Assalamualaikum guys ! Lama juga lah kan aku tak buat post . Tak terlambat lagi rasanya untuk mengucapkan Selamat Berpuasa dan menyambut bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan kepada umat Islam . Semoga kita mendapat keberkatan yang diturunkan oleh Allah .
Untuk post kali ini , aku ingin berkongsi dengan pembaca mengenai Wattpad . Mesti ada di antara pembaca yang mempunyai persoalan ini :
"Apa tu Wattpad ? "
Okay , biar aku screenshot .
Kiranya , macam e-book lah . Tapi , yang bestnya , pembaca boleh create pelbagai jenis karya fiksyen ! Kalau tak silap , kena sign up dulu . Entah lah , cuba try dulu . Ngeh ngeh ngeh .
Aku ada seorang sahabat yang berkarya di Wattpad . Nama dia Aiman Nurhakeem . Aku ada introduce and bercerita mengenai dia di dalam post sebelum ini iaitu Betariors and The World Of Environment . Kalau tak kenal , rajin-rajinkan lah tangan pi search Betariors dalam blog aku . Hahaha .
Jadi , melalui post ini juga , aku nak share karya-karya dia . Berbakat juga lah kan manusia ni dalam bidang penulisan . Keep it up bruh , aku support kau ! So , tunggu apa lagi ? Slide di bawah untuk mula membaca sinopsis novel hasil karya Aiman Nurhakeem .
________________________________________________________
Tajuk : KeHIDUPan (Siri 1)
Sinopsis :
Untuk pembaca yg
sukakan novel urban. Sesuai untuk pembaca bijak dan matang. Khas untuk kamu.
Good luck in your life. - Author
"Malam tu adalah malam yg amat menyeronokkan. Tak
sangka buat benda tu memang menyeronokkan. Malam yang hangat. Damn. So hot. Aku
terlanjur..."
Kehidupan Iman telah berubah.
Kehidupannya menjadi semakin gelap akibat dosa yang telah dilakukannya. Dia
hanya inginkan perubahan yang baharu. Semua orang juga begitu. Namun, kenapa
masih ada manusia yang memilih perubahan yang salah? Dan.. Iman mempunyai
abang? Atau adik? Keliru... Kenangan siapa ni?
الحياة لا يمكن إلا إن تتأثر بالعقيدة،
و العقيدة لا يمكن أن تعيش في معزل عن الحياة.
"It is
impossible for life to not affect faith, or for faith to have a separate
existence away from life."
Tajuk : KeHIDUPan (Siri 2) : Segalanya Berubah
Sinopsis :
*Sambungan dari
keHIDUPan siri pertama.
Lalu , dendam muncul semula. Tetapi dendam itu dibalas dgn
kejam. Hati si pendendam itu telah hitam. Hitam sehitam hati orang tidak beriman.
Jika kejahatan dibalas kejahatan, itu adalah Dendam. Jika
kebaikan dibalas kebaikan, itu adalah Perkara Biasa. Jika kebaikan dibalas
kejahatan, itu adalah Zalim. Tetapi... jika kejahatan dibalas kebaikan, itu
adalah Mulia Dan Terpuji.
Kehidupan Aidil telah berubah
akibat dari dendam silam seseorang. Pelbagai ujian yang terpaksa ditempuh olehnya
sehingga segalanya berubah apabila keluarganya menjadi mangsa keadaan. Berjaya
atau tidak Aidil menghadapi semua ini? Siapa pendedam ni sebenarnya?
Wallahualam...
Tajuk : Miuziq
Sinopsis :
Percintaan di alam muzik Alam muzik? Wujud ke? Tiada siapa tahu.
Alam fantasi muzik menyebabkan Amylia jatuh
cinta pada seorang jejaka. Siapa?
Susah untuk diperkatakan. Seseorang telah
menghantar sejenis muzik magis di WhatsAppnya.
Magis? Macam mengarut jer.
Memang mengarut, bagi kita. Tetapi bagi
Amylia, ianya seperti mimpi menjadi kenyataan
Tajuk : Vortex
Sinopsis :
Ianya tidak menunggu kamu...
Ianya tidak akan berhenti...
Kejarlah ia selagi mampu...
Agar kamu tidak dibinasakan...
"Kau
pasti ke apa yg kau buat? Kau tak rasa ke apa yg kau buat ni boleh bunuh kita
semua." - Izzah
"Kita
mesti keluar dari sini sekarang!! Tempat ni akan musnah bila-bila masa
jer!!" - Syed
"Vortex
ni bukan macam apa yang korang sangkakan. Benda ni bahaya tau tak. Jangan sesekali
korang masuk dalam tu. Ada yang kata ada orang pernah masuk dalam tu, tapi sampai
sekarang tak balik-balik. Ada yg kata orang tu dah mati. Ada juga yang kata orang tu
dah jadi bahan eksperimen makhluk lain. Aku tak percaya semua tu. Tahyul jer
semata-mata nak takutkan orang." - Ken
"Lari
untuk hidup. Ianya tak akan berhenti. Lari selagi mampu. Selagi kamu berdaya.
Tersilap langkah kamu binasa. -Unknown
Semuanya telah terjadi. Tiada jalan keluar
selagi mereka tak tamatkan semua halangan. Menyesal lagi tiada guna. Masa tidak
boleh dihentikan. Lari untuk hidup. Hidup untuk lari. Mereka perlu selesaikan
setiap cabaran yang dihadapi umpama menamatkan setiap permainan yang mempunyai
peringkat-peringkat yang semakin lama semakin susah. Kegembiraan Syed, Fandi,
Ken, Sarah, Izzah dan Amanda berakhir dengan seorang demi seorang mati secara
tiba-tiba. Mereka tidak tahu siapa kawan atau lawan. Siapa punca kematian kawan
mereka? Pembunuh itu dalam kalangan mereka atau ada orang lain yang sabotaj usaha
mereka untuk keluar dari situ? Vortex... apa benda tu? Bahaya sangat ke? Susah
diterangkan...
________________________________________________________
Haa ! Bestkan sinopsis dia . Tengoklah , Aiman yang buat . Mana ada yang tak best . Ngeh ngeh ngeh . Apa yang patut pembaca buat sekiranya nak teruskan membaca kisah KeHIDUPan (Siri 1) , KeHIDUPan (Siri 2) : Segalanya Berubah , Miuziq and Vortex ?
Mudah sahaja langkahnya , tekan link di bawah ini ,
Tunggu apa lagi ? Pi buka link tu cepat-cepat . Jangan bazirkan masa ! Aku saja copy paste 3 kali even link yang sama . Hahaha . Kalau pembaca ingin update novel daripada dia , follow lah Wattpad dia sekali . Mudah kan ?
Apa-apa pun , sebagai sahabat , aku akan menyokong Aiman dalam usahanya di dalam bidang penulisan ! Nantikan hasil terbaru daripada Aiman . Ada novel baru , aku akan update k .
Okay , itu saja . Chaw !
@Syzwnhxkimi_