ! Stylo bhai .
 
Tarian : ★★★★★
 
Tarian tak payah dinafikan . Memang baik punya ! Memang kena dengan lagu . Rancak habis tarian mereka .
 
Secara keseluruhan , aku suka MV and lagu Fantasy ini . Memang terbaik ! Can't wait to watch them in live performance ! Btw , aku ni dah jarag nak berblog . Huhuhu . Banyak kerja khusus nak kena settlekan . Banyak MV yang best-best aku terlepas nak review . I watched BLΛƆKPIИK's MV yesterday , and aku suka gila lagu Bombayah . But dah terlalu lambat untuk aku review T^T . Uhuk uhuk . Okay , itu saja . Chaw !
 
 
@Syzwnhxkimi_


Tiada ulasan:

Catat Ulasan